Cara Memasukkan Blog Anda Ke Google dan Bing

Memasukkan Blog dan website ke enjin carian seperti Google dan Bing adalah penting bagi membolehkan blog dan website anda ditemui dengan cepat di enjin carian ini. Hal ini sangat penting bagi blog dan website yang dibina atas tujuan perniagaan.  Mestilah kita mahu blog kita yang ditemui oleh orang ramai yang ingin mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan.

Enjin carian seperti Google mempunyai ‘crawler’  yang akan mengindeks blog atau website anda. Secara kebiasaannya, ‘crawler’ ini akan mengambil sedikit masa untuk mengindeks blog, website dan entry post kita.  Bagi memudahkan dan mempercepatkan ‘crawler’ ini bekerja, apa yang perlu kita buat adalah kita hantar URL blog atau website kita ke laman tersebut. Persoalannya, bagaimana untuk melakukan perkara tersebut? Mudah sahaja. Ketika pertama kali melakukannya, saya sama sekali tidak menyangka ianya adalah semudah itu. Inilah antara langkah yang disebut sebagai Search Engine Optimization (SEO). Ya. Terlalu banyak ilmu SEO di luar sana. Saya juga masih belajar tentang SEO. Namun begitu, langkah pertama ini harus diambil apabila sesebuah blog atau website yang baru dibina.

Hantar URL blog atau Website anda DI SINI untuk membolehkan Google mengindeks blog anda. Nak lebih? Boleh cuba hantar URL Website ke BING.

Selamat Mencuba!

Ilmu yang tiada sempadan.

Ilmu yang tiada sempadan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge