Jangan Pandang Ringan Masalah Kebas Tangan, Kebas Jari Dan Kebas Kaki

Masalah kebas boleh terjadi di mana-mana bahagian badan. Namun begitu masalah yang sering terjadi adalah masalah kebas tangan, kebas jari dan kebas kaki. Masalah  kebas tangan, kebas jari dan kebas kaki ini boleh berpunca oleh pelbagai faktor. Ada kebas-kebas yang biasa dan ada juga kebas-kebas yang disebabkan oleh tanda-tanda penyakit kronik.

Kebas-kebas yang biasanya dialami adalah disebabkan jika berdiri atau duduk terlalu lama. Selalu jadi kan macam ni. Tambah-tambah lagi kalau orang-orang tua. Masalah ini adalah masalah biasa yang disebabkan faktor umur.

Masalah kebas-kebas juga sering dialami oleh pesakit kencing manis. Masalah kebas tangan. jari dan kaki bagi pesakit kencing manis juga dikenali sebagai neuropathy. Neuropathy adalah salah satu komplikasi kencing manis sekiranya kawalan gula dalam darah adalah kurang baik. Oleh itu, bagi pesakit kencing manis adalah penting untuk memastikan paras gula dalam darah adalah terkawal. Saya akan sentuh dengan lebih lanjut tentang hal ini di dalam entry yang lain. Selain itu, pesakit kencing manis yang mempunyai masalah kebas-kebas pada bahagian tangan dan jari serta kaki boleh mengambil supplement yang mengandungi vitamin B12 seperti supplement Vitamin B complex.

Masalah kebas juga boleh berlaku kepada wanita mengandung yang biasanya disertai dengan kekejangan. Keadaan ini merupakan salah satu tanda kekurangan kalsium. Oleh itu, wanita mengandung sangat disarankan untuk mengambil supplement vitamin B Complex dan Kalsium bagi mengatasi masalah ini.

ostematrix shaklee

Ostematrix Shaklee

Saya pernah berkongsi tentang Ostematrix di dalam artikel INI. Ostematrix juga adalah produk pertama Shaklee yang saya ambil sehinggakan membuat saya terpaut terus dengan jenama Shaklee. Anda boleh baca pengalaman pertama kali saya dengan Shaklee DI SINI.

Namun jangan memandang ringan jika masalah kebas-kebas ini sering berlaku di bahagian tangan sehingga ke bahu dan dada. Kerana masalah kebas tangan seperti ini sering dikaitkan dengan tanda-tanda masalah jantung yang boleh membawa kepada stroke. Sekiranya anda mengalami masalah kebas seperti ini jangan bertangguh untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

Terdapat banyak jenis vitamin B complex di pasaran. Tertanya-tanya apakah vitamin B complex yang terbaik? Tentu sahaja Vitamin B Complex Shaklee menjadi pilihan saya.

Vitamin B Complex Shaklee lengkap mengandungi 8 jenis vitamin iaitu vitamin B1, B2, B3, B6 dan B12. Disamping itu, Vitamin B Complex Shaklee mengandungi asid folic, biotin dan d-calcium panthotenate. Dengan 8 jenis vitamin pada harga yang rendah, vitamin B Complex Shaklee adalah sangat berbaloi berbanding vitamin B complex lain yang terdapat di pasaran. Bukan sahaja memberi lebih nilai kepada wang, malahan memberi manfaat kepada tubuh badan.

Vitamin B Complex Shaklee

Vitamin B Complex Shaklee

Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk-produk di atas? Hubungi saya sekarang!

SMS/WhatsApp: 019-4548200 (SUE)

Email: info.vitamin2u@gmail.com

Atau nak beli terus produk ni? Klik bawah ni yer..

34 comments

  • salam , saya nak tanya kenapa saya selalu sangat kebas dekat jari . selalu , boleh diakatakan setiap hari. hm perlu ke saya ke klinik ?

    • Paling bagus jumpa doktor terlebih dahulu kerana hanya doktor dapat mendiagnos masalah tersebut. Di samping itu anda boleh mengambil vitamin b complex dan kalsium setiap hari.

  • Jari ibu tgb sy sdah empat hari kebas.. Apakah itu pn membawa pnyakit kronik

  • haii,
    saya hari2 tangan or kaki saya selalu kebas,bla bgn pagi tu selalu je kebas kalau tak kat kaki mst kat tangan,perlu ke saya ambik produk ini?

    • Dewi: untuk masalah cik puan, saya memang sangat sarankan cik puan ambil b complex dan ostematrix. Sebab itu adalah tanda2 kekurangan kalsium :)

  • boleh saya tahu.. selalu nya.. expiry date untuk product shaklee.. brape lama ye?

  • hye…
    nk tny..sy da dkt 2minggu asyik kebas2 tgn…tp kt ujung jari paling teruk..kalo bgun pagi tu..tgn lgsung xboleh nk genggam..knp ye?

    • hye sis zufieda.
      Kebas ni macam2 punca sis.
      Cuaca juga mempengaruhi. Ada setengah orang sensitif sangat dengan cuaca sejuk.
      Sejuk je jadi kebas-kebas jari semua.

      Selain tu masalah kolesteros tinggi dan kencing manis juga boleh menyebabkan kebas.
      Kekurangan vitamin dan mineral pon boleh jadi jugak.
      Sebab terdapat vitamin dan mineral yang sangat penting untuk saraf.
      Vitamin yang penting untuk saraf adalah vitamin B.

      Kalau kebas teruk sangat dan berlarutan selama berbulan-bulan elok jumpa doktor untuk mengetahui punca masalah sebenar

  • Saya selalu kebas pada jari. Tapi bila baca comment yg reply, awak hanya sarankan jumpa doc dan pakai vitamin awak hmm awak rasa? Motif nak lariskan jualan je

    • Kebas boleh terjadi atas pelbagai punca dan sebab encik sahar.
      Kolesterol tinggi boleh menyebabkan kebas.
      Kencing manis juga boleh menyebabkan kebas.
      Saranan saya untuk untuk pembaca di sini melakukan pemeriksaan doktor adalah untuk mengenalpasti masalah penyebab kebas ini boleh terjadi.
      Mungkin ada yang tidak tahu selama ini mereka mempunyai masalah kencing manis atau kolesterol tinggi.
      Atau mungkin juga ada masalah serius lain yang berkaitan saraf.

      Tentu sekali saya mencadangkan b complex dan ostematrix kerana kedua-dua produk ini dah membantu saya untuk mengatasi masalah kebas yang saya alami.
      Saya elakkan untuk mengambil ubat tahan sakit sebab ubat tahan sakit jika diambil terlalu kerap akan memudaratkan contohnya kerosakan hati dan pendarahan usus.
      Maka saya memilih untuk mengambil supplement yang ternyata lebih selamat dan berkesan.

      :)

      Diharapkan jawapan ini menjawab persoalan encik.

  • hai. saya mengalami kebas di ibu jari kaki semenjak dua tiga hari ni. sebelum ni tak pernah rasa kebas berpanjangan.awak rasa kenapa ye ? saya rasa takde lah serius tapi still risau jugak hihi

  • avatar Budin Joe Fadsiah

    Saya adalah penghidap kencing manis yang mempunyai sintem2 yang dinyatakan seperti kebas dibahagian ibu jari kaki dan rasa tegang dibahagian belakang betis dan kadang rasa menyucuk dibahagian kaki,jadi apa perlu saya buat untuk mengatasi masaalah ini ini dengan baik

  • Hai,kenape kdg-ii jari saye xleyh gerak,tangan selalu kebas-ii,kadang bdn sebelah kanan yg kebas,perkare ni biase ke bagi saye yg umur 15tahun…

  • Saya kdg² kebas Kat lengan. Dye jarang. Dye jdi time time penat biasenye

  • Saya bukan selalu sangat tetapi tiap2 hari saya akan kebas di bahagian tangan kanan…itu kena pergi jumpa doktor kew?

  • Assalamualaikum.nk tya lh knp dh sebulan hujung ibu jari kanan sy ne kebas n warna kulit pun dh pucat
    Masa umur sy 10tahun ibu jari kanan sy ne perna kne 7 jahitan sbb nya masuk sepihan kaca
    Adh ka itu punca ibu jari sy ne kebas

  • Assalamualaikum puan sue,
    Suami saya pesakit kencing manis Dan darah tinggi.
    Masalah Nye ialah dai selalu kebas kaki kiri sehingga boleh jatuh dn pitam..bila cek kat doctor katanya saraf mengecut krn faktor usia sedangkan umo suami saya baru 45 tahun…ade suggestions tak?

    • Puan rose,
      Saya dah send email kepada puan berkenaan masalah ini.
      Mohon check email atau puan boleh Whatsapp saya di no phone ni 019-4548200 ???

  • assalamualaikum.anak jari tgn kiri saya,sudah 3 minggu kebas x lega2.dan utk pengatahuan,tapak tgn sy 3 bulan yg lepas terkena air kimia utk basuh aircond,adakah dsebabkan itu punca sy kebas? sebab kesan terkena kimia itu masih ada di tapak tgn sy..

    • mungkin juga sebab bahan kimia tu.
      Buat detoks untuk buang toksin yang mungkin dah masuk melalui kulit tu.
      Mohon whatsapp saya untuk details tentang detox.
      Ni no phone saya 019-4548200

  • avatar mohd in'aamulhasan

    Salam…nk tnya kaki trasa kebas smpai pinggang knpnyer???mcm lumpuh

  • avatar Hj Azman bin Abdul

    Sy Kebas tangan kanan jari ke lengan bahu. Ditangan kiri kurang. Sy selalu buat check up di klinik kerajaan. Kencing manis border line. Sy ambil pil darah tingi, pil kolestrol dri klinik dan supplement cellmaxx dan kopi. Kebas udah hampir setahun. Sy hndk cuba B Complex Shaklee

  • Assalamualaikum Tuab Hj Azman.
    Tuan boleh hubungi saya ni nombor ni 019-4548200 untuk pembelian Vitamin B Complex.
    Atau Tuan boleh bolrh klik link ni untuk pembelian di website Shaklee.
    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9ab8da6ebb84a25f23233a3a2e8cfc11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge