Cara Atasi Masalah Sakit Kepala Di Bahagian Kanan dan Kiri Serta Belakang

Sejak lepas raya hari tu, saya sering sakit kepala. Cuak jugak masa tu. Terasa macam mungkin tekanan darah naik. Tapi bila check tekanan darah ok je. Kadang-kadang tu, bahu dan leher pun sakit. Masa tu terfikir, eh.. macam tanda-tanda sakit jantung je ni.

Walaupun kolesterol saya dah turun dengan jayanya selepas mengambil langkah ini,  tapi risau jugak tau. Sakit kepala kali ni bukan setakat sakit gitu-gitu je, mata saya pun terasa kabur. Memang cuak la kan.

First, saya gi Kedai Spec untuk check mata. Optometrist cakap power spec saya dah naik ke 120. Patut la rasa kabur je mata belah kanan ni. Kenalah buat sepc baru. Melayang dekat RM700 jugak la.

Saya buka sahaja mempunyai masalah rabun jauh, tapi saya juga mempunyai masalah rabun dekat dan silau yang tinggi. Itu yang mahal tu.

Kemudian saya jumpa Pakar Perubatan pulak kat hospital. Lepas doktor tanya macam-macam soalan dan check mata saya, doktor cakap sakit leher bahu dan lengan tu sebab ‘muscle tension’. Sakit kepala tu pulak mungkin saya dah dapat migrain. Berkali-kali jugak doktor tanya saya tension ke lately.

Akhirnya, saya dapat ubat tahan sakit dan ubat untuk cegah migrain.

Pasal ‘muscle tension’ tu saya akan cerita next entry. Kali ni saya kongsi tentang masalah sakit kepala.

Masalah Sakit Kepala Di Malaysia

Masalah sakit kepala ada masalah yang biasa di kalangan rakyat Malaysia. Biasanya ianya tidaklah serius. Masalah ini boleh terjadi di semua peringkat umur.

Punca Sakit Kepala

  • Stress
  • Kemurungan
  • Masalah migrain
  • Ketegangan dalam mata
  • Sakit gigi dan tulang rahang
  • Kejang otot
  • Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
  • Strok
  • Jangkitan kuman di dalam otak
  • Ketumbuhan di dalam otak
  • Tekanan Darah Tinggi

Bila Perlu Berjumpa Doktor

Sakit kepala adalah masalah yang biasa dan ianya tidaklah serius. Namun jika sakit kepala ini berpanjangan dan mengganggu aktiviti seharian, eloklah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Jika sakit kepala disertai dengan masalah lain di bawah ini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.

  • Pening kepala yang kuat pada umur melebihi 40 tahun.
  • Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
  • Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
  • Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
  • Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
  • Selepas kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala.
  • Kejang tengkuk/leher
  • Sawan.
  • Rasa lemah dan kebas.
  • Kabur penglihatan atau buta.
  • Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
  • Loya, muntah.
  • Hilang selera makan dan susut berat badan.
  • Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV

Mengatasi Sakit Kepala Secara Selamat

Tak elok tau kalau kita kerap sangat ambik paracetamol (Panadol) atau ubat tahan sakit selalu.

Paracetamol akan mengganggu fungsi hati jika diambil dalam tempoh yang lama. Iyer.. hati boleh rosak tau kalau ambil paracetamol selalu.

Ubat tahan sakit yang lain pula jika diambil dalam tempoh yang lama, boleh menyebabkan gangguan pada usus seperti masalah pendarahan usus.

Jadi, apakah cara paling selamat untuk mengatasi masalah sakit kepala?

 

1) Amalkan pengambilan supplement

Kajian menunjukkan pesakit migrain mempunyai paras magnesium yang rendah di dalam badan. Bila magnesium kurang, penyerapan kalsium ke neuron terganggu sekaligus menyebabkan berlakunya migrain.

Salah satu supplement yang mengandungi Magnesium adalah Ostematrix Shaklee

ostematrix shaklee

Ostematrix Shaklee

B Complex sangat bagus untuk mereka yang sering mengalami masalah sakit kepala disebabkan tekanan atau stress. B complex ni orang kata vitamin untuk mood gitu. Jika selalu sangat stress, selalu sangat rasa moody, ambillah vitamin B complex.

Selain itu, vitamin B2 juga membantu mengurangkan masalah migrain.

Vitamin B2 boleh didapati di dalam vitamin B complex Shaklee.

Vitamin B Complex Shaklee

Vitamin B Complex Shaklee

2) Elakkan stress

Stress bukan sahaja menyebabkan kita mudah sakit kepala, tapi stress juga boleh menyebabkan timbulnya masalah kesihatan yang lain seperti kemurungan.

3) Amalkan makanan seimbang

Makanan seimbang membantu memberi kesihatan kepada tubuh badan. Makanan yang mengandungi perisa tiruan seperti MSG dan minuman berkafein boleh menyebabkan sakit kepala.

4) Bersenam

Bersenam dapat mengurangkan tekanan sekaligus dapat mengelakkan masalah sakit kepala.

5) Berhenti merokok

Pengalaman Atasi Migrain Dengan Supplement Shaklee

Jom kita tengok, apa yang terjadi kepada mereka yang sudah amalkan supplement Shaklee untuk mengatasi masalah migrain mereka.

migrain

Nampak tak. Kesan lagi baik dari Panadol Actifast tau

testi-migrain

Ambil Ostematrix sebelum tidur

testimoni-migrain-a

Dah tak perlu ambil Ponstan

 

 

 

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentang supplement Shaklee untuk migrain dan sakit kepala, anda boleh menghubungi saya melalui cara di bawah:

SMS/WhatsApp

019-454 8200

(SUE)

Ataupun anda boleh terus membeli dari link di bawah ini.

beli sekarang

Klik sini untuk beli Set Migrain Shaklee

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge