Placenta Abruptio: Apa Yang Semua Ibu Mengandung Patut Tahu Tentang Masalah Ini?

Ketika seorang kawan mengalami masalah placenta abruptio beberapa bulan yang lalu, saya memang rasa tak sabar nak berkongsi tentang masalah ini di dalam blog. Saya sendiri first time dengar tentang placenta abruptio.

Jadi saya ingin berkongsi apa yang saya tahu serba sedikit melalui pembacaan dan bertukar-tukar ilmu dengan kawan saya tentang masalah placenta abruptio ini dengan korang.

Apa itu placenta abruptio?

Placenta abruptio adalah masalah uri (plasenta) berpisah dari dinding rahim (uterus) lebih awal dari sepatutnya. Orang utara cakap uri lekang awal gitew. Maksudnya uri tertanggal awal. Sepatutnya uri ini tertanggal ketika baby lahir. Tapi dalam kes placenta abruptio, uri tertanggal ketika baby masih dalam kandungan.

Masalah placenta abruptio ini biasanya terjadi pada trimester ketiga.

Bahaya ke placenta abruptio ni?

Bahaya sangat-sangat tau. Apabila placenta abruptio terjadi, baby akan kurang dapat oksigen dan nutrien daripada ibu. Apabila baby kurang dapat oksigen dan nutrien, risiko untuk terjadinya kelahiran pramatang adalah tinggi. Dan dalam keadaan yang lebih serius, baby boleh mendapat masalah Hypoxic Ischemic Encephalopathy (HIE). Hah.. apa benda pulak HIE.

HIE adalah keadaan di mana otak baby mengalami kecederaan akibat kekurangan oksigen. Keadaan ini boleh menyebabkan baby mendapat masalah cerebral palsy. Dan lebih serius, boleh mengakibatkan kematian baby tersebut.

Itu masalah kat baby. Masalah kat ibu pulak, akan terjadinya pendarahan pada si ibu.

Apakah punca terjadinya placenta abruptio?

Punca terjadinya placenta abruptio masih tidak dapat dipastikan dengan sebenar-benarnya. Tapi, terdapat beberapa keadaan di mana risiko untuk terjadinya placenta abruptio adalah tinggi jika:

– accident sehingga menyebabkan berlaku kecederaan pada abdomen

– terjatuh

– pernah mengalami masalah placenta abruptio sebelum ini

– pernah bersalin secara pembedahan

Sangat common kan orang yang bersalin secara pembedahan. Saya sendiri pernah czer masa first baby. Bila tahu pasal placenta abruptio terus rasa, eh, kenapa aku tak pernah tau pun benda macam ni wujud.

– pernah gugur lebih daripada 2 kali

– mengalami masalah darah tinggi ketika mengandung

– berumur lebih dari 40 tahun ketika mengandung

– merokok atau minum minuman keras. Ini memang tak la kan.

– air ketuban kurang atau ketuban pecah awal sangat

Macam mana nak tau ada masalah placenta abruptio ke tak?

Part ni paling tricky sebab tanda-tanda placenta abruptio lebih kurang sama je macam masalah yang biasa dialami oleh ibu mengandung. Contohnya macam sakit belakang, berasa sakit atau tak selesa sekitar perut.

Kalau kandungan dah masuk trimester ketiga memang biasa sangat la sakit-sakit belakang dan sakit pinggang. Betul tak? Itu yang tricky tu. Susah nak beza sakit pinggang dan sakit belakang tu disebbabkab placenta abruptio atau pun sakit-sakit biasa.

Set mengandung yang memenuhi keperluan vitamin wanita hamil

Tanda-tanda lain placenta abruptio berlaku adalah terdapat pendarahan berlaku. Pendarahan ini boleh jadi banyak, atau pun sikit-sikit je (spotting). Dalam kes kawan saya, pendarahan tidak berlaku, tiada darah yang keluar melalui faraj. Tetapi pendarahan terjadi di dalam. Apabila berlaku keadaan seperti ini, memang susah nak kesan dari awal pacenta abruptio terjadi.

Biasanya pendarahan dalaman ni terjadi di belakang uri. Si ibu akan berasa sakit belakang atau sekitar perut disebabkan pendarahan di belakang uri ini.

Nampak tak pendarahan yang terjadi di dalam gambar ni. Pendarahan berhampiran dengan uri. Uri=placenta. Dalam kes ini, uri lekang tak sampai separuh pun.

Placenta abruptio

Placenta abruptio. Pendarahan yang berlaku menyebabkan uri (plasenta) terpisah dari dinding rahim (uterus) Source: Mayo Clinic

So, apa nak buat untuk mengelakkan masalah placenta abruptio

1) Jangan panik. Relax.

Masalah placenta abruptio jarang berlaku. Hanya 1 dari 1000 kandungan. Haa.. dah risau lettew kan.

2) Kira pergerakan baby. Jangan ngelat.

Pergerakan baby adalah indikator yang kita boleh gunakan untuk menggambarkan keadaan baby. Ye la.. Kat rumah mana ada ultrasound kan. So, kalau rasa baby kurang gerak tu, cepat-cepat jumpa doktor.

Kalau baby terlalu aktif juga kena check jugak kat doktor. Baby terlalu aktif mungkin tengah struggle disebabkan masalah dalam kandungan.

Supplement omega 3 untuk ibu hamil, perlu atau tidak?

3) Trust your instinct.

Kalau rasa tak sedap hati pasal kandungan, pegi je check. Biarlah orang cakap terlebih risau ke apa. Nyawa baby lagi penting dari apa orang lain kata.

Kalau kandungan kita rasa lain macam je pegi check. Nak check kat 2-3 orang doktor pun tak pe untuk dapatkan pendapat.

4) Jaga diri baik-baik

Jangan angkat benda berat. Hati-hati berjalan. Jangan stress. Suami kena mainkan banyak peranan dalam hal ni. Bantulah isteri korang buat kerja rumah. Mengandung ni susah. Isteri membawa satu nyawa bersamanya.

Kalau berlaku komplikasi, bukan sahaja membahayakan nyawa baby. Nyawa ibu juga dalam bahaya.

5) Jaga pemakanan.

Amalkan pemakanan yang sihat. Elakkan fast food dan junk food. Perasa dan pewarna tiruan dalam fast food dan junk food memang kita sudah sedia maklum. Tak bagus untuk kesihatan.

Kalau tak mengandung kesihatan kita je terjejas. Tapi kalau tengah mengandung ni, kesihatan baby pun akan terganggu.

Saya berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada ramai ibu di luar sana. Kepada ibu yang sedang mengandung, didoakan kalian dan baby sentiasa sihat dan selamat.

Set bersalin dan berpantang yang memberi tenaga, membanyakkan susu badan dan cepatkan luka sembuh

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge