Makan Tengah Hari Sedap Di Ipoh

Tercari-cari makan makan tengah hari sedap di Ipoh? Haaa.. Korang patut cuba makan di Restoran Pakeeza.

Restoran Pakeeza ni restoran kuisin India utara. Kalau Google makanan sedap di Ipoh ramai sangat blogger recommend makan kat sini.

Masuk je restoran tu, ramai jugak la orang. Hampir semua meja ada orang. Nasib baik ada jugak meja kosong. First impression Sue, mesti sedap ni. Sebab Chinese pon ramai makan kat sini.

Banyak sangat pilihan lauk pauk dier. Sampai tak tau nak pilih yang mana. Ayam je ada lebih dari 10 jenis masakan.

Ini lauk yang Sue order.

Ayam goreng

Ayam goreng dier tak de la mengancam sangat. Tapi crunchy & tak berminyak. Sesuai untuk anak-anak. Tak pedas. Salah satu sebab tak ambik ayam tandoori sebab anak-anak tak makan pedas.

Nasi beriani

Nasi beriani dier best sangat. Tak berminyak. Lembut. Secukup rasa. Setakat ni, kalau nasi beriani, Sue suka JM beriani (banyak cawangan kat Selangor), nasi beriani claypot Restoran Kapitan, Penang dan Nasi Beriani Toufeeq, Changlun, Kedah.

Tapiiiiii…

Lepaa makan nasi beriani Restoran Pakeeza ni, memang sedap sangat. Bagi Sue nasi beriani paling yang pernah Sue makan selama ni.

Kambing masala

Sedap giler kambing masala ni. Serius. Benda yang wajib korang beli masa makan kat sini.

Ayam tikka

Ayam tikka ni biasa je. Tak menangkap sangat.

Oh my.. The curry in town. Sedap sangat.

Kari dier sedap giler. Ramai yang cakap wajib order kari kepala ikan kalau makan kat sini. Tapi disebabkan kami suami isteri tak makan kepala ikan, so tak order la.

Ni je yang kami order. Untuk 2 dewasa 3 budak. Lauk tu tak habis. Siap tapau lagi.

Overall, memang puas hati makan kat sini. Sedap.. Selesa.. Worth every penny. Memang kami tak sabar nak repeat makan kat sini lagi. Sedappppp..

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge