Cara Kurangkan Bayar Cukai Pendapatan

Dah dekat hujung tahun ni, bermakna tak lama jugak la lagi kita kena isi borang cukai. Macam baru je isi kan. Lepas tu kena isi lagi. Kejap je setahun. Alhamdulillah.. Dah 2-3 tahun dapat balik bayaran cukai disebabkan tiap-tiap bulan dipotong dari gaji. Nak tau tak macam mana cara kurangkan bayar cukai pendapatan?

Saya pon tak ingat bila start saya baca pasal pelepasan cukai.
Seingat saya, saya pernah terbaca sorang tu tulis kat FB pasal pelepasan cukai. Then benda tu la yang trigger saya untuk baca lebih pasal pelepasan cukai. Terima kasih sangat pada orang tu yang tulis pasal pelepasan cukai. Allah je yang dapat balas jasa baik awak.

Cara kurangkan bayar cukai pendapatan senang je. Kenalpasti pelepasan cukai pendapatan dan guna peluang ni sebaik-baiknya. Banyak sangat cara untuk dapat pelepasan cukai. Saya cuma share beberapa point.
Perbelanjaan setiap orang mestilah tak sama kan. So, lagi bagus korang gali lebih lagi pasal pelepasan cukai ni dan fits kan dengan perbelanjaan korang.
Berbelanja yang membolehkan korang dapat pelepasan cukai. Yezzaaaa..

Cara kurangkan bayar cukai pendapatan

1) Yuran sambung belajar di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. (limit rm5000)

2014-2015, suami saya sambung belajar. So, dia dapat la pelepasan cukai untuk part ni. Makanya, dengan gembiranya, pelepasan cukai untuk anak-anak saya ambik.

Benda sambung belajar ni rare. So kita move ke point seterusnya untuk dapat pelepasan cukai yang semua orang pon berpeluang guna.

2) Pembelian buku/majalah/jurnal/penerbitan (selain surat khabar atau bahan bacaan terlarang) untuk diri, suami/isteri dan anak2 (limit RM1000)

Untuk pelepasan cukai yang ni maksimum kita boleh claim setakat RM1000 je. Dengar RM1k macam banyak kan. Cuba bahagikan kepada 12 bulan. Sebulan kita spend RM83.33. Untuk orang yang rajin beli buku, RM1k setahun ni memang terlebih-lebih la. Lebih macam mana pon boleh claim RM1k je.

Jangan lupa simpan resit tau. Sebab tu la saya prefer beli buku online. Contohnya mphonline, kita boleh je print balik resit dari situ. Untuk resit kertas tu, guna je Evernote, snap je gambar resit masuk dalam Evernote, letak tag cukai. Tak pon snap, simpan je dalam google drive. Tepon mahai kan. Install lah dua2 apps yang sangat berguna ni.

Penting giler simpan resit2 nit. Sebab anytime LHDN boleh mintak. Saya dah kena. Hahaaaaa… Sib baik semua resit tu ada.
So, mana2 resit yang tak dapat dikesan tu, tak payah la claim.

3) Pembelian komputer

Yang ni pon terhad. RM3000 setiap 3 tahun. Ada tau orang yang beli komputer tiap-tiap tahun. Tahun lepas beli kat diri sendiri, tahun ni nak beli kat adik pulak.

cara kurangkan cukai pendapatan

cara kurangkan cukai pendapatan

4) Tabungan dalam SSPN. Maksimum RM6k setahun.

Beli sebut SSPN ada orang cakap tak nak simpan sebab PTPTIPU.
Ada jugak yang cakap lagi untung simpan kat tempat lain sebab SSPN 4% je ROI.

Yang tu pendapat orang lain.
Bagi saya sendiri, tak kisahla 4% tu sebab yang saya nampak, saya boleh dapat pelepasan cukai dari SSPN ni. Why not? Daripada saya spend untuk bayar cukai, lebih baik saya spend untuk simpan. Ikot kesukaan masing2.

5) Insurans nyawa (atau takaful) (limit RM6000)

Ramai jugak berpendapat takaful tak perlu. Sebab, dah keje kerajaan. Bagi saya, untuk yang dah ada anak tu, takaful penting. So, kalau kita tak de nanti, tapi anak2 masih kecil, at least kita tinggalkan something untuk diorang. Tak de la kita menyusahkan orang lain yang akan jaga anak-anak kita nanti.

Banyak lagi benefits lain. Nanti kita bukak topik lain pasal takaful.
Again, kita boleh dapat benefits dari takaful dan boleh dapat pelepasan cukai jugak.

6) Insurans/takaful pendidikan dan perubatan. (limit RM3000)

Yang ni pon saya rasa penting sangat untuk anak-anak. Walaupon kita keje kerajaan.
Bila anak-anak sakit, at least kita ada pilihan lain. Rasa nak admit wad hospital kerajaan pon bleh, nak admit ward swasta pon bleh.

Masa Medina sakit sebab abcess hari tu sampai kena buat minor operation, rasa lega sangat ada takaful. Alhamdulillah. Bill hospital dekat RM6k takaful cover. Saya yang jaga Medina kat hospital selama 5 hari pon rasa selesa sangat ‘berkampung’ kat situ. Makanan saya pon takaful cover.

6 points yang saya share tadi semua ada limit.

Yang point ke 7 ni best. Sebab tak de limit. ZAKAT! Yezzaaaa.. Zakat unlimited.

7) Zakat

Tang zakat ni lah banyak membantu untuk kurangkan pelepasan cukai kita sesedap rasa.

Zakat menyucikan harta. Tunaikan lah rukun yang ini, insyaAllah, Allah sentiasa cukupkan rezeki kita. Tak cukup macam mana pon masa hujung bulan dok tunggu gaji masuk, pasti akan ada duit yang datang tiba2. Berkat. Banyak cerita yang macam ni yang saya dengar.

Sebenarnya, banyak lagi pelepasan cukai yang membolehkan kita untuk kurangkan bayar cukai pendapatan. Nanti saya share lagi ye.

:-) :-)  :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge