Tips Memilih Bisnes Part Time Yang Terbaik yang boleh dijalankan dari rumah je..

Zaman sekarang ni, ramai yang bekerja full time nak cuba buat bisnes part time. Tapi pikir punya pikir still tak dapat idea nak buat bisnes apa. Betul tak?

InsyaAllah.. Dengan sedikit pengamalan yang ada ni, saya nak share dengan korang tips-tips penting yang korang perlu tengok untuk pilih bisnes part time yang terbaik. Dan lagi best, buat bisnes part time dari rumah je. Tak perlu nak keluar pi sana sini.

Saya dan suami melalui pengalaman yang serupa. Nak buat bisnes part time, tapi tak tau nak buat bisnes apa.

Saya dan suami bermula dengan bisnes fotografi pada tahun 2009. Bisnes tu kami terjebak secara tidak sengaja. Awal-awal tu, fotografi ni hobi suami je. Tak sangka pulak boleh jadi bisnes.

Namun begitu, saya hanya bertahan dengan bisnes ini tak sampai 2 tahun. Saya terpaksa berundur sebab bisnes ini menyebabkan masa saya dengan anak-anak jadi terhad sangat. Hanya suami yang masih teruskan bisnes fotografi tu sampai sekarang.

Dah la Isnin sampai Jumaat dari pagi sampai ke petang keje, of course la anak-anak kena duduk kat nursery, lepas tu weekend pulak kalau saya dan suami ada job fotografi, anak-anak kena duduk dengan parent saya ataupun parent mertua. Jadi, rasa bersalah sangat kat anak-anak sebab diorang kena lalui life yang macam tu.

So, saya decide untuk buat bisnes online. Buat bisnes online lagi fleksibel. Saya boleh buat malam-malam masa anak-anak dah tido. Weekend pon masih bersama anak-anak tapi bisnes tetap berjalan. 2011, saya decide untuk buat bisnes online jual barang-barang baby.

Tapi, bisnes online barang baby ni cuma bertahan setahun!

Saya tak dapat bertahan dengan perang harga. Lagi pulak modal semakin besar diperlukan untuk kembangkan bisnes ni. Modal besar diperlukan untuk beli stok, sebab lagi banyak kita  beli, lagi murah kita boleh dapat. Tapi semua tu memang perlukan duit yang banyak.

Saya tak dapat untung banyak pon dengan bisnes ni walaupun saya dah keluarkan modal yang agak banyak jugak. Bila dikenang-kenang balik, dari awal lagi saya dah buat silap semasa decide untuk pilih buat bisnes online barang baby ni.

Pada awal tahun 2013, saya mula menjual Shaklee secara online. Inilah bisnes part time yang saya jalankan sehingga sekarang. Dah masuk tahun ketiga buat bisnes ni. Mesti la ada sebab yang konkrit untuk saya bertahan dengan bisnes ni sampai sekarang.

Korang akan tau sebabnya kalau korang baca artikel ni sampai habis.

Tips memilih bisnes part time terbaik yang boleh dijalankan dari rumah je.

Jual produk yang sentiasa ada permintaan

Pastikan produk yang kita nak jual tu, produk yang sentiasa ada permintaan dari customer walaupun dalam keadaan ekonomi yang tak ok macam sekarang.

Ciri ini penting supaya kita sentiasa ada sales walau apa pon yang terjadi.

Ini adalah antara ciri yang ada pada bisnes Shaklee yang saya tengah buat sekarang.

Walaupun dalam keadaan ekonomi yang tak rancak sangat macam sebelum zaman GST, tapi sentiasa je ada orang yang cari produk Shaklee. Siapa yang sentiasa cari Shakee? Inilah antara golongan customer yang sentiasa cari Shaklee.

  • individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu
  • ibu mengandung dan ibu menyusu
  • mereka yang nak kurus
  • mereka yang nak kulit cantik

Shaklee mempunyai rangkaian produk yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan juga untuk pelbagai masalah kesihatan. Coverage produk Shaklee sangat luas.

Shaklee mempunyai produk untuk lelaki, wanita, kanak-kanak, orang tua, ibu mengandung dan menyusu, untuk yang nak cantik. Jadi, kita sentiasa mendapat customer dari pelbagai latar belakang atau macam-macam masalah kesihatan. Orang yang sihat pon cari Shaklee apatah lagi orang yang sakit.

Mempunyai potensi untuk dikembangkan

Dan lagi best kalau bisnes tu kita boleh kembangkan tanpa perlukan modal yang besar.

Shaklee adalah worldwide bisnes. Shaklee mempunyai rangkaian di beberapa buah negara seperti Indonesia, Jepun, Taiwan, Canada, China, Amerika (base) dan Mexico. Yang terbaru, Shaklee akan melebarkan sayap di India pulak.

Kita berpeluang untuk berkembang di negara-negara ini.

Mempunyai mentor yang boleh guide kita dalam bisnes

Walaupun bisnes yang kita buat tu bisnes part time, tapi jangan abaikan part mentor ni. Mentor dalam bisnes sangat penting supaya kita tak lah main hentam je nak buat apa untuk jalankan bisnes kita.

Guide dari mentor sangat penting supaya kita lebih jelas dengan perjalanan bisnes. Mentor jugak adalah salah satu shortcut untuk kita di dalam bisnes. Bukan shortcut untuk berjaya tau. Jangan salah faham. Tapi dengan adanya mentor, kita akan lebih mudah tau apa kita perlu buat untuk berjaya dalam bisnes yang kita buat.

ALhamdulillah. Syukur sangat dipertemukan dengan mentor yang hebat di dalam Shaklee ni. Banyak giler benda yang saya belajar pasal marketing. Kalau nak pegi kelas, memang tak sempat la kan. Tapi dengan mentor ni, semua benda saya belajar secara online je.

Aktiviti bisnes coaching group Shaklee kami from iReach HD on Vimeo.

 

Reputasi produk yang bagus

Benda ni penting sangat supaya kita dapat bertahan lama dalam bisnes ni. Produk yang bagus memudahkan kita mendapat return customer. Bukan itu je. Produk yang bagus menyebabkan customer akan cenderung mencuba produk lain dalam rangkaian Shaklee sebab dah puas hati sangat dengan produk yang dia dah ambil.

Boleh diautomate kan

Penting sangat benda ni tau. Sebab ianya akan banyak memudahkan kerja kita. Bisnes tetap berjalan seperti biasa walaupon kita pergi bercuti, walaupon kita tak sihat sampai terpaksa masuk hospital.

Sebab tu saya selalu cakap, bisnes Saklee adalah bisnes untuk orang sebok yang sentiasa tak de masa tapi nak buat side income. Sekali pon saya berkursus di luar kawasan, balik kampung atau pergi bercuti, order tetap masuk dan saya sendiri dengan mudah menguruskan order customer di mana-mana asalkan ada internet.

bisnes online shaklee

Mak ramai anak pon boleh je buat bisnes ni. Ramai sangat dalam group kami surirumah sepenuh masa yang bukan ada sorang anak tau. Tapi 3-4 orang anak. Mak 5 anak pon ada.

Last but not least,

Pilihlah bisnes part time yang bukan saja memberi keuntungan dalam masa pendek tapi memberikan kebaikan dan keuntungan untuk masa panjang. Dan, lagi best bisnes yang bukan sahaja memberi kuntungan di dunia tapi memberikan keuntungan di akhirat jugak.

Contoh macam blog yang saya buat untuk bisnes Shaklee ni. Sampai sekarang saya masih dapat customer daripada artikel yang saya dah tulis berbulan-bulan atau bertahun yang lalu.

Dan apa yang saya tulis dan apa yang saya share di blog dan facebook, adalah ilmu yang boleh digunakan oleh sesiapa je. Dan inilah saham saya di akhirat nanti, ilmu yang bermanfaat.

Berminat nak jadikan Shaklee sebagai bisnes part time korang?

Hubungi saya dengan mana-mana cara di bawah ini.

SMS/WHatsApp: 019-4548200

Email: info.vitamin2u@gmail.com

Facebook Personal: https://www.facebook.com/suhaida.suaid

Facebook Page: https://www.facebook.com/personamedina/

Istimewa untuk pelanggan saya, konsultasi dan follow up secara percuma diberikan untuk anda. Hubungi saya sekarang!

:-)  :-)  :-)

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge