Cerita Tentang Pengasas Shaklee Yang Korang Patut Tahu

Bila di gali-gali sejarah Shaklee, especially founder dier, Dr Forrest C. Shaklee, banyak benda yang saya belajar. Kisah tentang pengasas Shaklee memberi banyak sangat pengajaran kepada saya

Nak tau apa yang saya belajar?

TENTANG USAHA TANPA KENAL ERTI PUTUS ASA.

Permulaan hidup Dr Forrest Shaklee tak sempurna

Ketika lahir, dia disahkan dijangkiti tuberculosis. Tibi uollss. Bayangkan zaman tahun 1894, 122 tahun dahulu kala, mana kau nak cari treatment. Memang doktor cakap peluang dia untuk hidup sangatlah tipis.

4 minggu selepas dilahirkan, dia tak bergerak pon. Tapi, mak Dr Forrest Shaklee tak nak give up. Mak dia tak nak terima anak dia tak boleh hidup lama.

Mak Dr Forrest Shaklee jenis yang percaya dengan benda-benda semulajadi. Mak dia sapu minyak yang dicampur dengan herba dan sapu kat badan Dr Forrest Shaklee. Mak dia bagi herba dan tumbuhan-tumbuhan je untuk Dr Forrest Shaklee makan. Bayangkan dari baby terlantar tak boleh bangun, finally Dr Shaklee boleh bangun ketika umur dia 4 tahun!

Tu part 1st tentang tak nak give up dalam kisah Dr Shaklee.

Fast forward.

Kisah malang Dr Shaklee yang tiada penghujung

Pada tahun 1915 ketika Dr Shaklee berusia 21 tahun, dia hasilkan satu produk yang dinamakan Vitalized Mineral yang mengandungi nutrien dari tumbuhan. Inilah vitamin pertama di dunia dalam sejarah. Tahun yang sama jugak, dia belajar pasal chiropractic.

Ketika umur Dr Shaklee 24 tahun, dia membuka satu Health Center. Di situ Dr Shaklee membuat X-ray diagnosis. Zaman tu, tak tau lagi bahayanya expose kepada x-ray. 3 tahun selepas tu, Dr Shaklee mengalami lecur pada beberapa bahagian badan beliau disebabkan pendedahan kepada radiasi X-ray.

Bukan lecur yang biasa-biasa.

Dr Shaklee didiagnos mempunyai kanser dan memerlukan bahagian kaki dan tangan dia perlu dipotong.

Dia decide tak mau potong-potong ni.

Dia amalkan makanan yang fresh dari ladang dan ditambah lagi dengan produk Vitalized Mineral yang di pernah hasilkan. Ketika ini jugalah dia menghasilkan satu lagi produk untuk detox iaitu Herblax yang ada sekarang.

Vitamin yang pertama di dunia

Vitamin yang pertama di dunia

Berusaha dengan apa yang di percaya, akhirnya dia disahkan bebas dari kanser

Ketika umur 30 tahun, dia bukak satu klinik. Drugless klinik, iaitu klinik tanpa ubat. Ketika umur dia 35 tahun, klinik tu terbakar kau.

Kejadian tu tak buatkan dia stop.

Dia buat pulak ‘rumah bergerak’ ala2 caravan tu sebab dia nak travel dengan family dia. Malangnya, tahun tu (1929) pasaran saham jatuh merudum menyebabkan dia kerugian dalam pelaburan.

Kisah malang Dr Shaklee tak stop sampai situ.

Pada tahun 1941, isteri Dr Shaklee mati kemalangan dilanggar pemandu mabuk.

Hidup diteruskan.

Dia kormesilkan Vitalized Mineral yang dihasilkan. Selepas 10 tahun, dia ajak anak-anak dia untuk join bisnes tu.

Produk Shaklee mula mengorak langkah

Pada 1956, Dr Shaklee menubuhkan satu distribution centre untuk besarkan lagi pasaran produk tersebut. Company tersebut dinamakan “Shaklee Product”.

Bermula saat itu, Shaklee Product terus berkembang malahan, rangkaian produk juga bertambah.

Bermula dari 1 produk bertambah menjadi 5 produk (Pro-lecin Nibblers, Liqui-lea, Herblax, Vita-lea, Basic H dan Soy Isolate Pioneer) dalam masa tak sampai 15 tahun.

Bukan tu je tau. Siap ada Research Centre lagi kau. Research Centre ni ditubuhkan pada 1971.

Antara pencapaian besar, apabila Shaklee Corporation tersenarai di bursa saham New York pada tahun 1977.

Dan mengorak langkah membuka cawangan luar Amerika yang pertama iaitu di Jepun.

Sehingga kini, Shaklee telah menapak di 7 buah negara. Hebat kan..

shaklee di 7 negara

Shaklee kini menapak di 7 buah negara di dunia

Shaklee terus cemerlang di dalam bidang kajian terhadap supplement dengan tertubuhnya Shaklee Innovation Center. Shaklee Innovation Center ini menunjukkan komitmen Shaklee terhadap kualiti produk yang dikeluarkan mestilah melalui kajian R&D yang menyeluruh.

Bukan produk syok sendiri tau.

shaklee innovation center

Shaklee Innovation Center yang dibuka secara rasmi pada Mei 2015

Bayangkan. Apa akan jadi.
Kalau mak Dr Shaklee give up.
Atau Dr Shaklee sendiri give up ketika dia dapat kanser.

Shaklee tidak akan wujud jauh sekali berada pada kedudukan sekarang.

Macam tu jugak lah kita.

Jangan pernah give up dengan apa jua halangan dan kesukaran yang datang.
Bukan setakat bertahan, tapi move ke satu level lagi.

Serius.. terinspirasi sangat dengan kisah Dr Shaklee ni tau. Korang sendiri learnt something tak dari kisah ni?

Berminat dengan produk Shaklee?

Hubungi saya dengan mana-mana cara di bawah ini.

SMS/WHatsApp: 019-4548200

Email: info.vitamin2u@gmail.com

Facebook Personal: https://www.facebook.com/suhaida.suaid

Facebook Page: https://www.facebook.com/personamedina/

Istimewa untuk pelanggan saya, konsultasi dan follow up secara percuma diberikan untuk anda. Hubungi saya sekarang!

:-)  :-)  :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge