Panduan Memilih Supplement Omega 3 Terbaik

Dalam entry kali ni saya akan berkongsi tentang macam mana nak pilih supplement omega 3 terbaik. Terdapat banyak supplement omega 3 di pasaran sampai tak tahu yang mana satu nak beli kan. Hati-hati ye. Kalau tersalah pilih boleh menyebabkan anda mendapat keracunan logam berat seperti merkuri ataupun plumbum.

Ibu-ibu pasti mengetahui kebaikan omega 3 terhadap perkembangan otak anak-anak. Omega mengandungi asid lemak DHA dan EPA yang tersangatlah bagus untuk perkembangan minda anak-anak. Dan sumber omega yang paling bagus adalah dari ikan terutamanya ikan dari laut sejuk.  Badan kita tidak dapat membentuk omega 3 dengan sendiri. Oleh itu kita perlu mengambil supplement omega untuk keperluan badan. Saya pernah juga berkongsi tentang kebaikan omega terhadap kesihatan jantung DI SINI. 

3 perkara penting yang anda perlu tahu dalam memilih supplement omega 3 terbaik

1)Pastikan sumber omega-3 tersebut

Sekiranya anda seorang vegetarian, pastikan anda memilih omega-3 yang mengandungi ALA. DHA, EPA dan ALA adalah asid lemak omega 3. Perbezaannya, ALA adalah dari sumber minyak sayuran, kekacang dan legum. Manakala DHA dan EPA adalah asid lemak omega 3 dari sumber ikan. Minyak ikan mempunyai kandungan DHA dan EPA yang tinggi.

Kandungan EPA dan DHA dalam setiap ikan adalah berbeza.

Kandungan EPA dan DHA dalam setiap ikan adalah berbeza

2) Anda perlu tahu amaun yang perlu diambil

Keperluan omega-3 bergantung kepada umur, jantina dan keperluan individu itu sendri. Contohnya sekiranya anda mengambil supplement omega untuk masalah jantung, keperluan dosnya adalah lebih tinggi daripada individu sihat yang mengambil untuk mengekalkan jantung sihat. Keperluan omega kanak-kanak adalah lebih rendah berbanding orang dewasa. Oleh itu, adalah lebih baik anda berbincang dengan doktor ataupun ahli farmasi tentang dos yang optimum untuk keperluan anda.

3) Pilih yang terbaik

Omega dari sumber ikan berisiko untuk dicemari logam berat seperti merkuri, plumbum dan kontaminan yang lain. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui sama ada supplement tersebut menjalani ujian ketulenan bebas daripada logam berat. Kita tak nak la ambik supplement untuk kesihatan tapi penyakit lain yang datang pulak kan. Pencemaran logam berat berlaku kerana omega dari sumber ikan mudah terdedah kepada pencemaran laut. Terdapat pengeluar supplement omega yang melabur berjuta dollar menggunakan teknologi terkini dan canggih bagi memastikan ketulenan omega yang diproses.

Jadi dah tau kan macam mana nak pilih supplement omega yang terbaik. Pilihan saya tentu sekali supplement omega dari Shaklee. Saya pernah berkongsi DI SINI kenapa supplement omega 3 terbaik dari Shaklee di dalam entry INI

OmegaGuard Shaklee

OmegaGuard Shaklee

Berminat untuk mengetahui tentang Omega Guard Shaklee? Boleh hubungi saya dengan beberapa cara di bawah:

Call/SMS/WhatsApp: 019-4548200

Email: info.vitamin2u@gmail.com

PM saya di Facebook: www.facebook.com/messages/suhaida.suaid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge