Cerita ‘Hot’ Yang Didedahkan dalam Biografi Syed Mokhtar Albukhary

Sedutan dari buku Biografi Syed Mokhtar Albukhary. 

Buku Biografi Syed Mokhtar Albukhary

Buku Biografi Syed Mokhtar Albukhary

1) (Senario 2003 ketika Abdullah Ahmad Badawi mengganti Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri)

Dilabelkan sebagai sekutu Dr Mahathir, Syed Mokhtar mendapati dirinya semakin tersisih daripada kepimpinan baru. Hasratnya untuk berjumpa Perdana Menteri ditolak, kebanyakannya bukanlah oleh Perdana Menteri, tetapi oleh penasihat-penasihatnya yang berpengaruh, yang dikenali sebagai ‘budak-budak tingkat empat’ (pejabat mereka di tingkat empat Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya). Syed Mokhtar menerima tamparan hebat, satu demi satu. Pertama, Abdullah membatalkan rancanganuntuk menjual kepadanya kepentingan majoriti dalam empangan Bakun yang belum siap dibina. Seterusnya, dia membatalkan projek menaik taraf sistem keretapi, projek landasan berkembar elektrik. Di samping itu, pelan besar Syed Mokhtar untuk melencongkan  lalu lintas udara dari Lapangan Terbang Changi, Singapura ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru melalui langkah menaiktaraf jalan raya, jalan keretapi dan laluan udara menemui jalan buntu.

Ketiadaan sumber perniagaan di dalam negara membuatkan Syed Mokhtar mencari peluang di negara-negara Teluk. Hasilnya, syarikatnya MMC Corporation Berhad dilantik menjadi pemaju bersama bagi membangunkan Jazan Economic City di Arab Saudi. Selain itu, MMC juga dianugerahkan kepentingan dalam projek pembinaan terminal kontena ketiga di Jeddah Islamic Port. Selain itu, syarikat beliau juga dianugerahkan projek loji air dan tenaga bebas Shuaibah III di Arab Saudi, projek penswastaan yang pertama dan terbesar di Arab Saudi ketika itu. Selain di Arab Saudi, MMC terlibat dengan projek loji penyahragaman berkapasiti 200,000 m3/hari di Algeria dan dengan Central Electiricty Generation Company di Jordan.

MasyaAllah..Rezeki Allah di mana-mana dan ianya menjadi milik orang yang berusaha dan tidak kenal putus asa. Kalau tertutup satu peluang jangan berhenti mengorak langkah kerana siapa tahu banyak peluang lain yang menanti.

2) Pada tahun 1989, Kementerian Kewangan menganugerahkan kepada syarikat saya 10% kepentingan dalam penjanakuasa bebas Genting Sanyen. Pemegang saham lain ialah Tenaga Nasional (10%), Kerajaan Negeri Selangor (20%) dan Genting Berhad (60%). Pemilik Genting, Lim Goh Tong yang ketika itu berumur akhir 80-an mendapat tahu saya tidak mampu mengambil bahagian yang diperuntukkan kepada saya itu. Saya masih muda ketika itu, dan menawarkan untuk membeli saham saya dengan harga RM6 juta. Saya memang sangat-sangat memerlukan duit, tetapi saya tidak mahu berkompromi. Sebaliknya, saya serahkan bahagia saya itu kepada Tenaga Nasional, menjadikan ekuitinya meningkat kepada 20%. Saya sebenarnya berharap Lim Goh Tong akan membantu saya mendapatkan pinjaman bukannya membeli saya. Saya berumur 38 tahun ketika itu, dan RM6 juta merupakan umpan yang menarik. Tetapi reputasi saya lebih penting daripada itu.

Di mana-mana juga wujud golongan oportunis yang sentiasa mengambil kesempatan. Semuanya bergantung kepada kita, di mana kita meletakkan reputasi dan maruah kita.

Pendapat saya tulisan italic merah. 🙂

Ada lagi tau kisah Lim Goh Tong dan Tan Sri Syed Mokhtar yang didedahkan dalam buku biografi ini. Worth reading! Saya akan share lagi nanti.

ps: Bahagian Kedua: Lagi Cerita Panas Yang Didedahkan Dalam Biografi Syed Mokhtar Albukhary

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge