Beli Simkad Thailand Yang Best Dan Laju

Benda pertama yang di buat bila cross je border Thailand haruslah beli simkad Thailand!

Sebagai peniaga online, talian internet tersangat lah penting. Nak urus order lah, nak urus team bisnes lah, nak update blog lah. Semua tu perlukan line internet. Lagi best dapat line internet yang laju.

Actually, Januari lepas pertama kali kami ke Thailand drive sendiri. Walaupon dah masuk tahun ke 9 tinggal berdekatan sempadan Thailand tak pernah terasa teringin pon nak cross border. Tapi bila kawan yang dari KL, setahun 2-3 kali drive sendiri ke Thailand satu family, terus rasa membuak-buak nak pegi Thailand jugak.

Kami ada persepsi, bahaya drive ke Thailand satu family je. At least 2 kereta kena pegi. Ramai, Selamat la sikit. Tapi tu la. Bila nak plan pegi dengan family lain ada je hal. Masing-masing sibuk.

Tapi bila tengok kawan yang kat KL tu pegi dengan anak kecik lagi, ok je, kami pon tekad nak pegi jugak. Redah je walaupon 1 family kami je pegi.

Ok je. Alhamdulillah. Selamat pegi selamat balik. 2 minggu berturut-turut kami pegi Thailand. Minggu pertama trip Hat Yai-Songkhla. Minggu kedua trip Krabi pulak. Saya akan share pasal ni dalam entry lain. Hari ni nak cerita pasal simkad je.

Beli Simkad Thailand Dengan Mudah

Minggu pertama kami ke Hat Yai dan Songkhla. Kami masuk melalui border Bukit Kayu Hitam. Orang selalu cakap border Bukit Kayu Hitam ramai orang. Kena beratur dekat 2 jam. So, kami pon keluar rumah awal. Pukul 7 pagi dah sampai kat border Bukit Kayu Hitam. Selesai urusan kat imgresen tak sampai sejam pon.

Kat imegresen Thailand ni, kita kena park dulu kereta, then turun pegi cop passport dan settelkan urusan dokumentasi kereta. Agak jauh jugak dapat parking.

Sambil jalan tu kami usha la kedai yang ada jual simkad. Then ternampak lah Seven Eleven. Tapi kami tak terus beli kat 7 Eleven. Kami jalan-jalan lagi usha. Then ternampak satu kedai besar yang jual simkad. Banyak jenis sungguh simkad yang dia jual. Terus kami pegi kedai tu.

Sale girl tu boleh cakap Melayu. Muslim rasanya sebab bertudung. Dia tunjukkan kami pakej internet yang dia jual. Banyakkkk.. Sampai tak tau nak pilih pulak. Pakej yang dia tunjuk tu dalam bahasa Thailand. Nasib baik lah dia boleh cakap Melayu. So dia terangkan semua.

Ada pakej internet seminggu, ada 2 minggu, ada sebulan. Ada yang unlimited. Dan of course ada yang limited jugak.

Disebabkan kami ke Thailand 2 minggu berturut-turut, so kami decide ambik pakej internet unlimited untuk sebulan. Lagi jimat bila compare dengan pakej lain. Harga pakej internet ni 499 baht. Kalau convert current rate lebih kurang RM60.

beli simkad thailand

Ni la simkad tu

Simkad Thailand Yang Best, Line Internet Laju

Lepas je trip Hat Yai – Songkhla, minggu depan tu plak kami drive ke Krabi pulak. Internet ni lah menjadi teman setia.

Cuma bezanya, road trip ke Krabi tu kami masuk melalui border Wang Kelian dan akan sampai Satun dulu. Area Wang Kelian-Satun ni kawasan dier hutan dan berbukit.

Bila lepas je imegeresen Thailand, terus dah signal detect Telco DTAC. Sumpahhh.. internet speed tak mengecewakan langsung. Sepanjang masa 4g. Bayangkan masa masih dalam kawasan hutan dan bukit, maintain 4g. Anak2 tengok YouTube tak de lagging langsung.

Unlimited lagik. ❤️❤️

Padahal line celcom terus signal E masa belom pon sampai border wang kelian ??

Memang puas hati sangat. Ni antara benda yang kami tak boleh nak move on. Rindu sangat internet yang berdesup laju macam tu.

Kalau lah Telco kat Malaysia jual pakej internet macam ni, saya rela je tiap-tiap bulan beli sim kad baru. Hahaaa..

Diharapkan perkongsian ini membantu korang untuk beli simkad Thailand.

 

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge