[Video] Projek MRT Malaysia Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya

Saya tak pernah ambil kisah langsung pasal projek MRT. Sebab saya tak akan mendapat apa-apa manfaat dari projek MRT ini. So, ada aku kisah? Yer la. Duduk di Kedah. Projek di Selangor nun. Dah tentu saya tak guna kemudahan MRT ini. Betul tak? So, projek ni ada ke tak, sama je. Tak de impak dalam hidup saya pon, 

Tapi.. tapi.. tapi.. Selepas baca blog Tuan Arif Shah tentang projek MRT ini, saya terfikir sekali lagi. Betul ke saya tak akan dapat manfaat dari projek ini. Sure ke?

Apabila memandang projek ini dari satu sudut pandang yang berbeza, sebenarnya saya mempunyai banyak peluang untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang sangat-sangat mendambakan projek MRT ini supaya cepat siap.

Selepas menonton video projek MRT yang dikongsikan oleh Tuan Arif ini nampaknya saya dah terjatuh hati dengan projek MRT ini. Macam mana ni. Dah tersuka pulak dengan MRT ni.

Video ni sangat best, terasa sangat moden gittew.

Saya dah mula berangan.

Saya dah mula memasang impian.

Ini bermakna kerja sekolah saya semakin bertambah. Tapi saya suka.

Jom kita layan video yang best ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge