Kolagen Asli Terbaik Di Pasaran

Kolagen yang terbaik adalah kolagen asli dan semulajadi. Semua wanita sangat arif akan peranan kolagen dalam kecantikan. Namun begitu apakah sebenarnya kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. KOlagen menyokong sebahagian besar sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Penuaan adalah satu proses. Kita tidak dapat menghentikannya namun begitu kita boleh melambatkan proses tersebut.

Penuaan adalah satu proses. Kita tidak dapat menghentikannya namun begitu kita boleh melambatkan proses tersebut.

CIRI-CIRI KOLAGEN YANG PERLU ANDA TAHU

Kolagen yang terbaik adalah kolagen asli dari sumber haiwan kerana kolagen ini lebih mudah diserap oleh sel-sel badan contohnya kolagen yang dibuat dari ikan laut. Namun begitu harganya sangat mahal kerana kesukaran untuk mendapatkan sumbernya. Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

Ciri lain yang penting untuk kita lihat sebelum mengambil sesuatu kolagen adalah dengan melihat berat molekularnya. Kebanyakan kolagen yang berada di pasaran mempunyai berat molekular lebih kurang 300,000 dalton. Kolagen yang terbaik adalah kolagen yang mempunyai berat kurang daripada 3000  dalton. Kenapa berat molekular ini penting? Berat inilah yang menentukan kadar penyerapan kolagen oleh sel-sel badan. Kolagen yang mempunyai berat molekular yang rendah akan lebih mudah diserap oleh sel-sel badan. Kolagen yang dihirolisis dari ikan adalah kolagen yang terbaik kerana berat molekularnya adalah kurang daripada 1000 dalton berbanding kolagen kompleks dari kambing, lembu atau babi seberat 400,000 dalton. Tahukah anda begitu banyak produk kolagen di pasaran dan hanya SATU sahaja produk terulung yang mempunyai berat molekular kurang daripada 1000 dalton? Saya pernah menceritakan tentang produk tersebut DI SINI.

APA YANG AKAN TERJADI SEKIRANYA KOLAGEN DALAM BADAN BERKURANGAN

Penghasilan kolagen dalam badan berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan penurunan ini mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, apabila kita semakin tua, semakin berkuranglah kolagen dalam badan. Oleh itu kolagen perlu diambil sebagai makanan kesihatan bagi menggantikan pengurangan kolagen dalam badan selari dengan peningkatan usia.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge