Resepi Kuah Durian Untuk Roti Jala.. Sedap!

Sebelum ni saya ada share cara nak buat roti jala yang lembut. Mudah dan ringkas je resepi roti jala tu. Boleh tengok resepi roti jala tu DI SINI.

Sekarang, saya nak share pulak macam mana nak buat kuah durian untuk dimakan bersama roti jala. Senang je rupanya nak buat kuah durian. Sambil pejam mata pon dah boleh siap. Serius! Heheeee..

Resepi kuah durian fiza yang saya dah modify

1 biji durian saiz sederhana. Saya dapat 10 ulas masa buat resepi ni.
1 cawan santan
2 cawan air
Gula secukup rasa
Secubit garam
1 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul) nak bagi wangi gitew.
Saya tak guna tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Cara buat kuah durian yang sedap sampai terangkat. Amboiii.. Over gitew.

1) Asingkan isi durian dari bijinya. Sesetengah orang buang biji tu. Tapi saya tak buang. Saya masukkan sekali dalam kuah.
2) Masukkan santan dan air serta daun pandan.
3) Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
4) Masak campuran ini dengan api perlahan. Kena sentiasa kacau tau.
5) Masakkan sehingga pekat. Kepekatan tu ikut selera masing-masing. Kalau nak pekat, masak la lama sikit
Memang pekat dan berkilat. Cantik je jadinya walaupun tak guna tepung jagung untuk pekatkan kuah durian ni.
Inilah hasilnya..
kuah durian ini
Resepi asal kuah durian oleh Fiza
Oleh: Fiza
Beberapa ulas durian
1 cawan santan
1/2 cawan gula pasir – sila tambah jika ingin lebih manis
2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung di larutkan dengan sedikit air (untuk memekatkan kuah)
Secubit garam
1 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul)
Senang je kan nak buat kuah durian ni. Ringkas dan mudah tapi memang sesap sangat.
Lagi sedap kalau guna durian yang isi tebal, manis dan berlemak gitew.
Selamat mencuba!

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge