Review puddle jumper: Pelampung kanak-kanak yang awesome

Korang pernah dengar puddle jumper tak? Saya sendiri baru je kenal puddle jumper beberapa bulan lepas. Thanks to group whatsapp sekolah yang happening tu. Tatau nak sebut puddle jumper ni sejenis barang apa.

Sebut pelampung mesti imagine bulat macam donut kan. Tapi bukan macam tu rupa dier. Ada yang sebut benda tu floaters, ada yang sebut swimming aid dan ada yang sebut puddle jumper ni life jacket. Biar apa pon nama yang orang bagi, basically, puddle jumper ni fungsi dier untuk mengapungkan. 

Inilah rupa puddle jumper tu.

puddle jumper pink

Ni puddle jumper yang saya belikan untuk Medina. Umur Medina 5 tahun.

Ni pulak saya belikan untuk Aniq yang bongsu. Umur 3 tahun 3 bulan.

Ni pulak saya belikan untuk Aniq yang bongsu. Umur 3 tahun 3 bulan.

Tak boleh imagine kan kalau rupa dier cenggini. Kalau pakai, rupa dier jadi cenggini haaa.

puddle jumper bila dah dipakai

Confident anak-anak mat saleh ni terjun laut. Ke tasik? Huhuuu…

 

puddle jumper pandangan dari belakang

Puddle jumper pandangan dari belakang. Tali tu adjustable. Medina yang 5 tahun pun masih blom stretch tali tu sampai habis.

Puddle jumper ni keluaran syarikat Stearn. Stearn ni subsidiary company Coleman. Coleman kan famous dengan ice box yang berkualiti. Tak sangka pulak coleman ada jual barang macam ni.

Mahal yang amat puddle jumper ni. Kalau tak de discount, mau nya pikir 40 juta kali sebelum beli. Yer la. Pelampung kanak-kanak yang biasa tu mana pernah cecah rm50 pon. Puddle jumper ni harga cecah ratus tau. Memang ahkak takkan beli la kalau harga dah ratus-ratus. Bukannya nak guna selalu pon.

harga puddle jumper di 11th street

Harga puddle jumper di 11th street pada 20 Februari 2017

Tapi, alhamdulillah. Ada kawan sekolah kat group whatsapp shout puddle jumper tengah murah masa Disember 2016 lepas. Makanya…zass.. terus beli.

harga puddle jumper di 11th street tahun lepas

Harga puddle jumper yang saya beli tahun lepas.

Actually kan, Tesco pernah buat offer puddle jumper ni. Harga tak sampai RM30 pon after discount. Cer korang gi terjah Tesco. Tapi222.. tak semua Tesco ada jual benda ni. So, bertabahlah.

Actually puddle jumper ada macam-macam jenis corak. Corak yang fancy yang memang budak-budak suka. Jangan kata budak-budak. Mak budak pon jadi rambang mata nak pilih.

pelbagai corak pudlle jumper

Berpinau mata mak-mak nak pilih kalau banyak sangat pilihan camni kan. Gambar ni saya ambik kat lelong.my

Sejak ada puddle jumper, memang anak-anak enjoy sangat swimming. Jangan kata anak-anak. Kami husband and wife pon dah seronok pegi swimming pool. Yer la. Kalau sebelum ni, asal pegi swimming pool je kita makpak ni kena la bertenggek tepi swimming pool budak-budak nak jaga anak-anak. Kalau time tak ramai orang boleh la berendam sekali dengan anak-anak dalam swimming pool budak tu. Kalau ramai budak-budak, jadilah kita penunggu yang setia tepi kolam tu.

Tapi, sejak ada puddle jumper, kami suami isteri boleh swimming dengan anak-anak. Anak-anak boleh swimming sama-sama dalam kolam dewasa. Baru la enjoy macam ni. Lately, almost every week kitorang pegi swimming pool. Enjoy sangat spend masa dengan anak-anak sama-sama dalam swimming pool.

Yang lagi dasyat, anak-anak dah tak nak masuk kolam budak-budak sebab diorang tak boleh terapung. Kalau kolam budak-budak, kaki diorang boleh cecah lantai. Diorang rasa tak best. Lagi pon sempit plak tu kan. Kena bersesak-sesak dengan budak lain. Bila swimming dalam kolam dewasa, diorang boleh terapung dengan bebas. So dapat la diorang swimming dengan bebas.

Sebenarnya anak-anak saya tak reti swimming pon. Memang 100% bergantung kat puddle jumper. Tapi amazingly budak-budak kot, fast learner kan, cepat adapt dengan puddle jumper tu. Diorang dah pandai bergerak sendiri (read swimming) dari satu tempat ke satu tempat tanpa bantuan kami suami isteri.

Pandai pulak diorang “kayuh” kaki tu supaya boleh move. Ni dalam kolam dewasa tau. Kaki memang tak cecah lantai. Kami cuma tunjuk je cemana nak gerak kaki dalam air supaya diorang boleh move. Budak-budak memang cepat belajar.

Bear in mind. Walaupon dah ada puddle jumper, still kena monitor anak-anak ni masa diorang dalam swimming pool ye.

Ok lah. Jom layan video anak-anak saya swimming di Ban Sainai Resort, Krabi, Thailand masa raya cina lepas. Masa ni baru kali kedua diorang guna puddle jumper ni. Dan first time jugak diorang berani masuk kolam dewasa. Sebelum ni, diorang takut sangat nak masuk kolam dewasa sebab kaki diorang tak boleh cecah lantai. Berkali-kali kami yakinkan diorang dah pakai puddle jumper ok dah. Takkan tenggelam. Finally diorang dah mula get use.

Jom tengok video anak-anak saya menggunakan puddle jumper ni.

 

ps: Ini bukan advertorial tau. Review ni atas pengalaman saya sendiri.

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge