5 Perkara Penting Yang Korang Patut Tahu Sebelum Jadi Ahli Shaklee

Sebelum daftar jadi ahli Shaklee, terdapat 5 perkara penting yang perlu korang tau.

Apa benda 5 perkara penting tu? Ikuti kisah benar di bawah ni.

#Alkisah register jadi ahli Shaklee dengan orang yang salah

Minggu lepas saya borak-borak dengan sorang akak ni masa hantar barang-barang Shaklee yang dia pesan. Banyak dia beli kali ni sebab nak buat activation sekali. Dekat RM700 jugak la dia beli. Seronok anak dia tengok 2 botol shaker yang cantik tu.

Akak tu cerita adik ipar dia ahli Shaklee jugak. Daftar dengan orang dari XXX (nama tempat terpaksa dirahsiakan bagi menjaga hati semua orang). Disebabkan duduk di Perlis, katanya susah sangat nak beli barang dekat orang tu yang duduk di XXX. Last-last adik ipar dia beli je barang kat branch Shaklee kat Perlis.

Terkojut den.
Saya cakap kat akak tu kat utara ni Penang je ada branch Shaklee. Boleh check kat SINI senarai branch Shaklee di Malaysia. Selain dari tu kalau korang nampak ala-ala branch Shaklee, sebenarnya itu bukan branch. Kedai-kedai biasa je yang jual Shaklee.

Tak boleh ke beli kat kedai macam ni? Boleh.. tapi tanggung sendiri la kalau orang kedai tu tak explain cara makan Shaklee yang betul. Lepas tu kalau korang tanya agen Shaklee yang lain cara makan, insyaAllah, susah sikit la diorang nak layan sebab diorang bagi keutamaan kepada customer yang beli dengan diorang. Dah tak dapat penerangan yang betul tentang cara makan, lepas tu tak menjadi seperti yang diharapkan. Dah kecewa kat situ.

Sebenarnya tak boleh jual Shaklee kat kedai macam tu. Dah langgar rules Shaklee. Kalau ada yang buat macam tu, kita boleh report kat Shaklee tau. Beli lah Shaklee dari agen yang reliable. Yang boleh guide cara makan Shaklee yang betul. Tak la kecewa nanti.

Sambung balik pasal adik ipar akak tadi. Cerita akak tu lagi, adik ipar dia tak tau pon pasal activation keahlian ni. Apa-apa info pasal promosi Shaklee untuk ahli pon adik ipar dier tak tau. Adik ipar dier tak ada join mana-mana group whatsapp Shaklee.

Untuk pengetahuan korang, bagi ahli Shaklee yang register dengan saya hanya untuk makan sendiri dan tak nak bisnes saya masukkan dalam satu group whatsapp khas untuk diorang supaya diorang keep updated dengan apa-apa promosi dari Shaklee. Saya juga bagi tips berkaitan produk untuk ahli dalam group tu. Kiranya group WhatsApp tu sebagai support group untuk ahli Shaklee yang berdaftar dengan saya. Kalau korang tak daftar ahli dengan saya memang tak layak la join group yang best tu.

Bagi yang nak buat bisnes Shaklee pulak, saya letakkan dalam group whatsApp khas untuk yang nak berbisnes.  Group ni of course saya share tentang tips marketing dan macam-macam lagi.

Sambung cerita tadi balik.

Nak tau, lagi kesian, adik ipar dier tak tau pon pasal point dan bonus Shaklee, Lagi menyedihkan, adik ipar dier tak tau pon shaklee ada website untuk ahli! Kesian giler kat adik ipar akak ni.

Sebab tu la, dulu-dulu sebelum decide nak jadi ahli Shaklee, ada beberapa benda yang saya tengok dulu sebelum saya register keahlian. Walaupun murah je nak jadi ahli Shaklee tapi saya tak de la main hentam je register ahli dengan sapa-sapa. Ia bukan soal duit. Ia adalah soal after sale service yang saya akan dapat selepas saya jadi ahli.

Nak tau apa yang saya tengok sebelum daftar jadi ahli Shaklee? Meh nak share.

1) Orang tu mestilah ambik Shaklee jugak. Bukan setakat jual barang. Tapi orang tu sendiri memang ambik produk tu.
Kenapa benda ni penting?

Kalau dia sendiri tak guna bermakna dia sendiri tak confident dengan produk yang dia jual. Nak ke beli produk kat orang camni. Nasihat dia pasal produk pon nampak fake je nanti. Berbeza tau dengan nasihat dari orang yang dah memang ada experience ambik produk tu.

2) Orang tu mestilah knowledgeable.

Knowledgeable menunjukkan dier rajin membaca. So dia tak ambik bulat-bulat apa yang orang lain kata. Dia akan cari, baca dan selepas tu buat pertimbangan dan keputusan sendiri.
Kenapa benda ni penting?

Kita ni nak ambik supplement untuk kesihatan. Kalau kita tanya kandungan produk pon dia tak boleh nak cerita, takkan la kita nak perjudikan kesihatan kita kat dia. Tak pasal-pasal makin sakit nanti lepas makan supplement.
Tu baru tanya kandungan produk. Belom lagi soalan killer yang lain kan. So, jangan cari pasal. Lagi pon kita beli produk dengan duit bukannya free. Mestilah kita nak dapat manfaat yang optimum dari benda yang kita beli tu kan.

3) Orang itu mestilah konsisten dan persisten.

Kenapa benda ni penting?

Let say baru semalam kita register untuk jadi ahli dengan dia. Tup tup bulan depan cakap dah tak jual Shaklee. Orang tu plak boleh cakap, sekarang dah jual produk “Cantik sini cantik sana, cantik selalu.” Siap ajak kita beli lagi produk tu dengan alasan lagi murah, produk bumiputera, dah ada kelulusan KKM (walaupon baru je apply).

Dah satu hal kita kena merapak tercari-cari info pasal Shaklee. Asalnya nak senang order, nak senang dapat info dan consultation bagai. Last-last sebab dah tersalah pilih orang, kita pulak kena bersusah payah. Tanya agen Shaklee yang lain, kalau ada rezeki depa balas. Kalau tak de rezeki…? Takkan nak nangis tepi bucu katil sorang-sorang?

4) Orang tu ada support group.

Penting ni. Kita kan sebok memanjang. Mana sempat nak keep updated pasal Shaklee. Takkan tiap-tiap kali nak tanya ada benda baru tak, ada promosi baru tak. Banyak benda lain kita nak pikir.

So bila ada whatsApp group, senang keje. Dapat apa-apa info pasal Shaklee dari situ je. Kadang-kadang ada discussion pasal produk dan pasal masalah kesihatan orang lain. Senang-senang je dapat info baru. Tak payah nak godek-godek kat google.

5) Ada peluang untuk belajar pasal bisnes dengan orang tu.

Tips yang ni ramai rasa, alaaaaaa aku bukannya nak buat bisnes pon. Nak makan sendiri je. Yerr.. masa tu memang rasa tak nak buat bisnes lagi. Masa akan datang kita tak tau.

Saya dulu pon asalnya nak makan sendiri je. Tapi saya tetapkan pertimbangkan kriteria ni sebab saya boleh belajar benda-benda baru.

Dan akhirnya saya di sini. Asalnya makan sendiri je sekarang dah terrr jual Shaklee pulak.

Inilah antara benda yang saya pertimbangkan dulu-dulu sebelum register jadi ahli Shaklee. Strategi mau ada. Bukan main hentam je, bukan main redah je.

Ada yang pilih untuk beli Shaklee dan jadi ahli Shaklee dengan sedara mara atau kawan satu ofis, atau kawan sekolah atau kat kedai sebab tak payah nak postage bagai. Jimattt..

Tapi berbaloi ke nak jimat tapi kita tak dapat consultation yang betul tentang produk. Just untuk jimat postage yang tak sampai RM 11 tu. Kamonnnn.. knak berjimat biar bertempat la sikit.

Shaklee ni bukan macam beli makanan, dapat-dapat je boleh terus ngappp. Perlu ada consultation cara makan, cara handle healing crisis (kalau ada) dan kalau ada penyakit-penyakit lain macam kencing manis, darah tinggi dan jantung serta ambik macam-macam jenis ubat hospital, macam mana nak deal dengan semua tu. Penting benda ni. Tapi nak jimat postage yang tak sampai RM 11 tu, kita abaikan benda-benda yang terrrrrsangat penting macam ni. Tak berbaloi!

Sekali pon nak beli produk dan jadi ahli Shaklee dengan kawan, sedara mara bagai, pastikan kita tak mengabaikan 5 point yang dah saya sebutkan tadi.

Saya berharap, perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda semua yang membaca. Serius ni tau. Kena ambik tau benda-benda macam ni.

Sekiranya korang nak beli Shaklee atau nak jadi ahli Shaklee, boleh hubungi saya dengan mana-mana cara di bawah. InsyaAllah.. saya cuba membantu korang sebaik mungkin.

Meh contact saya..

SMS/WHatsApp: 019-4548200

Email: info.vitamin2u@gmail.com

Facebook Personal: https://www.facebook.com/suhaida.suaid

Facebook Page: https://www.facebook.com/personamedina/

Istimewa untuk pelanggan saya, konsultasi dan follow up secara percuma diberikan untuk anda. Hubungi saya sekarang!

:-)  :-)  :-)

pengedar-shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge