Set Menyusu Shaklee Yang Menjadi Pilihan Ibu-ibu Menyusu Di Malaysia

Kalau sebut saja pasal menyusu atau breastfeeding, mesti terlintas Shaklee kan. Alhamdulillah.. Set menyusu Shaklee telah membantu ramai ibu di Malaysia untuk menyusu bayi mereka sepenuhnya.

Kandungan Set Menyusu Shaklee

Set Menyusu Shaklee Asas
Set Menyusu Shaklee Asas terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C 500mg SR dan Alfalfa.

Vitalea
Vitalea merupakan multivitamin yang mempunyai pelbagai vitamin dan mineral yang menyokong kesihatan tubuh badan ibu yang menyusukan anak. Tau tak, Vilatela mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral di dalamnya.

B Complex
B complex Shaklee merupakan supplement vitamin B yang sangat lengkap. Mengandungi 8 jenis vitamin B di dalamnya. B complex penting untuk menjana tenaga bagi ibu. Menyusu ni penat tau sebab bakar banyak kalori. Selain tu, B complex membantu mengawalatur emosi ibu menyusukan anak. Kalau stress susu boleh drop tau.

Vitamin C 500mg SR
Vitamin C Shaklee meningkatkan sistem pertahanan ibu yang menyusukan anak. Anak yang disusukan juga mendapatkan kebaikan ini. Kalau si ibu mudah sakit demam kan susah nanti.

Alfalfa
Alfalfa sangat bagus sebagai milk booster tau. Selain tu, alfalfa sangat bagus untuk membuang toksin dalam badan. Sekaligus memelihara kesihatan dalaman kita sebagai wanita.

Set Menyusu Shaklee Optimum
Set menyusu Shaklee Optimum terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C 500mg SR, Alfalfa, Ostematrix dan Energizing Soy Protein. Saya dah terangkan di atas kepentingan Vitalea, B Complex, Vitamin C 500mg SR dan Alfalfa.

Seterusnya saya terangkan pula kepentingan Ostematrix dan Energizing Soy Protein untuk ibu menyusu.

Ostematrix
Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium yang menyokong kesihatan tulang. Tau tak, keperluan kalsium ibu menyusu adalah sebanyak 1000mg kalsium sehari. Apa yang bestnya, Ostematrix Shaklee dilengkapi dengan vitamin D, magnesium, zinc, copper, mangan dan boron. Cuba bandingkan dengan supplement kalsium lain di pasaran. Susah nak jumpa yang lengkap macam ni tau.

Energizing Soy Protein
Energizing Soy Protein Shaklee atau lebih dikenali sebagai ESP adalah minuman protein yang berasaskan soya. ESP penting untuk membekalkan tenaga kepada ibu menyusu. ESP membolehkan ibu menyusu rasa kenyang. Ibu menyusu selalu je lapar kan. Lagi satu yang best, ESP ni memekatkan susu tau.

Supplement Dan Penyusuan Bayi

Part ni penting sangat tau. Kalau anda ibu yang sedang menyusukan anak yang ingin membambil supplement untuk tambah susu, anda perlu baca apa yang saya tulis ni sampai habis.

♥ Anda kena faham tau, vitamin bukanlah satu-satunya cara untuk banyakkan susu badan. Tujuan vitamin diambil adalah untuk memastikan tubuh badan ibu yang menyusukan itu sentiasa sihat dan bertenaga. Kalau sakit, kalau cepat letih, memang susu boleh merudum tau.

♥  Vitamin juga penting untuk ibu menyusu itu sentiasa ceria dan bersemangat. Kalau stress, tunggu lah susu tu akan drop. Penjagaan emosi sangat penting semasa menyusukan bayi.

♥  Kejayaan penysusuan sangat bergantung kepada kesihatan ibu.

♥  Paling penting, ibu kena tau konsep asas penyusuan. Apa benda konsep asas penyusuan tu. Lebih kerap bayi disusukan atau lebih kerap sesi perahan, maka akan lebih banyak susu ibu dihasilkan. Atau ramai orang panggil sebagai konsep DEMAND dan SUPPLY

Menjayakan penysuan susu ibu

Perkara penting yang setiap ibu menyusu perlu lakukan bagi menjayakan penyusuan

♣ Setiap ibu menyusu perlu susukan bayi secara kerap lebih kurang setiap 2 jam sekali.

♣ Kalau si ibu tidak dapat menyusukan bayi secara diract, si ibu perlu memerah susu setiap 2-3 jam sekali. Perah guna pam susu atau tangan. Pastikan breast betul-betul kosong selepas pam.

Macam mana nak tau breast dah kosong ke blom? Breast yang kosong akan lembut je rasa. Memang bleh rasa kosong. Kalau perah menggunakan pam, lepas habis pam tu, cuba perah guna tangan pulak untuk kosongkan breast.

Part kosongkan breast ni penting sangat. Bila breast kosong lagi banyak susu baru akan dihasilkan.

♣ Ibu yang menyusu, wajib minum banyak air kosong. Kena minum lebih dari 3 liter sehari tau. Lebih kurang 2 botol besar air mineral tu. Banyak kan. Lama-lama akan terbiasa nanti.

♣ Ibu menyusu kena pastikan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Elakkanlah ambik fast food, makanan proses macam nugget, hot dog bagai tu, elakkan ambik makanan yang banyak penagawet dan perisa tiruan. Semua tu tak bagus untuk kesihatan ibu dan bayi.

Banyakkan berdoa. Yang ni penting sangat ni. Minta Allah permudahkan urusan penysuan kita. InsyaAllah. Niat murni kita nak bagi yang terbaik untuk anak akan dipermudahkan Allah. Lagi bagus, masa tengah perah susu tu, doa dan zikir banyak. Dan, lagi terbaik kalau amalan zikir tu dipanjangkan lagi walaupun bukan semasa perah susu.

Mengapa Pilih Set Menyusu Shaklee?

Banyak sangat supplement di pasaran tetapi kenapa Shaklee yang dipilih?

♥ Semua vitamin Shaklee diperbuat daripada bahan semula jadi. Bukan bahan sintetik atau kimia yang dicampur-campur gitu.

♥ Vitamin Shaklee tidak menggunakan bahan pengawet, bahan perisa, pemanis atau pewarna tiruan.

♥ Setiap bahan yang digunakan untuk membuat vitamin Shaklee diuji dulu tau untuk memastikan kualitinya.

♥ Vitamin Shaklee disahkan halal oleh ISA- Islamic Services of America. ISA ni adalah badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Kiranya ISA ni macam JAKIM tapi di Amerika.

KLIK SINI UNTUK MELIHAT SIJIL HALAL SHAKLEE YANG TERBARU

♥ Vitamin Shaklee telah diuji secara klinikal keberkesanannya.

♥ Produk Shaklee telah digunakan oleh para atlet dan angkawasan NASA. Bukan calang-calang vitamin tau.

♥ Vitamin Shaklee mematuhi Good Manufacturing Pactice (GMP) dan piawaian kualiti yang ketat. Memang terjamin lah keselamatan dan keberkesanan produk.

Itulah dier sedikit sebanyak info yang saya dapat kongsikan buat anda yang nak tau pasal set menyusu shaklee yang best ini. Sejujurnya, memang berbaloi sangat ambik set menyusu Shaklee ni. Bukan sahaja dapat membantu menjayakan penyusuan, malah anda akan dapat kebaikan sampingan yang lain.

Ramai ibu-ibu yang cakap, bila ambik set menyusu Shaklee ni, kulit jadi makin cantik, badan pon makin kurus. Memang tak pelik la dapat kesan sampingan macam ni sebab dalam set menyusu Shaklee ni ada vitamin untuk kecantikan kulit dan juga untuk kurus. Dapat 3 in 1 uolls. Nak menyusukan anak tapi dapat kulit cantik dan badan kurus jugak. Best kan.

Kalau anda berminat nak beli set menyusu Shaklee ni, jangan malu-malu hubungi saya melalui cara di bawah. Paling cepat saya reply berdesup adalah melalui WhatsApp. Kalau nak call tu boleh. Tapi mintak maaf sangat-sangat kalau saya tak angkat. Mungkin saya tengah sibuk bekerja atau uruskan anak-anak. WHatsApp senang.

Boleh panggil saya Sue. Nama penuh saya Suhaida Su’aid.

SMS/WHatsApp: 019-4548200

Email: info.vitamin2u@gmail.com

Facebook Personal: https://www.facebook.com/suhaida.suaid

Facebook Page: https://www.facebook.com/personamedina/

 

DISCLAIMER:

Semua artikel dan testimonial di dalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplement sekiranya anda mempunyai penyakit kronik.

The products and information found on vitamin2u.net are not intended to replace Medical advice. All Shaklee products are registered with Ministry of Health Malaysia. These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration & Ministry of Health. Individual results may vary.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge