Entopia Penang – Tempat Menarik Di Pulau Pinang Yang Wajib Singgah

Asal sebut Pulau Pinang je terbayang nasik kandar sedap. Penang dan makanan berpisah tiada. Sue sendiri asal pegi Penang je memang tak kan miss makan food yang sedap-sedap kat Penang. Kali ni Sue nak share pasal Entopia Penang. Salah satu tempat menarik di Pulau Pinang yang wajib korang singgah kalau pegi Penang.

Ada apa kat Entopia Penang?

Entopia Penang adalah satu taman rama-rama tertutup. Yang bestnya bukan ada rama-rama je tau. Serangga pon ada. Entopia Penang besar jugak berbanding Taman Rama-rama sebelum ni. Tapi kejap je habis pusing. Half day pon dah cukup. Melainkan husband korang photographer. Lama giler la dalam tu.

entrance entopia penang

Entrance Entopia Penang

Masa kat entrance tu, ambik peta siap-siap. So, senang nak tengok korang kat mana, dan senang nak tau tempat apa yang korang tak cover lagi.

Peta Entopia Penang

Peta Entopia

Dalam tu ada surau dan tandas. Bersih sangat. So, tak payah risau. Cafe pon ada tapi mahal sikit lah. Seingat Sue dalam RM20 lebih kalau tak silap. Mahal kalau sedap tak pe jugak. Tapi rasa dier biasa-biasa je. Baik makan nasik kandaq kat luar. So, sebelum masuk, makan kenyang-kenyang.

Aktiviti Menarik Di Entopia Penang

Selain tengok rama-rama dan serangga lain, dalam Entopia ada macam-macam aktiviti yang sesuai untuk anak-anak.

Aktiviti Di ENtopia Penang

Aktiviti Di Entopia Penang

Enjoy sangat di Entopia Penang

Rama-rama dalam tu sangat banyak. Jinak pulak tu. Happy giler tengok. Bawah ni sebahagian je tau. Rama-rama ni jinak sangat. Sue ambik gambar ni tak payah zoom pon. Pegi je dekat-dekat then snap.

spesies rama-rama di entopia penang

Bermacam-macam jenis rama-rama terdapat di Entopia Penang

Bermacam spesies rama-rama

Sangat jinak!

TIPS: Area situ kita akan nampak nenas yang dipotong berkeping-keping. Korang calit-calit nenas tu kat tangan, then biar rama-rama hinggap. 

Aktiviti Menarik Di Entopia Penang

Aktiviti Menarik Di Entopia Penang

Harga Tiket Entopia

Ada 2 harga tau untuk tiket masuk Entopia ni. Satu harga MyKad untuk warganegara Malaysia dan satu lagi harga Standard untuk bukan warga negara Malaysia.

Harga MyKad

Dewasa: RM49

Kanak-kanak (Umur 4-12 tahun): RM29

Wargaemas (60 tahun ke atas): RM29

Nak lagi murah? Beli online. Tapi kena beli awal. At least 3-4 hari sebelum date nak pegi situ. Bawah ni harga tiket kalau beli online.

Klik link ni untuk beli tiket Entopia Penang online.

http://entopia.my/calendar-select.php?token=access&date 

harga tiket entopia penang

Nak jimat lagi? Boleh. Sebelum pegi tu, check dulu ada promotion tak. Boleh check kat website Entopia.

Klik je link ni untuk tengok promotion yang ditawarkan oleh Entopia.

–> http://entopia.com/promotions/

Great news. Sekarang ni ada promosi tiket kalau beli online.

promosi tiket Entopia PenangOverall, bagi Sue berbaloi sangat pegi Entopia ni. Lagi pulak kalau dapat grab diskaun. Anak-anak sangat enjoy. Sue sendiri dapat banyak info menarik dan pelik pasal rama-rama yang Sue baru tau.

Salah satunya, biasanya kita anggap rama-rama makan nectar bunga kan. Sebenarnya bukan tu je makanan dier. Kalau hadap tu je hari-hari, nutrien dier tak cukup. Dia kena dapatkan mineral dari sumber lain. Tau tak, salah satu sumber mineral rama-rama adalah najis dan air kencing. Pelik kan. Banyak lagi benda pelik lain yang korang akan tau lepas pegi Entopia ni.

TIPS: Bagi orang tua yang berumur, telan Ostematrix siap-siap tau sebelum masuk. Takut sakit lutut pulak nanti.

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge