GLA Shaklee Untuk Kulit

GLA Shaklee mengandungi gamma linolenic acidn minyak bunga matahari dan vitamin E. Gamma linolenic acid di dalam GLA Shaklee adalah dari sumber minyak borage sejenis tumbuhan yang biasanya dijumpai di negara Mediterranean. Gla Shaklee sesuai untuk kulit yang mempunyai masalah jerawat dan parut.

Terdapat kajian yang menunjukkan, minyak borage dapat meningkatkan paras PG1 di dalam kulit. PG1 adalah sejenis bahan/hormon  yang terdapat di dalam kulit secara semulajadi yang bertindak sebagai bahan antikeradangan. Kekurangan PG1 mengakibatkan kulit mengalami keradangan yang menjadi punca berlakunya jerawat.

Keradangan kulit akibat jerawat boleh diatasi dengan pengambilan supplement gamma linolenic acid (GLA)

Keradangan kulit akibat jerawat boleh diatasi dengan pengambilan supplement gamma linolenic acid (GLA)

Kajian juga menunjukkan masalah kulit yang disebabkan ketdiakseimbangan asid lemak boleh diatasi dengan pengambilan minyak borage. Terdapat juga kajian yang membuktikan pengambilan supplement yang mengandungi minyak borage dapat membantu memulihkan kulit yang bermasalah.

Kesan pemulihan kulit bukan sahaja dapat dilihat pada mereka yang mengambil supplement borage. Malahan juga kesan positif ini dapat dilihat  pada mereka yang mengamalkan menyapu minyak borage pada kulit yang bermasalah.

Satu eksperimen paling menarik telah dijalankan. Di mana krim yang mengandungi minyak borage telah disapukan pada individu yang mempunyai kulit kering dan kulit yang bermasalah. Krim ini telah disapukan selama 14 hari. Selepas 14 hari didapati kulit individu ini lebih lembap dan licin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge