Apabila seorang Pharmacist mula berbisnes

Bisnes? Satu benda yang saya tak pernah terpikir langsung satu ketika dulu. Perjalanan karier saya sebagai seorang makan gaji subahanallah.. Terasa sungguh mudah. Mungkin berkat doa mak ayah saya. Dan juga mungkin telah tertulis rezeki bagi semua graduate farmasi ketika itu. Di mana jawatan tersebut masih kritikal di Malaysia pada ketika itu.

Belom pon graduate, SPA dah datang ke fakulti kami untuk interview semua pelajar farmasi tahun akhir. Ya.. SPA yang datang ke universiti kami. Bukan kami yang pegi ke SPA untuk interview.

Selepas graduate, saya cuma berehat 2-3 bulan gitu, kemudian dapat surat tawaran kerja. Bermula Jun 2005, saya sah bergelar pekerja makan gaji.

Alkisah saya terbuka hati nak try berbisnes

Nak tau turning point saya?

Sungguh, saya tak pernah terpikir seumur hidup yang satu hari nanti saya akan berbisnes. Sebab saya seorang yang pasif, pemalu, pendiam dan tak suka bergaul dengan orang yang saya tak kenal. So, memang takkan la buat bisnes sebab kena jumpa orang tak kenal kan.

DNA bisnes? Tak de langsung.

Mak dan ayah saya kerja government.

Mak dan ayah saya pernah buat bisnes kecik2 jual fries dan nugget depan rumah lepas diorang balik dari keje. Disebabkab saya ni pemalu sangat, so saya takkan jual-jual kat depan rumah. Keje saya menggoreng dan packing je kat dalam rumah.

Bisnes tu terhenti bila mak dan ayah saya pergi menunaikan haji. Bila balik haji diorang pon dah tak nak jual menjual ni. Maka, pengalaman bisnes saya terhenti sampai situ je.

Time flies. Saya berkahwin dan ada anak.

Satu hari, saya cakap kat husband kita kena start buat something. Takkan selamanya nak jadi golongan yang hanya tau spend duit je kan. Kita kena jadi golongan yang tau jana duit jugak. Kemain kan cakap. Padahal, tak tau nak buat bisnes apa pon masa tu. Masa tu tahun 2009.

Alkisahnya, masa tu juga husband baru start main kamera dslr. Tiba-tiba kawan sepejabat husband minta ambikkan gambar semasa majlis birthday anak dia. Then ada pulak sorang lagi kawan sepejabat husband minta ambik gambar majlis kawen adik dia.

Asalnya husband je ada kamera dslr dan kemudian saya pon ‘terpaksa’ beli dslr jugak untuk bersama-sama husband ambik gambar. Kami menggunakan medium blog untuk promote bisnes fotografi kami. Maka terhasillah Frenskedah Photography.

Dengan pengetahuan yang sedikit tentang blog dan tak tau apa kebendanya SEO bagai, alhamdulillah, jadi jugak blog Frenskedah Photography – KLIK SINI kalau nak tengok blog tu. Alhamdulillah memang dapat je customer dari blog yang sempoi tu.

Kami tak pernah menetapkan target untuk bisnes tersebut. Tak pernah terpikir langsung pasal target bagai. Dan tak pernah meletakkan hala tuju bisnes tersebut. Seronok-seronok gitu je.

Ilham itu dari Allah.
Apa tindakan seterusnya nanti yang akan menentukan kisah seterusnya. Sama ada kita nak biar je ilham tu berlalu macam tu je atau kita nak grab peluang tu dan buat sesuatu. Kita yang mana satu?

Bisnes fotografi itu adalah pemulaan untuk satu kisah seterusnya dalam hidup saya.

Fast forward.
Dunia fotografi dah lama saya tinggalkan.
2012 saya stop bisnes fotografi. Hanya suami yang teruskan sampai sekarang.
Nak tau tak kenapa saya tinggalkan bisnes fotografi?
Saya akan share nanti.

Bisnes sekarang? Mestilah Shaklee.

Allahuakbar.. Sungguh Allah nak ganti bisnes yang lebih baik dan sesuai untuk saya.

Saya akan share nanti kenapa bisnes Shaklee ni tersangatlah sesuai untuk saya.

Nak Shaklee?

Meh contact saya.

SMS/WHatsApp: 019-4548200

Email: info.vitamin2u@gmail.com

Facebook Personal: https://www.facebook.com/suhaida.suaid

Facebook Page: https://www.facebook.com/personamedina/

Istimewa untuk pelanggan saya, konsultasi dan follow up secara percuma diberikan untuk anda. Hubungi saya sekarang!

:-)  :-)  :-)

pengedar-shaklee-malaysia

Ada gaya photographer tak? Heheeee..

pengedar-shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge