Best Ke Hidup Dengan Photographer?

Baru-baru ini suami share satu status di Facebook yang ditulis oleh Puan Kamalia Kamal tentang “Best Ke Hidup Dengan Photographer?”

Baca jek status tu terus datang idea nak tulis artikel ni.

Suami saya seorang freelance photogprapher. Jadi, best ke hidup dengan photographer? Hurmmm..

best ke hidup dengan photographer

Dari Puan Kamalia..

BEST KE HIDUP DENGAN PHOTOGRAPHER?

Jawapan dia tak best! Kenapa?

Sama saja photographer ke videographer ke designer ke arkitek ke interior decorator ke artis ke

Semuanya dalam industri kreatif. Industri kreatif ni lain, tidak seperti industri lain.

1- kerja di waktu orang cuti. Jangan harap nak cuti gembira kalau hari cuti awam, deepavali, hari raya dan sebagainya. Waktu inilah rezki masuk. Di kala semua orang lain cuti, mereka berpusu nak ambil gambar dan berkumpul seisi keluarga. Kak kay raya kedua dah shoot, itu pekara biasa. Tanya team kelantan, hari raya pertama turun bekerja adalah pekara biasa.

2- majlis adek beradek saudara mara kahwin hari sabtu ahad jangan harap dapat datang. Kita akan datang semula pada hari isnin melawat pengantin selepas semua majlis selesai , adakalanya kita datang tolong mereka mengemas rumah sesudah majlis. Itu biasa.

3- lepakking. Kebanyakkan otak photographer bergerak cargas pada waktu malam. Nak buat album, nak edit dan nak cari ilham baru. Ye mereka suka lepakking lewat malam.

4- majority lelaki. Bayangkan kalau husband kak kay orangnya kuat cemburu? Habislah! Duduk borak pasal gadjet pun semua lelaki, nak pinjam lens pun semua lelaki, nak tanye masaalah office pun semua bos photographer lelaki, nak cari supplier pun semua lelaki.

5- nafsu gadjet tinggi. Nasi lemak rm7 memang beliau takkan beli. Tapi lens rm7k sekejap je dia bayar. Biar kereta kancil asalkan pakai 5dmk3 body 8ribu.

6- melekat di komputer. Tiada komputer hidup tak bermakna. Boleh tido peluk komputer. Itulah nyawa. Jangan hairan sangat kalau si dia tak layan anda tapi lebih layan sikomputer tu.

7- cuti? Hanya waktu bekerja outstation. Nak bercuti suka-suka? Jangan harap!

8- backpackers. Kalau berjalan travel memang betul berjalan. Jangan harap shopping! Makan sedap? Mimpilaaaaa

9- workaholics. Shooting ni macam dadah. Tak dapat shoot minggu ni boleh menggigil wa cakap lu.

Hah, dah ready nak kahwin dengan spesis macam kami?

Kalau tak mampu jangan main redah je kalau tak siap mental emosi boleh menangis di tepi bucu katil taw!

Kalau isteri yang jenis kuat jeles, sentap selalu kalau suami tak pergi majlis rasmi keluarga dia. Tersentuh rasa bila suami sibuk bekerja di kala dia bercuti. Stress tengok si suami mengayat client wanita sewaktu buat sales. Susah hati tengok suami yang tak tido-tido walau dah pukul 3 pagi. Menyampah tengok barang kamera suami bertambah tak pernah surut. Sakit hati bila suami pergi outing dengan kawan kawan dia?

Kalau anda tergolong dalam golongan ini, carilah suami lain, jangan himpit langsung dengan orang dalam industri kreatif ini.
Boleh meroyan orang tua-tua kata.

Bayangkan kalau cik abang sadocit kak kay ada ciri semua di atas. Kak kay memang berhenti jadi photographer dan terpaksa jadi cikgu sekolah rendah luar bandar masuk pagi balik tengahari sabtu ahad golek-golek dengan suami depan tv.

Yang nak jadi photographer tu, dah ready untuk semua ni? Jangan ambil degree photography tapi tak boleh kerja weekend dan lewat malam dengan alasan nanti mak abah saya marah even worst ade yang bagi alasan boyfren saya tak kasi kerja sabtu ahadlah kak, booooooo you! Lain kali apply jadi cikgu pendidikan seni, bukan photogarapher adek ku.

P/s : gambar sewaktu bertugas sebagai jurugambar rasmi event ephyra. Kami buat live update, photoshoot dan videography. 3 pekara dalam satu masa. Team @thephotolicious sampai rumah pukul 3 pagi.

Dah ready nak masuk industry kami? Tepuk dada, tanye diri. Berani ke kita?

Dari 2006 kak kay disini, and will continue insyallah. Kita orang istimewa, hati kebal jiwa kental.

Kita orang luar biasa.

…….

Ada yang kata kami tak pedulikan keluarga. Akak nak tanye, adakah kerja seperti doktor, nurse, askar, pekerja tv3, pekerja pavillion dan mall pasaraya lain, pekerja pelantar minyak, pekerja di stesen minyak, pekerja di luar negara, pekerja di tv1, pekerja radio, artis di tv semua tidak sayangkan keluarga?

Hadam elok elok. Kak kay menulis mengenai job description seorang jurugambar sepenuh massa, yang part time apa tah lagi.

Kenal pasangan anda dan bantulah mereka agar kita sama-sama bahagia.

====================================================

Itu alkisah full time photographer. Kalau part time photographer macam mana pulak?

Untuk pengetahuan semua, suami saya adalah part time photographer. Aummm…

Best ke hidup dengan part time photographer?

1) Soal Masa

Saya setuju dengan point No 1 dan 2 yang Puan Kamalia tulis.

Saya dan suami masih bekerja makan gaji 8.00 pagi sampai 5.00 petang dari hari Isnin sampai Jumaat.

Bagi kebanyakan orang yang bekerja makan gaji, weekend adalah heaven. Masa tu la nak buat macam-macam aktiviti dengan family. Masa tu lah nak attend kenduri kawen, kenduri aqiqah, kenduri birthday, balik kampung, shopping barang-barang dapur, bawak anak-anak jalan-jalan dan macam-macam lagi.

Tapi masa weekend tu lah job wedding photography berduyun-duyun masuk. So, kalau suami ada job wedding makanya saya dan anak-anak duduk aje lah di rumah. Dah namanya pun isteri, merangkap emak kepada 3 anak mana ada nak goyang kaki aje kan. Keje di rumah tak pernah habis.

Kalau ada majlis kenduri kawen ke apa memang tak dapat attend. So far, saya masih tak confident nak kawal 3 orang anak sorang-sorang kat majlis orang.

Macam mana saya deal dengan situasi ni?

i) Saya create kesibukan saya jugak. Inilah kesibukan saya. Bisnes Shaklee.

Saya buat bisnes Shaklee secara online. Jadi, weekend macam ni lah nak update blog, schedule kan artikel di blog, schedule kan post di FB, follow up customer, update info di group WhatsApp, update info di group FB, buat To Do List and the list goes on.

ii) Meet new circle of friends.

Bila buat bisnes Shaklee, kita akan kenal ramai lagi orang kat luar. WhatsApp group, Telegram Group, FB Group semua pun ada. Jenuh nak hadap macam-macam group ilmu ni. Bertambah satu lagi kesibukan.

iii)  Bawak anak-anak balik kampung.

Kadang-kadang rasa ahoyyy penat yang hamatttt hadap keje rumah yang tak habis-habis ni. Anak-anak pulak wajibbbb akan create situation yang nak attention. So, moh kita balik kampung. Main dengan mak tok dan wan. So attention yang anak-anak nak itu diselamatkan oleh maktok dan wan. Keje rumah yang tak habis kita pikir kemudian.

Part drive balik kampung 2 jam bersama anak-anak wajib jadi 3 jam awal-awal tu. Doa banyak-banyak, istighfar banyak-banyak, betulkan niat, Alhamdulillah smooth aje lepas tu.

Orang lain balik Doha, balik Dubai, balik Abu Dhabi naik flight dengan 2,3,4 anak relax je kan. So chillax ajer.

2) Buat keje lewat malam

Part ni pon saya setuju dengan Puan Kamalia. Memang suami suka buat keje lewat malam sampai ke pagi.

3) Majority lelaki

Setuju dengan point Puan Kamalia. Majority lelaki dalam bidang photography ni. So, untuk Puan Kamalia memang extra mencabar la sebab dier perempuan kan.

4) Nafsu kepada gadjet tinggi.

Yang ni point dari Puan Kamalia yang saya setuju 400%

Selalunya apa yang terjadi,

Isteri: Eh, beli barang kamera lagi. Kata dah cukup semua dah.

Suami: Yang ni last ni. Tak de apa nak beli dah lepas ni.

Isteri: Owhhhh…. (maksudnya “iyer la tu bang”)

Dialog ini akan terjadi berulang-ulang kali..

So straight face je la kan.

5) Melekat di komputer.

Yang ni pon saya setuju. Senang je nak deal dengan situasi ni. Saya pon akan melekat di komputer jugak. Hahaaa..

Tapi mimpilah kan.

Anak-anak akan dapatkan attention semahunya. Pandai budak-budak ni ingatkan mama dier tentang tanggungjawab seorang ibu. Gittew..

6) Pasal bercuti

Yang ni kena buat appointment awal-awal dengan suami. Kena bagitau suami untuk block tarikh sekian-sekian sebab nak pegi bercuti, berkursus atau pegi mana-mana.

Lepas tu setiap minggu kena sebut pasal ni untuk mengelakkan suami terlupa. Kalau terlupa remind boleh la ready tisu siap-siap untuk nanges kat bucu katil. Nan hadooo. Tak de maknanya. Zaman anak sorang or tak da anak boleh la main nanges-nanges kat bucu katil. Hahaa..

Tambahan point kepada senarai list Puan Kamalia..

7) Pastikan ada buku dan makanan dalam kereta

Benda ni penting kalau pegi bercuti. Sebab kalau terjumpa pemandangan yang cantik, photographer akan ambik gambar landscape. Memang lama la masa akan ambil untuk ambik gambar landscape. Nak guna slow shutter la, nak guna macam-macam exposure, nak guna macam-macam filter.

Makanan tu untuk mengatasi rasa lapar kita dan anak-anak. Buku tu pulak untuk baca bagi hilangkan rasa bosan menunggu. Kalau tempat tu line internet cun melecun boleh la browsing sampai bateri tepon tinggal 0%. Kalau line internet tak ok, buku atau majalah adalah penyelamat.

Untuk saya, memang tak sempat rasa boring pon tunggu suami ambik gambar landscape. Macam-macam benda boleh buat.

landscape

Yang ni status FB yang melintas di newsfeed saya beberapa hari yang lalu.

Nampak tu caption “Terima seadanya..” (Redha gitew tercongok kat tepi pantai tunggu suami ambik gambar landscape)

16 September 2012. Gambar ni suami tengah ambik gambar landscape di Pantai Teluk Kumbar Penang.

Masa ni tak buat bisnes Shaklee lagi. Apa saya buat nak hilangkan boring tunggu suami ambik gambar? Saya layan drama Adam & Hawa Online. Banyak episod saya cover sementara tunggu suami.

Bila kejadian seperti ini berulang lagi dan lagi, tentu sekali masa yang ada, saya gunakan untuk ngadap blog, tak pon hadap group WhatsApp. Hahaaaa..

8) Setiap kali pegi kedai kamera tak pernah balik dengan tangan kosong

Ouhh.. Uuuuuu.. Aummm..

9) Job/client sangat penting melebihi segala-galanya

Yes… job photography lebih penting daripada awak nak bersalin.

Bak kata Kak Kep, kalau kucing nak bersalin pon, biar je dulu. Habis keje nanti baru balik pi bakaq tungku.

Begitulah analoginya betapa pentingnya job client.

Secara logiknya kalau awak tu pengantin, awak boleh accept ke photographer cakap, maaf saya tak dapat shoot wedding jap lagi sebab isteri saya dah masuk labour room nak bersalin. Majlis kawen mana bleh ulang-ulang. Mana boleh tunda.

So, memang tiada pilihan. Memang tak pelik la kalau suami cakap kena pi jugak shoot hari ni.

Macam kes saya, semasa bersalin anak ketiga, suami saya ada job wedding. Syukur dekat je. Di Kedah jugak. Suami saya sampai setelah saya dah bersalin. Anak pon dia tak sempat tengok sebab dah masuk NICU. Saya pon dah siap dijahit. So, suami sampai tu macam tak de pape belaku pon.

Benda bersalin ni di luar kawalan. Walaupun dah ada tarikh jangkaan bersalin, walaupun dah plan block semua job pada bulan jangkaan bersalin tu, tapi ditakdirkan saya bersalin awal. Pada minggu ke 34. Awal 6 minggu.

Nak nanges hujung bucu katil lagi? Tak sempat nanges pon sebab dok layan contraction. Redha ajer. Saya fikir satu je. Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik dari itu.

Tapi bila ingat balik macam sedih pulak. Hahaaa.. tah pape.. No next pregnancy please..

So, best ke hidup dengan photographer?

Best ke tidak sesuatu perkara itu, kita yang tentukan, kita yang corakkan.

Kalau rasa penat dah, penat sangat dengan semua ni, enuff is enuff, nak nanges kat bucu katil (again!), silakan.. Tak salah menangis. Dah nama pon manusia biasa. Ada perasaan. Bukannya robot.

Habis nanges, bangun balik siapkan semua keje rumah yang bertimbun timban tu. Tak de sape nak buatkan. Dah tak de maid buat cara tak de maid. Hahaaa.. Gitew..

Oh yaa.. Cerita ini tentang part time photographer.

Bukan cerita orang keje kapal, bukan cerita orang keje pelantar minyak, bukan cerita doktor oncall 48 jam, bukan cerita wartawan Reuters yang buat liputan di Syria, bukan cerita sesiapa.

Namun, bagi meningkatkan rasa syukur dengan kehidupan isteri kepada part photographer, maka wajarlah mengingati orang yang keje kapal, orang keje di pelantar minyak, doktor yang oncall 48 jam ataupun cerita wartawan Reuters yang membuat liptuan di Syria.

Ingat, orang yang bersyukur dengan yang sedikit, dia akan bersyukur dengan nikmat yang banyak. Allah akan bagi laaaaaaagi banyak dan banyak lagi nikmat. InsyaAllah.. Ish.. Kalau pikir nikmat yang Allah bagi memang 7 hari 7 malam la nanges tak berenti. Banyak sangat kan.

Ohhh. Rasa bersalah pulak kalau tak bagitau korang bulan ni SHaklee buat promo VIVIX.

Ada orang kata Vivix boleh buat penawar untuk berhenti merokok. Ye ke?

Kalau ikut pengalaman Bro ni macam tu la. Memang menjadi.

 

Berminat nak tau dengan lebih detail tentang Vivix?

Meh whatsApp saya –> 019-4548200 (SUE)

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge