Hotel Bajet Yang Best Di Johor Bahru: JSL Hotel

Kalau sebut hotel bajet kita akan bayangkan benda yang tak best je kan. Tapi, jangan tak tahu, ada hotel bajet yang best kat Johor Bahru ni. Kenapa hotel bajet ni best?

2 hari lepas aku sekeluarga ke Johor Bharu. Aku dan hubby decide untuk tinggal di hotel bajet je sebab sepanjang masa kami akan lebih banyak habiskan masa di luar. So balik hotel untuk mandi, solat dan tidur sahaja. Aku tak booking hotel awal. Dah sampai JB baru cari hotel. Asalnya nak duduk Hotel Selesa. Tapi full pulak. Mungkin disebabkan cuti hujung minggu yang bersambung dengan Cuti Thaipusam,  Jadi last minit call JSL Hotel.

Pandangan Luar Hotel JSL.

Pandangan Luar Hotel JSL.

Hotel ni memang murah. Nama pun bajet hotel kan. Ada rate untuk kakitangan kerajaan tau. First time aku tengok hotel bajet ada special rate untuk kakitangan kerajaan. Harga semua bilik ni termasuk breakfast. Tapi aku tak makan pagi kat situ pun sebab aku was-was dengan status halal makanannya.

Harga bilik Hotel JSL

Harga bilik Hotel JSL

Dekorasi dan perabot di lobi sangat cantik dan kemas serta selesa.

Kaunter Reception Hotel JSL JB

Kaunter Reception Hotel JSL JB

Lobi Hotel JSL JB

Lobi Hotel JSL JB

Satu lagi yang buat aku kagum dengan hotel ni, walaupun ianya taraf hotel bajet tapi ia mempunyai ruang untuk melayari internet. Terdapat dua buah komputer jika anda ingin menggunakan internet.

Ruang Melayari Internet Hotel JSL JB

Ruang Melayari Internet Hotel JSL JB

Bilik Executive Standard yang aku duduk sepanjang kat JB. Gambar ni aku ambil kat website Hotel JSL. Terlupa nak ambil gambar bilik sebelum disepahkan. Hihiii..

Bilik Executive Standard Hotel JSL Johor Bahru

Bilik Executive Standard Hotel JSL Johor Bahru

 

Tandas Bilik Hotel JSL Johor Bahru

Tandas Bilik Hotel JSL Johor Bahru

 

Secara keseluruhan, JSL Hotel adalah hotel bajet terbaik yang pernah aku menginap. Apa yang aku suka tentang hotel ini:

1) Bilik dan tandas sangat bersih.

2) Bilik Executive Standardnya luas. So tak la rasa congested. Memang sangat selesa.

3) Terletak di pinggir bandar raya JB. Namun tak jauh dari pusat bandar.

4) Ada lift!

5) Ada guard. So rasa selamat sangat park kereta kat situ.

6) Hotel ni terletak di deretan kedai. Jadi guard ni jugak akan letak signboard reserved parking untuk parking lot berdekatan hotel. So tak payahla nak menapak jauh dari tempat parking.

7) Aku rasa owner hotel ni mempunyai taste yang sangat bagus dan teliti. Walaupun hotel ni taraf hotel bajet, namun dekorasi, peralatan elektrik dan perabot yang digunakan bukan jenis ala kadar dan biasa-biasa.

8) Wifi free! Ho yeah.. Kalau korang duduk hotel berbintang-bintang belum tentu wifi free tau. Laju plak tu. :)

So, secara keseluruhan aku memang puas hati stay kat sini. INsyaAllah.. kalau ke JB lagi next time aku akan pilih hotel ni juga

Website: http://jslhotel.com/

 

 

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge