Makanan sedap dan menarik di Johor Bahru: Kacang Pool Haji

Antara makanan sedap dan menarik di Johor Bahru adalah Kacang Pool Haji. Kedainya terletak di Medan Selera Plaza Larkin Johor Bahru. Menu ini sangat sesuai di makan bila-bila masa tak kira semasa makan pagi, makan tengahari atau pun makan petang. Gabungan roti tebal yang dicicah dengan kuahnya tersangatlah best. Lain dari yang lain. Kuahnya mengandungi daging cincang yang dimasak bersama kacang merah bersama campuran rempah ratus dan kemudian ada telur mata pulak. Owhh.. sedapnya!

Kacang Pool Haji Johor Bahru

Kacang Pool Haji Johor Bahru

Bagi memudahkan anda ke sana, ini GPS coordinate Plaza Larkin tersebut.

N 01’29’50.7”

E 103’44’35.3”

Selamat Mencuba!

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge