Hotel di Ipoh Yang Best – Weil Hotel Ipoh 

Nak tau hotel di Ipoh yang best?

Last weekend saya menyertai kelas E Usahawan di Ipoh. Makanya angkut la sekali anak-anak. Disebabkan cuti sekolah masa bulan lepas saya tak bawak anak-anak bercuti kemana-mana, makanya trip ke Ipoh ni saya cari hotel yang best sikit untuk stay.

Asalnya nak duduk kat Kinta Riverfront. Tapi bila tengok bilik tak berapa mengancam akhirnya saya decide untuk stay dekat Weil Hotel, Ipoh sebab tengok gambar pool dan bilik dier mengancam sangat.

Weil Hotel, Ipoh, Simple Tapi Elegant

Saya pilih bilik Studio King. Saja pilih bilik besar sikit. So, anak-anak bebas sikit nak duduk mana-mana ceruk kat bilik tu. Tak de lah sepanjang masa berguling atas katil. Bilik Studio King besar jugak. Siap ada 2 bijik sofa lagi. Puas hati.

Besar bilik studio king ni. Ada sofa lagi

Besar bilik studio king ni. Ada sofa lagi

Complementary drinks sampai 4 botol mineral. Botol pon comel sangat.

Complementary drinks sampai 4 botol mineral. Botol pon comel sangat.

Kacang pon ada. Tapi.. Tekak saya tak bleh terima perisa tu.

Kacang pon ada. Tapi.. Tekak saya tak bleh terima perisa tu.

Lobi hotel yang cantik

Lobi hotel adalah first impression kalau kita pegi mana-mana hotel. Bila tengok lobi yang cantik, terus rasa tak sabar nak tengok bilik pulak kan. Walaupon gambar bilik dah tengok kat internet.

Safety guard kat depan pon kemahen diorang punya baju. Dah macam koboi tengah bandar. Menarik sangat.

Lobi hotel yang simple tapi elegant

Lobi hotel yang simple tapi elegant

Hiasan yang minimalis

Hotel zaman sekarang banyak menggunakan hiasan simple-simple je. Menimalis gitu. Sedap mata memandang. Tak serabut. Warna fabrik pon guna warna-warna yang soft, warna pastel. Sejuk mata memandang.

Bilik air ada bath tub yang best. Terus rasa nak letak sebijik macam ni kt rumah

Bilik air ada bath tub yang best. Terus rasa nak letak sebijik macam ni kt rumah

Bilik air see through kaww. Don’t worry. Ada curtain untuk tutup.

Toiletries lain sama je macam hotel lain. Yang ni lain sangat. Memang best la layan bath tub.

Toiletries lain sama je macam hotel lain. Yang ni lain sangat. Memang best la layan bath tub.

Itu cerita pasal bilik. Breakfast dier pulak macam mana?

Kami stay di Weil Hotel 2 malam. So dapat free breakfast 2 kali. Dua-dua hari tu breakfast benda yang sama je. Alahaii.. Overall, food dier biasa-biasa je. Common hotel food. 2 hari berturut-turut saya makan oat dier. Sedappp. Rasanya overnight oat.

Sedap sangat overnight oat ni

Sedap sangat overnight oat ni

Weil Hotel bersebelahan Shopping Complex Ipoh Parade

Yang ni antara kelebihan Weil Hotel. Terletak bersebelahan shopping complex. KAlau malas nak keluar cari makan, memang terjah Ipoh Parade ni je. Ada Subway, Starbuks, Sangkaya, Marrybrown, Chicken Rice Shop dan banyak lagi.

Swimming pool Weil Hotel Ipoh

Ini lah yang buat saya tertawan sangat. Infinity pool! Masa book hotel ni dah imagine, anak-anak mesti happy giler. Ternyata, bukan anak2 je happy bapaknya pon enjoy sangat dengan infinity pool ni. Lagi satu yang best pool ni terletak di rooftop. Memang sedap layan angin. Yang tak sedapnya, menggigil-gigil keluar dari pool bila kena angin sejuk gitu.

Semua ada muka husband. Seronok layan pool sampai saya lupa ambik gambar. Siap tertido lagi kat kerusi pool tu layan angin

Overall, memang puas hati lah stay kat sini. Akan repeat? InsyaAllah tak kot. Sebab nak try hotel-hotel lain kat Ipoh. Banyak sungguh hotel kat Ipoh ni. Dari rooftop Weil Hotel boleh nampak macam-macam hotel.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge