Resepi Roti Jala Yang Ringkas dan Senang: Lembut Sangat Roti Jala Ni..

Saya tak pernah buat roti jala. Memang betul-betul first time ni. ALhamdulillah menjadi.

Resepi ni saya ambil dari Azie’s Kitchen.

Masa pertama kali try resepi roti jala ni, saya memang ikut sebijik-bijik resepi dia.

Tapi bila buat kali kedua, saya modify sikit.

Resepi Roti Jala Azie’s Kitchen yang saya telah modify

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar canola oil
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air
1 cawan fresh milk
Sedikit serbuk kunyit untuk bagi warna jadi kuning sikit
Saya tak guna telur tau.
Resepi yang saya modify ni kiranya untuk lebih sihat gitew. Sebab tu guna canola oil dan fresh milk. Heee..
Kalau tak de canola oil, guna je minyak masak yang korang selalu guna kat rumah. Tak payah susah-susah gi  beli canola oil pulak.
Satu lagi saya tak guna pewarna kuning sebab tak de. Nak elak membazir jugak sebab memang tak pernah ada pewarna pon kat rumah, makanya saya guna serbuk kunyit je. Saya guna je apa yang ada di rumah.
Awal-awal takut jugak kalau ada bau kunyit. Tapi sebab guna sikit sangat, memang tak de bau kunyit pon.
Yang bawah ni resepi asal oleh Azie’s Kitchen.
Roti Jala
Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara buat roti jala yang sedap dan lembut

  1. Campurkan semua bahan di atas di dalam mangkuk. Kacau-kacau sikit bagi bercampur.
  2. Memang akan berketul-ketul. Tak pe. Jangan risau.
  3. Kemudian, masukkan semua campuran yang dikacau tadi di dalam blender.
  4. Blendkan semua campuran sehingga betul-betul sebati.
  5. Now, dah siap untuk menjala. Kalau pekat sangat sampai rasa susah nak menjala boleh tambah air sikit.
  6. Tapi, setakat ini, resepi ni memang elok sangat dah. Saya tak perlu nak tambah air untuk adjust kelikatan dier.
  7. Memang lepas blend, boleh terus menjala terus.
  8. Saya gunakan frying pan non stick untuk masak roti jala ni. So tak payah la nak letak minyak. Kalau guna kuali biasa memang kena letak minyak sikit untuk elakkan roti jala melekat kat kuali.

Berapa ketul roti jala boleh dapat kalau guna resepi ni?

Ianya bergantung kepada saiz cawan yang kita guna. Kalau guna cawan besar atau mug, banyak ketul lah roti jala yang kita dapat.
Saya guna cawan kopi yang kecil je. So dapat lebih kurang 26-28 ketul roti jala untuk sukatan di atas. 26-28 ketul muat satu pinggan nasik gitew. Dalam setengah jam je dah siap roti jala ni kalau guna sukatan cawan kecil.

TIPS

Guna cawan yang sama untuk menyukat tepung dan air. Supaya lebih tepat sukatan.
Dah siap! Boleh makan dengan kari ayam atau kuah durian. Lepas ni saya share cara buat kuah durian pulak.
UPDATE: Nak tengok resepi kuah durian untuk roti jala? KLIK SINI.. Senang je nak buat kuah durian ni.
resepi roti jalan sedap dan lembut
Senang je kan nak buat roti jala?
Selama ni saya ingatkan susah sangat nak buat roti jala. Rupa-rupanya senang sangat.
Awal-awal nak menjala memang rasa kekok sebab tak biasa. Tapi bila dah siap menjala 4-5 ketul roti jala, terus rasa laju je menjala.
Semua perempuan kat dunia ni terutama yang dah jadik mak memang Allah anugerahkan bakat memasak yang terpendam.
Kalau dah jadi mak tu, InsyaAllah.. Masak apa pun mesti menjadi.
Selamat mencuba!

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge