7 Tips Turunkan Tekanan Darah Tinggi Secara Selamat

Hari ni rasa terpanggil nak share dengan readers sekalian tips nak turunkan tekanan darah tinggi secara selamat.

Sebab setiap hari, saya berjumpa dengan pesakit darah tinggi. Ya. Setiap hari. Dan ada di antaranya umur tak sampai 30 tahun pon lagi dah kena makan ubat darah tinggi. Dah ramai tau orang muda zaman sekarang yang ada darah tinggi.

7 tips turunkan tekanan darah tinggi secara selamat

1) Jaga pemakanan

Okay. Saya tau. Inilah benda yang paaaaaaling susah sekali nak buat. Tambah bagi mereka yang bekerja. Sentiasa sibuk. Jadi makan je apa yang sempat. Betul tak. Tapi nak tak nak, inilah benda paling penting kena buat untuk turunkan tekanan darah tinggi.

Orang yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi perlu kurangkan pengambilan garam. Jadi, kenal pasti, makanan yang macam mana tinggi kandungan garam dan cuba elakkan.

Makanan yang paling tinggi kandungan garam adalah makanan segera seperti burger dan kentang goreng juga makanan dalam tin. Seboleh-bolehnya jangan makan langsung makanan ni. Tapi biasa la kan. Mesti teringin jugak sekali-sekala. Kalau nak makan jugak, jangan makan banyak. Kalau burger, cukup lah one bite, sekali gigit cukuplah.

Daripada makan semua tu baik makan nasik putih kan.

Makanan lain yang tinggi garam seperti ikan masin, telur masin, jeruk, cincalok dan budu! Sedap kan semua ni. Nak makan boleh je, tapi ambil lah dalam kuantiti yang sedikit je.

Satu lagi, kalau beli apa-apa makanan kat tesco ke Giant ke, tolong lah baca label pada bungkusan makanan tu. Tengok perkataan Natrium atau sodium. Lepas tu tengok kandungan sodium dier.

Kandungan garam dalam makanan mengikut kategori

Kandungan garam dalam makanan mengikut kategori

Jadi, kalau pasal makan ni, apa yang kita perlu buat adalah jaga kuantiti yang diambil. Memang susah nak tinggalkan semua tu kan. Jadi, sekali lagi, jaga kuantiti.

2) Turunkan berat badan

Tekanan darah akan meningkat apabila berat badan kita meningkat. Berat badan yang berlebihan juga akan mengganggu pernafasan kita semasa tidur yang juga dikenali sebagai sleep apnea. Sleep apnea juga akan menyebabkab tekanan darah meingkat.

Turunkan berat badan, insyaAllah, kita dapat turunkan tekanan darah tinggi jugak.

Ubah gaya hidup untuk turunkan tekanan darah tinggi

3) Amalkan Senaman setiap hari

Senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap sehari dapat menurunkan tekanan darah sebanyak 4-9 mmHg. Tekanan darah normal adalah 120/80 mmHg. Prehypertension 130/90 mmHg.

Penting untuk melakukan senaman secara konsisten tau. Kalau tak, tekanan darah boleh naik balik. Kalau dah ada prehypertension, senaman sangat bagus untuk mengelakkan tekanan darah menjadi lebih tinggi dan lebih teruk.

Bagi pesakit darah tinggi, senaman bagus sangat untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

Senaman yang sesuai untuk diamalkan seperti joging, berjalan-jalan, berbasikal, berenang, menari pon boleh tau.

4) Kurangkan Stress

Stress merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tekanan darah tinggi menjadi tak terkawal. Lagi menerukkan keadaan bila gaya hidup kita sendiri tak sihat, contohnya pemakanan tak seimbang, tak bersenam dan juga merokok

Kenal pasti apa yang menyebabkan stress. Kemudian cari langkah untuk atasi masalah punca penyebab stress tu.

5) Kurangkan pengambilan caffein

Kurangkan ambil minuman yang mengandungi caffein seperti kopi. Kopi boleh meningkatkan tekanan darah tinggi sebanyak 10 mmHg. Namun begitu, ada je yang ok, tak de pape pon walaupon peminum kopi tegar.

Jadi, kalau nak tau badan kita ok ke tak dengan kopi, cuba check tekanan darah kita selepas 30 minit kita minum ok. Kalau tekanan darah naik 5-10 mmHg dari paras normal, badan kita mungkin sangat sensitif kepada kesan pengambilan caffein. Kalau jadi macam ni, gi la jumpa doktor untuk discuss.

6) Berhenti Merokok

Setiap batang rokok yang dihisap, akan meningkatkan risiko untuk tekanan darah meningkat. Scary kan. Stop lah merokok. Bila kita stop merokok, tekanan darah akan semakin normal.

Bila kita stop merokok, dapat jugak sedikit sebanyak turunkan tekanan darah tinggi. Sayangi badan kita. Jangan la rosakkan badan kita dengan rokok.

Tips tambahan untuk turunkan tekanan darah tinggi

Tips ke 7: Amalkan supplement

Supplement penting sangat untuk support keperluan nutrisi badan kita. Untuk kurangkan tekanan darah tinggi, supplement yang mengandungi omega 3 dan reveratrol terbukti dapat menurunkan tekanan darah.

Testimonial pesakit darah tinggi: Doktor cakap BP macam anak dara

Omega 3 bukan saja dapat turunkan tekanan darah bagi orang yang mempunyai masalah darah tinggi, tapi dapat menjaga kesihatan jantung jugak.

Shaklee mempunyai supplement yang mengandungi omega 3 iaitu Omegaguard. Manakala supplement yang mengandungi resveratrol pulak, Shaklee mempunyai Vivix.

turunkan tekanan darah tinggi

Selain tu, orang yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi berpunca daripada diet yang kekurangan kalsium, magnesium dan potassium. Sebab tu lah, sangat-sangat digalakkan untuk banyakkan pengambilan makanan yang tinggi kalsium, magnesium dan potassium.

Shaklee mempunyai supplement Ostematrix yang mengandungi kalsium dan magnesium. Bagi meningkatkan potassium dalam badan, sangat-sangat digalakkan amalkan makan banyak buah-buahan dan sayuran. Buah seperti pisang dan tomato kaya dengan potassium. Kalau sayur pulak, semua sayuran hijau tinggi potassium.

Kelebihan kalsium Shaklee (Ostematrix) yang membuatkan anda tak pandang jenama lain

Contoh makanan yang tinggi kandungan potassium

Contoh makanan yang tinggi kandungan potassium

Banyak sebenarnya ikhtiar yang kita boleh amalkan bagi mengawal masalah tekanan darah tinggi. Jika tekanan darah tinggi masih ting tong, kejap naik kejap turun, amalkanlah tips di atas. Ubat tetap kena makan tau bagi yang tengah makan ubat.

Jagalah tekanan darah tinggi ni baik-baik. Pastikan ianya berada pada paras terkawal. Sebab tekanan darah tinggi yang tak terkawal boleh meningkat risiko untuk kita mendapat masalah lain seperti stroke, masalah jantung dan masalah buah pinggang. Kalau dah dapat masalah-masalah ni, lagi banyak ubat yang kita kena makan. Lagi teruk kalau kena buat dialisis. Asyik ulang alik pegi hospital je la. Nak ke macam tu?

OK. Kalau anda berminat dengan supplement yang saya sebutkan tadi, boleh contact saya melalui cara di bawah.

Tau tak, anda boleh dapatkan semua supplement Shaklee di atas pada harga 20% lebih jimat. Nak tau macam mana caranya? Hubungi saya.

SMS/WHatsApp: 019-4548200

Email: info.vitamin2u@gmail.com

Facebook Personal: https://www.facebook.com/suhaida.suaid

Facebook Page: https://www.facebook.com/personamedina/

Istimewa untuk pelanggan saya, konsultasi dan follow up secara percuma diberikan untuk anda. Hubungi saya sekarang!

:-)  :-)  :-)

 

DISCLAIMER:

Semua artikel dan testimonial di dalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplement sekiranya anda mempunyai penyakit kronik.

The products and information found on vitamin2u.net are not intended to replace Medical advice. All Shaklee products are registered with Ministry of Health Malaysia. These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration & Ministry of Health. Individual results may vary.

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge