Chicken Chop Paling Sedap

Kalau pi Penang, aku dan hubby memang wajib singgah Restoran Faiz di Permatang Pauh. Kalau korang nak makan Western Food yang sedap di Penang, restoran ni memang highly recommeded.

Western Food kegemaran aku & hubby kat restoran ni mestilah Chicken Chop dier dengan sos BBQ. Memang sedap sos BBQ ni. Rasa dia memang complete dan tersendiri. Saiz ayam pon besar. Well cooked. Rangup di luar lembut di dalam. Tepung yang celup ayam tu pun memang lain daripada lain.

Dah separuh jalan makan baru teringat nak ambil gambar.

Dah separuh jalan makan baru teringat nak ambil gambar.

Saiz ayam memang sangat-sangat puas hati, besar! Kalau aku dah makan ayam sampai habis mesti aku tak berjaya habiskan roti dan coleslaw dier. Restoran ni macam kedai makan biasa jek. Tapi kesedapan chicken chop dier memang Hotel Putra Palace Kangar kena angkat bendera putih la. Over tak? Tapi itulah hakikiatnya.  Kalau orang Perlis cakap Western Food kat Perlis paling sedap kat Mai Cafe. Tapi minta maaf banyak-banyak. Cicken chop kat sini berganda-ganda sedap. Hopefully Restoran ni takkan tukar tukang masak Western Food diorang sampai bila-bila.

Restoran ni di buka setiap hari. Tapi hari Ahad tak de menu Western Food. Tukang masak Western Food cuti agaknya. Yang ada cuma makanan goreng-goreng ala Thai. Menu lain yang aku suka Sizzling Mee. Kalau Western Food tutup aku mesti order Sizzling Mee. Restoran ni dibuka bermula pukul 5.00 petang sampai pukul 12 tengah malam sahaja. Kalau nak pi makan kat situ seelok-eloknya korang call dulu untuk reservation. Order siap-siap supaya korang tak perlu tunggu.  Macam semalam, customer sangat ramai sampaikan ada customer yang baru sampai tak dapat tempat duduk. Tapi customer-customer tu still jugak berdiri dan tunggu untuk dapat tempat duduk. Aku agak mesti regular customer kalau tak, mana sanggup tunggu nak makan kan. Restoran dia pulak kecik jek. Tapi nasib baiklah kami call dulu dan cakap akan sampai dalam setengah jam. Terus dapat makan bila sampai. Sangat best.

Ni nombor telefon Restoran Faiz tu 0124602035

Happy eating!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge