Vitamin sebagai rawatan alternatif. Boleh ke?

Kalau sebut je vitamin apa yang kebanyakan orang fikir. Tak perlu? Membazir?

Macam tu jugak la saya dulu. Bagi saya kalau kita sakit kita cari ubat. Kalau kita sihat tak perlu la nak makan apa-apa. Vitamin-vitamin ni tak perlu pon. Semua tu dah ada dalam makanan yang kita ambik. Kenapa nak ambik vitamin kan. Membazir!

Itu pemikiran saya satu ketika dulu.Tapi bila saya dah banyak membaca peranan vitamin untuk mencegah penyakit dan merawat sesetengah penyakit, persepsi saya berubah.

Linus Pauling Institute (LPI) dan vitamin

Korang pernah dengar tak pasal Linus Pauling Institute (LPI)?

Salah satu mission LPI adalah untuk mengenalpasti peranan mikronutrien (vitamin dan mineral) dalam kesihatan, mencegah dan merawat penyakit termasuk kanser, penyakit kardiovaskular dan penyakit metabolik yang lain.

Yang menariknya, sejak 40 tahun yang lalu Dr Pauling (cofounder LPI) telah membuat kesimpulan bahawa vitamin dan mikronutrien yang lain memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesihatan dan mencegah penyakit kronik. Selama ni kita dok anggap vitamin hanya digunakan untuk merawat masalah kekurangan nutrisi kan. Dah 40 tahun lebih dah wei orang dok kaji peranan vitamin untuk cegah penyakit. Bukan baru semalam.

Dr Pauling menubuhkan satu institut untuk mengkaji bidang mikronutrien yang dipercayainya satu bidang yang penting untuk kesihatan manusia. LPI ni ditubuhkan pada 1973. Lama gila dah orang lain nampak potensi vitamin dan mineral dalam kesihatan.

Peranan LPI

Secara spesifik, LPI mengkaji peranan vitamin dan mineral dan juga phytokimia (bahan kimia dalam tumbuhan) dalam proses penuaan, sistem imun dan penyakit-penyakit kronik. Matlamat kajian ni nak tengok peranan vitamin dalam mencegah penyakit.

Dulu rasa macam tak perlu supplement sebab konon-konon dah cukup makan. Tapi orang di sana siap dah tubuhkan institut lagi nak kaji pasal vitamin dan mineral.

Antara benda yang menarik yang depa dok kaji, peranan vitamin C, vitamin E, asid lemak Omega 3 dan dan flavanoids dalam menangani masalah penyakit-penyakit kronik seper masalah jantung, kencing manis, darah tinggi dan stroke. Awesome sangat kan.

Kalau kita godek banyakkkk journal pasal vitamin, kita akan jumpa banyakkkk sangat info pasal peranan vitamin. Journal tau. Bukan artikel dari rakyat marhaen macam saya tau.

Kalau nak tau pasal LPI dengan lebih lanjut, korang boleh tengok website dier

http://lpi.oregonstate.edu/

Makin lama gali, makin seronok sangat tau info-info pasal vitamin ni. Bila dah tau info-info ni, rasa macam tak nak tinggal dah makan vitamin-vitamin ni.

Apa pendapat korang pasal ni?

Dr Linus Pauling

Dr Linus Pauling

linus-pauling-institute

LInus Pauling Institute yang terletak di Oregon State University, Canada

 

==========================================================

Saya merupakan agen Shaklee yang berdaftar secara sah. Anda boleh menghubungi saya dengan mana-mana cara di bawah. Nak senang dan cepat, whatsApp je.

Sudah tentu mereka-mereka yang membuat pembelian dengan saya akan saya guide cara pengambilan produk ini dengan betul.

Kepada semua customer di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan jugak customer yang ada di luar negara, boleh hubungi saya sekiranya ingin membeli Shaklee.

Hubungi saya dengan mana-mana cara di bawah ini.

SMS/WHatsApp: 019-4548200

Email: info.vitamin2u@gmail.com

Facebook Personal: https://www.facebook.com/suhaida.suaid

Facebook Page: https://www.facebook.com/personamedina/

Istimewa untuk pelanggan saya, konsultasi dan follow up secara percuma diberikan untuk anda. Hubungi saya sekarang!

:-)  :-)  :-)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge