Cara Saya Kawal Anak Dari Ketagih Ipad / Tab. Kisah benar belaka.

Saya masih ingat sampai sekarang pertemuan saya dengan cikgu tadika Ilham (anak sulong saya) ketika sesi ibu bapa bertemu guru pada tahun lepas. Ala-ala report card day gitu. Masa tu Ilham baru umur 5 tahun.

Sesi tu berlangsung bersama dua orang cikgu. Sorang cikgu tu Pengetua Tadika, Cikgu Hadibah, sorang lagi cikgu Gee ala-ala supervisor Ilham gitu. Banyak benda yang kitorang sembang pasal Ilham. Bertukar-tukar cerita. Hampir kebanyakan cerita dari cikgu-cikgu itu membuatkan saya ternganga kagum dengan kebolehan Ilham.

Sejujurnya, banyak rupanya saya tak tahu tentang kebolehan Ilham. Saya bersyukur pihak tadika mewujudkan sesi ala-ala report card day itu. Banyak yang saya belajar dari perkongsian kedua-dua guru tersebut.

Selama ini saya fikir, alaaaa.. tadika je pun. Kenapa serius sangat? Tapi sebenarnya memang serius! Sebab ianya adalah perkembangan awal anak-anak kita. Perkembangan luar dan dalam diri anak-anak.

Ok.. kembali kepada topik asal macam mana cara saya kawal Ilham dari ketagih kepada Ipad atau Tab. Banyak tips kat internet yang kita boleh cedok dalam menangani masalah anak ketagih gadjet. Apa yang saya nak kongsikan hari ini adalah cara yang telah saya guna dan berkesan untuk Ilham.

Saya tak sedar Ilham ketagih Ipad/Tab!

Ini kesilapan terbesar saya. Saya tak sedar Ilham ketagih Ipad/Tab. Sehinggalah sesi bertemu cikgu-cikgu Ilham se masa report card day. Allahuakbar. Syukur sangat. Saya disedarkan tentang hal ini sebelum terlewat.

Ketika hari report card day tersebut Cikgu Hadibah, pengetua Ilham bertanya saya adakah Ilham selalu bermain Ipad/Tab. Saya memang mengakui hal tersebut. Memang setiap hari Ilham main Ipad/Tab.

Dan, Cikgu Hadibah menyambung..

Anak-anak yang banyak sangat main Ipad/Tab mudah hilang fokus. Ilham mudah hilang fokus.

Daripada keseluruhan cerita cikgu Hadibah , saya membuat kesimpulan, Ilham mudah sangat distracted. Ok.. Itu satu masalah.

Yang kedua, Cikgu Hadibah menyebut Ilham sukar untuk memegang pensel dengan baik. Allahu.. Saya tak perasan benda ni. Sebab kat rumah nampak macam ok je kan. Tapi cikgu-cikgu ni dah banyak pengalaman. So diorang boleh kesan masalah sebegini.

Daripada keseluruhan cerita cikgu Hadibah, saya konklusikan sebagai akibat telebih expose kepada Ipad/Tab, jari jemari Ilham keras sikit untuk pegang pensel dengan betul. Sekaligus Ilham susah untuk menulis dan mewarna dengan baik. Hosnestly, masa tu tulisan Ilham tak cun. Kalau mewarna memang dia tak boleh nak warnakan mengikut line dalam gambar. Mesti terbabas keluar dari line gambar.

Masa tu rasa macam nak menyorok bawah meja. Malu-semalu-malunya kerana menyebabkan Ilham jadi sebegini.

Cikgu Hadibah cakap jangan risau. Ilham masih ada banyak masa untuk diperbetulkan. Kita buat perlahan-lahan.

Misi mengurangkan ketagihan Ilham terhadap gadjet Ipad/Tab

Balik rumah, discuss panjang dengan suami pasal masalah ni. So, ini yang kitorang buat.

Kitorang tak cut terus Ilham dari benda-benda ni. Awal-awal tu, Ilham masih main Ipad/Tab setiap hari. Cuma kitorang limitkan masa untuk bermain Ipad/Tab. Kalau tak, sampai tidur la dia ngadap benda tu. Tak pun dia akan berhenti kalau bateri dah habis.

So, kitorang limitkan masa. Contoh, awal-awal 2 jam je, dari lepas maghrib sampai pukul 10 malam. Lepas tu kurangkan jadi sejam. Kemudian kurangkan bilangan hari dalam seminggu cuma beberapa kali je boleh main Ipad/Tab. Then, kurangkan lagi, weekend je dia boleh main. Weekend pun tetapkan jugak berapa jam je boleh main.

Memang Ilham bergolek, berguling, menangis, meraung sakan la masa awal-awal implement benda ni. Kitorang memang kena kentalkan hati dan perasaan dengan tidak mengalah atau kesian bila tengok Ilham meraung. Memang kena bersabar giler masa fasa ni. Memang kadang-kadang rasa malas nak dengar Ilham meraung macam ni. Nak je bagi Ipad supaya di stop meraung. Tapi bila pikir balik kesan untuk jangka masa panjang, tabahkan la jugak dengar Ilham meraung.

ipad

Satu lagi, kitorang simpan semua Ipad/Tab jauh dari pandangan mata dia. Jangan bagi dia nampak. Kalau dia nampak dia mesti mintak nak main.

Dan satu lagi, kitorang wujudkan aktiviti lain untuk Ilham. Beli macam-macam buku. Tengok kartun kat tv/youtube. Tengok kartun dan tengok kartun lagi. Hahahaa.. Yang ni pun kena kawal. Kang jadi addicted tengok kartun pulak kan.

Hoyeahh.. Misi Berjaya!

Apa yang terjadi kat Ilham memang bagi pengajaran kat kitorang. So, untuk Medina (anak kedua saya, berumur 3 tahun) awal-awal lagi kitorang dah limitkan pendedahan dia terhadap Ipad/Tab. Alhamdulillah, untuk kes Ilham sekarang segalanya terkawal. Protes tetap ada kadang-kadang tu.

ALahamdulillah. Sekarang ni ILham 6 tahun. Banyak betul kesan positif bila kitorang dah limitkan Ipad/Tab untuk Ilham. Ilham lagi banyak bermain dengan adik-adik dier. Ilham juga sekarang semakin suka buku atau majalah. Ilham dah boleh mewarna dengan baik-mewarna tanpa terbabas keluar line. Saya pun tak sedar bila benda-benda positif ni start terjadi.

Take home message

1) Sejujurnya, saya tak tahu cara ini betul atau tidak. Apa yang saya tahu, saya dan suami dapat kawal Ilham dalam hal ni. Apa yang saya nampak Ilham boleh terima dan follow rules kitorang kalau dia nak main Ipad/Tab. Tiada lagi kejadian amukan guling-guling, golek-golek atau teriakan tangisan yang bergema satu rumah (dan mungkin satu taman boleh dengar). :p

2) Banyak tips dalam internet yang boleh dipraktikkan untuk menangani masalah anak-anak ketagih Ipad/Tab. Kita hanya perlu guna mengikut kesesuaian anak-anak dan diri kita sendiri sebagai ibu bapa termasuklah mengikut kesesuaian persekitaran anak-anak. Tips tertentu mungkin berkesan untuk orang itu tapi tak berkesan untuk anak kita. Yang penting kita jangan give up.

3) Sabar.. sabar.. sabar.. Proses ini memang akan menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa.

4) Proses ini memerlukan kerja sama suami isteri. Kalau la si suami/isteri jenis–> malas-la-nak-layan-anak-main,-ada-kerja-nak-buat.-atau-rimas-dengar-anak-bising-bising-Nah-Ipad-duduk-diam-diam.

Lingkup!!! So, apa yang penting? Kerjasama!

5) Tak perlu set target sekian-sekian date, anak kena bebas daripada Ipad/tab. Atau, sekian-sekian date, kita berjaya menjadikan anak dah tak ketagih gadjet. Stress kot. Anak stress. Kita pun stress. Hancur!

6) Doa. Ya..jangan lupa berdoa setelah berikhtiar. Allah mendengar.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa di luar sana yang mengalami masalah yang sama.

Selamat berjaya!

Oh ya.. saya nak share satu video best dengan korang. Ibu cantik ini berkongsi tentang rahsia bagaimana beliau berjaya menyusu sepenuhnya ketika bepuasa.

 

Rahsia Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan from iReach HD on Vimeo.

11 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge