Chao Doi Coffee, Kedai Kopi Ala-Ala Starbuck Di Thailand

Nak tau tak k0pi yang murah tapi sedap yang setanding dengan Starbuck. Ker lagi best. Saya bukan peminat kopi. So tak dapat nak bezakan sangat. Heeee.. Jom, nak share sikit pengalaman saya minum Chao Doi Coffee yang ala-ala Starbuck tu.

Masa cuti Raya Cina baru-baru ni, kami sekeluarga ke Krabi drive sendiri. Masa on the way nak balik kami singgah di satu stesen minyak di Sadao. Nampak macam baru buka. Sebab ada ruang lagi under construction. Dah nama baru, semua pon nampak baru dan cantik termasuklah toilet dier.

Di kawasan stesen minyak tu jugak saya ternampak kedai kopi ala-ala Starbuck. Menarik sangat deko dier. Tu yang rasa macam dipanggil-panggil suruh beli.

Cantik sangat interior dier. Minimalist. Suka sangat. Memang taste saya deko simple yang macam ni.

Sebelum ni, Chao Doi Coffee ni boleh dapat kat Bangkok je tau. Semakin lama, Chao Doi coffee semakin berkembang di daerah lain di Thailand.

Sejarah Chao Doi Coffee

Kopi Chao doi ditanam di kawasan pergunungan di utara Thailand oleh satu kaum gunung di situ yang dikenali sebagai  CHao Doi. Zaman dulu kala, kawasan bukit dan pergunungan ni ditanam opium aka pokok ganja. Diorang mengamalkan penggiliran tanaman. So, buka sepanjang masa tanam pokok ganja. Pokok kopi diorang tak tanam sangat.

Tapi kan, Raja Thailand menggalakkan diorang ni tanam kopi je instead of pokok ganja. Sejak dari tu, life diorang bertambah baik. Semangat la diorang ni sebab Raja Thailand sangat supportive. Sampailah sekarang, pokok kopi ni mempunyai kualiti yang terbaik dan digunakan untuk penghasilan Chao Doi Coffee.

Bagus giler kan. Memang penting la benda-benda penting macam ni pemerintah support.

Jom kita layan gambar.

interior chao doi coffee

Kaunter di Chao Doi Coffee, Sadao

harga

Murah sangat kopi dier kalau compare dengan Starbuck. Kalau kopi baru 40-50 baht (lebih kurang Rm5-7). Kalau smoothies baru 30 baht (RM3-4).

capten America

Seronok anak-anak dapat bergambor dengan patung Kapten Amerika

ironman

Patung Ironman pon ada

sejarah chao doi coffee

Sejarah Chao Doi Coffee. Jom follow Insta & Fb diorang.

Packaging pon cantik

Packaging pon cantik

penutup pada chao doi coffee

Details sampai ke penutup

Overall, Chao Doi Coffee bagi saya mampu bersaing dengan jenama kopi terkenal lain. Dari packagin, suasana cafe dan rasa kopi dier, saya memang suka sangat.

Road trip ke Krabi kali ni memang seronok sangat. Banyak sangat pengalaman baru yang saya dapat. Nanti saya share satu persatu dalam blog ni. So, stay tune.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge