Vitamin Untuk Kesuburan: Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Vitamin untuk kesuburan? Fakta atau mitos semata-mata? Vitamin merupakan mikronutrient yang memainkan peranan penting dalam membantu kesuburan seseorang.

Zuriat adalah anugerah Allah yang tidak ternilai

Zuriat adalah anugerah Allah yang tidak ternilai

Mikronutrients seperti vitamin dan mineral adalah penting untuk kesihatan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Kekurangan vitamin dan mineral boleh menyebabkan masalah seperti anemia ataupun kerencatan perkembangan bayi dalam kandungan. Bagi pasangan yang merancang untuk mempunyai anak, vitamin dan mineral adalah elemen yang penting untuk berada pada paras optimum. Gaya hidup pasangan moden bekerjaya pada masa kini menyebabkan pasangan masa kini terdedah kepada tekanan dan gaya pemakanan yang kurang sihat.

“A study performed by Harvard medical school has shown that taking multivitamins improve chances of pregnancy. “

Antara vitamin yang didapati boleh membantu dalam kesuburan adalah:

1) Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan yang bagus. Dalam satu kajian menunjukkan, pasangan yang menjalani rawatan IVF yang mengambil Vitamin E setiap hari, didapati kadar kesuburan mereka meningkat kepada 19-29 %. Dalam satu kajian lain yang dikeluarkan pada Januari 2011 di dalam “International Journal of General Medicine” mendapati kualiti air mani  dan pergerakan sperma bertambah baik bagi lelaki yang mengambil Vitamin E. Keadaan ini membolehkan sperma untuk bersenyawa dengan ovum. Hal ini dapat dilihat pada lelaki yang mengambil Vitamin E 400iu bersama selenium 200iu setiap hari sekurang-kurangnya 3 bulan.

“Dalam satu kajian lain yang dikeluarkan pada Januari 2011 di dalam “International Journal of General Medicine” mendapati kualiti air mani  dan pergerakan sperma bertambah baik bagi lelaki yang mengambil Vitamin E.”

 2) Vitamin C

Vitamin C juga adalah antioksidan yang baik di samping Vitamin E. Berdasarkan kajian yang dikeluarkan dalam “Fertility and Sterility”, Vitamin C membantu memperbaiki kesuburan dan paras hormon dalam wanita. Manakala dalam lelaki pula, pengambilan vitamin C meningkatkan kualiti sperma. Vitamin C juga membantu melindungi DNA sperma daripada rosak akibat radikal bebas.

3) Vitamin B Complex

Vitamin B1, B2, B3, B6, dan B12 membantu dalam pengawalan hormon. Vitamin B Complex juga membantu bagi wanita yang mengalami alahan semasa mengandung. Vitamin B12 yang terdapat di dalam Vitamin B Complex meningkatkan kualiti dan penghasilan sperma. Bagi wanita yang mengalami masalah untuk mengandung kerana masalah Pada Fasa Luteal, vitamin B6 yang terdapat di dalam vitamin B Complex sangat membantu.

4) Iron (Zat Besi)

Kajian menunjukkan, wanita yang kekurangan iron atau zat besi berkemungkinan mempunyai masalah ovulasi. Kadar kejayaan untuk hamil bagi wanita yang mempunyai zat besi mencukupi adalah 60% lebih tinggi berbanding dengan wanita yang kekurangan zat besi atau iron

6)Folic Acid

Folic acid adalah antara vitamin yang penting untuk wanita yang telah hamil. Namun begitu, bagaimana pula vitamin ini dapat membantu di dalam kesuburan untuk wanita mahupun lelaki. Dr Zubaidi pernah menyentuh tentang persoalan ini.

Folic acid juga antara vitamin yang dapat membantu dalam kesuburan

Folic acid juga antara vitamin yang dapat membantu dalam kesuburan

 

7) Zinc

Tahukah anda. Kandungan zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda berbanding organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam meningkatkan kuantiti sperma serta pergerakan sperma. Kekurangan zinc mengakibatkan masalah seperti bilangan sperma merosot dan kemerosotan fungsi seksual lelaki.

8) GLA (Gamma Linolenic Acid)

GLA membantu meningkatkan kesuburan dalam wanita dengan meningkatkan kualiti cecair mukus pada servikal. Cecair mukus yang berkualiti membolehkan sperma untuk bersenyawa dengan ovum. Cecair mukus yang berkualiti juga membolehkan sperma untuk hidup dan bertahan lebih lama bagi memberikan masa untuk sperma tersebut melakukan persenyawaan.

9) Omega 3

Omega 3 membantu dalam pengawalan hormon di dalam badan. Ia juga membantu meningkatkan cecair mukus pada servikal, menggalakkan ovulasi serta meningkatkan kualiti uterus dengan meningkatkan pengaliran darah ke uterus.

Pengambilan vitamin dan mineral adalah salah satu usaha bagi meningkatkan kesuburan bagi pasangan yang mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat. Selebihnya kita juga perlu berdoa dan tawakkal kepadaNYA. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui masa dan ketika terbaik untuk memberikan zuriat itu kepada kita. Namun begitu, jangan berputus asa untuk berusaha. :)

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah. Hubungi saya untuk konsultasi percuma berkaitan supplement yang sesuai untuk meningkatkan kesuburan anda.

Shaklee ID: 906552 (SUE)
Email: personaglitters@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-4548200
Lokasi COD : Changlun, Unimap Pauh, Arau, dan Simpang Empat Perlis

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge