Insurans perumahan MRTA, MRTT, MLTA dan MLTT. Mana satu nak pilih?

Semasa terbaca satu discussion menarik di group WhatsApp sekolah tentang MRTA, MRTT, MLTA dan MLTT. Sejujurnya saya tak tahu langsung apa benda semua ni. Yang saya faham dari discussion tersebut, semua ini adalah insurans semasa membeli rumah. Makanya, saya pun bertanya incik Google. Cara senang kan?

Secara bahasa mudah, MRTA, MRTT, MLTA dan MLTT adalah insurans perumahan bagi melindungi pinjaman perumahan yang kita buat.

Biasanya pemahaman rakyat marhaen seperti saya, bila mati, atau tak dapat bayar loan rumah sebab kecacatan kekal maka bank yang akan settlekan pinjaman perumahan tersebut. Padahal polisi insurans ini yang cover. Haaihhh.. salah faham rupanya saya selama ini.

Demi memudahkan pencarian saya di kemudian hari, maka saya compilekan hasil carian saya di sini. Diharapkan hasil compilation ini membantu korang yang pertama kali mendengar term-term ini.

Maksud MRTA, MRTT, MLTA dan MLTT

MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance

MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful

MLTA – Mortgage Level Term Assurance

MLTT – Mortgage Level Term Takaful

Jadi, di sini kita dah dapat lihat perbezaan kesemua ini adalah pada term “assurance vs takaful” dan “reducing vs level”.

Perbezaan Assurance dan Takaful

Assurance: Tidak patuh syariah

Takaful: Patuh syariah

Perbezaan Reducing dan Level

Reducing: Kadar perlindungan berkurangan mengikut baki pinjaman

Level: Kadar perlindungan adalah flat rate (berkadar rata). Sama je kadar sepanjang tempoh perlindungan.

Jadi, di sini kita dah boleh ketepikan assurance sebab tak patuth syariah kan. Kita fokus pada MRTT dan MLTT sahaja.

Perbandingan MRTT dan MLTT

Lebih mudah untuk memahami tentang MRTT dan MLTT apabila diterangkan di dalam bentuk jadual. Jadual di bawah ini saya ambil dari blog Tuan Afyan.

mrtt vs mltt blog afyan

Source: Blog Tuan Afyan

So, Mana satu nak pilih?

Kalau diteliti, MRTT dan MLTT mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Rasa macam tak tau nak pilih mana satu kan. Jom kita tengok pendapat pakar.

Pendapat 1: Tuan Afyan

Tuan Afyan buat dalam bentuk gambar. So senang nak faham. Boleh baca penerangan yang lebih detail di blog Tuan Afyan DI SINI.

perbandingan mrtt dan mltt

 

Pendapat 2: Abang Ensem Otai Hartanah.

Abang Ensem memilih MRTT atas beberapa faktor. Iaitu:

  1. Dia dah berumur
  2. MLTT tidak dibiayai oleh bank. Dia tak nak keluarkan duit poket sendiri.
  3. Zaman dia beli rumah tak wujud lagi MLTT

Boleh baca pendapat Abang Ensem DI SINI.

Secara kesimpulannya, nak pilih MRTT ke MLTT? Gambar kat bawah ni sangat membantu. Terima kasih Tuan Afyan!

kesimpulan mrtt dan mltt

Source: Blog Tuan Afyan

Diharapkan compilation ini dapat membatu korang di luar sana.

Terima kasih tak terhingga kepada:

1) Blog Tuan Afyan

2) Blog Abang Ensem

3) Blog Fdausamad

4) Blog Ayu Wealth Advisor

5) Blog Hazly Takaful

 

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge