About Me

Saya Suhaida Suaid. Seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak dan saya bekerja sepenuh masa sebagai Pharmacist.

Jun 2016 yang lalu adalah tahun ke 11 saya terlibat dengan bidang farmaseutikal. Ya.. sudah 11 tahun kerjaya saya dikelilingi dengan ubat dan pesakit. Dah namanya Pharmacist, apa-apa pon adalah tentang ubat!

Satu ketika dulu, saya langsung tidak percayakan supplement dan bagi saya supplement tak perlu pun. Kalau sakit kita boleh cari ubat. Betul tak? Kalau sihat, tak perlulah nak ambik apa-apa pon. Namun begitu, persepsi saya berubah sama sekali sejak 4 tahun lepas, iaitu sejak saya kenal Shaklee.

Dunia semakin moden, tetapi semakin ramai yang dapat penyakit. Pernah terfikir kenapa?

Kerjaya saya membuatkan saya bertemu dengan ramai pesakit yang ada macam-macam penyakit. Dan setiap tahun, bilangan pesakit semakin bertambah. Tak pernah nampak penurunan langsung. Malah, yang lebih menakutkan, semakin ramai saya jumpa pesakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi bawah umur 40 tahun.

Buku Bionutrition hasil tulisan Dr Ray Strand betul-betul membuka mata dan minda saya. Dr Ray Strand adalah seorang doktor perubatan yang sangat menekankan pengambilan supplement untuk meningkatkan tahap kesihatan di samping pengambilan makanan seimbang.

The greatest defense against chronic degenerative diseases is our own body—NOT the drugs I can prescribe. Common sense tells us we need a strong and healthy immune system, natural antioxidant defense system, along with our natural repair system to protect our health. I have come to realize that nutritional supplementation is the absolute best way to optimize our natural defense systems.

 

– Dr Ray Strand –

Nampak tak fungsi supplement.

This is not in opposition to traditional medicine and all of our pharmaceutical and surgical advances. This is not alternative medicine. This is mainstream medicine. Nutritional supplementation is about health—not disease.

 

-Dr Ray Strand-

This book presents the strong medical evidence that shows that there are significant health benefits for those who choose to consume high-quality, complete and balanced nutritional supplements. Nutritional supplements added to a healthy diet and a modest consistent exercise program has been shown to give us our best chance of protecting our health or regaining our health if we have already lost it.

 

-Dr Ray Strand – 

buku bio nutrition

Inilah buku yang banyak mengubah persepsi saya tentang supplement

Persepsi semua orang terhadap supplement

Ramai orang beranggapan supplement tak perlu sebab orang Malaysia dah cukup makan in fact, sampai dah terlebih makan. Inilah komen ramai orang terhadap supplement.

Betul, orang Malaysia dah sampai tahap terlebih makan sampai banyak sangat masalah obesiti kan. Ya, dari segi kuantiti makan memang dah terlebih, tapi, persoalannya macam mana dari segi kualiti makanan. Seimbang ke pemakanan kita selama ni.

Tak payah tengok orang lain. Saya sendiri akui pemakanan saya setiap hari kurang seimbang. Dalam keadaan sibuk dengan kerja, kadang-kadang makan aje apa yang sempat. Kalau beli makanan, menu paling simple saya ambik nasik ayam. Cuba tengok nasik ayam kat Malaysia ni, berapa portion sayurnya? Sehelai salad dan sehiris tomato je kan. Memang sangat tak cukup dan tak seimbang la kan. Sedangkan dari sayur itulah sumber Vitamin C untuk badan kita.

Kesimpulannya, makanan yang kita makan sekadar mengenyangkan perut tetapi tidak memenuhi nutrisi keperluan badan. Kita nampak sihat secara luaran, namun dalam diam, kesihatan dalaman kita semakin hari semakin menyusut disebabkan kekurangan nutrisi yang sepatutnya.

Persepsi supplement tidak perlu sebab dah terlebih makan tak boleh langsung di guna pakai pada zaman sekarang. Kualiti makanan kita semakin merudum.

Sebegitu banyak jenama supplement di pasaran, kenapa saya pilih Shaklee?

Produk pertama Shaklee yang saya ambil adalah Ostematrix. Ostematrix adalah sejenis supplement kalsium. Ketika itu saya mengalami masalah cramp yang teruk semasa mengandungkan anak yang kedua. Dah tentu lah tak boleh ambik ubat sebarangan masa mengandung.

Sebelum mengambil Ostematrix, saya dah cuba ambil kalsium klinik tempat saya bekerja. Habis sebotol kalsium tu, masalah cramp saya tak nampak perubahan langsung. Kemudian, saya beli pulak kalsium jenama lain di kedai farmasi. Sama jugak. Tak de apa-apa perubahan. Masa tu lah, terbuka hati nak cuba Ostematrix Shaklee.

Alhamdulillah, dalam masa seminggu cramp saya hilang terus. Rasa amazing sangat. Masa tu lah saya start korek-korek pasal Shaklee. Dan apa yang saya jumpa, rupa-rupanya, saintis dah jalankan eksperimen untuk mengkaji penyerapan kalsium Ostematrix Shaklee. Dalam eksperimen tu, didapati, kalsium Shaklee sangat mudah diserap.

Sebagai Pharmacist yang pernah belajar tentang penyerapan ubat-ubatan, tentu sekali berasa sangat takjub dengan apa yang dibaca pasal Ostematrix Shaklee tu. Dari situ saya gali dan gali lagi tentang Shaklee. Dan segala apa yang saya baca tentang Shaklee, saya rasa kagum sangat tau.

Apa yang mengagumkan saya tentang Shaklee?

1st, mestilah saya kagum dengan kajian penyerapan yang dijalankan ke atas Ostematrix Shaklee. Selalunya, kajian penyerapan ini hanya dijalankan ke atas ubat-ubatan. Tapi, yang ini, saintis jalankan ke atas supplement. Rare sangat okay. Korang boleh baca pasal kajian tu di sini. Klik sini untuk tengok Calcium Bioavailibility Study.

Yang kedua, saya kagum sangat pasal Landmark Study. Landmark study adalah satu kajian oleh saintis berpengalaman dari Universiti of California, Berkeley. Kajian ini adalah untuk membandingkan sama ada perlu ke tak nak ambik supplement. Kajian ini juga membandingkan orang yang mengamalkan supplement jenama lain dengan orang yang ambik supplement keluaran Shaklee. Hasil kajian menunjukkan orang yang ambik supplement jenama Shaklee mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding orang yang ambik supplement jenama lain dan orang yang tak ambik supplement langsung. Klik sini untuk tengok Landmark Study.

shaklee innovation center

Shaklee Innovation Center merupakan komitmen Shaklee untuk meningkatkan lagi kualiti produk keluaran mereka.

Yang ketiga, Shaklee sangat menjaga kualiti produk keluarannya. Shaklee menjalankan pelbagai kajian kualiti untuk raw material yang digunakan. Kalau raw material yang dibekalkan oleh supplier tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, bahan tersebut akan direject oleh Shaklee. Biarlah production produk terpaksa diberhentikan sebab tak de bahan mentah, asalkan kualiti produk terjaga. Klik sini untuk tengok komitmen Shaklee terhadap keselamatan produk yang dikeluarkan.

Yang keeempat, semua orang dibelakang tabir penghasilan produk Shaklee terdiri daripada saintis berpengalaman. Part ni kagum giler-giler saya dibuatnya. Shaklee Scientific Advisory Board terdiri daripada barisan saintis yang berpengalaman. Boleh klik sini untuk melihat senarai saintis di dalam Shaklee Scientific Advisory Board.

Dan yang best jugak, nama-nama besar dalam bidang sains seperti Profesor Dr Gladys Block dan Profesor Dr Elizabeth Balckburn pernah bekerjasama dengan Shaklee.

Profesor Dr Gladys Block merupakan seorang profesor emerita di Faculty of Public Health di University of California, Berkeley yang terlibat dengan Landmark Study. University of California, Berkeley bukan calang-calang universiti tau. Diorang antara top 10 universiti di dunia.

Profesor Dr Elizabeth Blackburn merupakan profesor di Department of Biochemistry and Biophysics di University of California San Francisco (UCSF). Beliau merupakan penerima Nobel Prize dalam bidang perubatan pada tahun 2009. Profesor Dr Elizabeth Blackburn pernah menjadi salah seorang dalam barisan Shaklee Scientific Advisory Board.

Sebagai seorang Pharmacist, bila saya baca latar belakang semua saintis yang terlibat dengan Shaklee, saya rasa kagum teramat sangat. Mereka bukan saintis yang biasa-biasa. Mereka adalah saintis yang mempunyai nama dan reputasi yang tinggi dalam bidang masing-masing.

Begitu banyak syarikat farmaseutikal di Amerika Syarikat, dan mereka memilih untuk bekerjasama dengan Shaklee. Dan Shaklee bukanlah satu syarikat farmaseutikal yang buat macam-macam ubat tau. Shaklee memang fokus supplement. Kalau syarikat farmaseutikal lain, ubat diorang buat, supplement pon diorang nak buat. Agak aneh di situ. Namun tidaklah aneh jika syarikat farmaseutikal tersebut berlandaskan menguasai pasaran dan mengaut keuntungan.

Satu lagi benda yang membuatkan saya kagum terhadap jenama Shaklee adalah tentang produk Astro-ade untuk Angkasawan NASA. Menurut Komander Kelly salah seorang angkasawan NASA, bila guna Astro-ade, diorang tak pitam bila melalui atmosfera bumi untuk masuk ke bumi dari angkasa lepas.

Punya la banyak syarikat farmaseutikal kat Amerika yang lagi besar dari Shaklee, tapi NASA memilih Shaklee untuk mencipta produk istimewa ini untuk angkasawan diorang.

shaklee dan angkawasan

Komander Kelly jugak mengambil Vitalizer selain daripada Astro-Ade

Dan yang paling terbaru, semasa Sukan Olimpik Rio 2016 baru-baru ini, terdapat sekumpulan atlet yang mewakili Amerika Syarikat yang mengamalkan Shaklee memenangi pingat di sukan itu.

sukan olimpik rio

Atlet-atlet ini sangat mempercayai produk Shaklee adalah selamat dan berkesan. Kalau dah jadi atlet ni bukan boleh ambik produk sebarangan. Takut nanti sangkut pulak ujian air kencing. Tak pasal-pasal pingat kena tarik balik. Boleh baca kat sini (KLIK SINI), senarai atlet Sukan Olimpik Rio 2016 yang mengamalkan Shaklee dan memenangi pingat di sukan tersebut. 

I love the Life Strips and Life Shakes because I completely trust the labels — I know what’s included in the products so I never worry about impurities or drug testing.

Ismael Marcelo Hernández Uscanga

Atlet Pentathlon yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio 2016

Sebegitu banyak sebab dan alasan untuk saya lebih yakin untuk memilih Shaklee sebagai supplement untuk saya dan keluarga.

Hidup saya banyak sangat berubah ke arah yang lebih baik sejak mengenali Shaklee. Rasa lebih sihat dan bertenaga. Dengan pelbagai komitmen sebagai isteri, ibu, Pharmacist dan businesswoman memang sangat-sangat perlukan extra energy. Alhamdulillah, dipertemukan dengan Shaklee. Saya tak perlu risau apa-apa, sebab produk Shaklee terbukti selamat dan berkesan.

Saya hanya memilih yang terbaik.

Begitu juga anda. Berhak untuk memilih dan memiliki hanya yang terbaik untuk anda dan keluarga.

Salam penuh keihlasan dari saya,

SUHAIDA SUAID

pengedar shaklee changlun

agen atau pengedar shaklee di kedah dan perlis termasuk Changlun, Simpang Empat, Sintok, Arau dan Kangar

Ingin mengetahui tentang Shaklee? Hubungi saya sekarang.

SMS/WHatsApp: 019-4548200

Email: info.vitamin2u@gmail.com

Facebook Personal: https://www.facebook.com/suhaida.suaid

Facebook Page: https://www.facebook.com/personamedina/

Istimewa untuk pelanggan saya, konsultasi dan follow up secara percuma diberikan untuk anda. Hubungi saya sekarang!

:-)  :-)  :-)

 

pengedar-shaklee

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge