Rumah saya bayar, kereta saya bayar.. Dah tu dia buat apa?

Rumah saya bayar..

Kereta saya bayar..

Yuran taska anak saya bayar..

Barang-barang dapur saya beli..

Rungut seorang isteri

Bagi isteri yang mempunyai pendapatan sendiri, atau lebih spesifik, isteri yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi berbanding suami, situasi sebegini mesti sangat common kan.

Bagi seorang isteri situasi ini tidak meracuni hatinya. Sehinggalah tekanan menyelubungi kehidupannya.

Balik dari kerja.. Penat yang amat.

Dah la tadi tempuh jammed. Lapar lagi. Stress dengan karenah bos dan rakan sekerja di pejabat pun tak habis lagi.

Sampai rumah anak-anak meragam. Sorang lapar. Sorang nak susu.. Sorang berak

Sorang anak nak ini.. Sorang anak nak yang itu.. Sorang anak asyik nak berdukung.

Suami? Buat tak tau je. Asyik ngadap henpon. Tak pon main game selamatkan dunia. Kadang-kadang tidur. Lepas tu boleh pulak marahkan isteri sebab biarkan anak-anak bising sampai terganggu tidur dier.

Sama-sama kerja cari duit. Sama-sama penat balik kerja. Tapi hal rumah dan anak-anak si suami tak ambik tau langsung.

Isteri? Kecewa.. bengang.. nak nangis.. marah.. tapi simpan dalam hati.

Familiar? Anda pernah alami situasi macam ni? Atau pernah tengok wanita yang mengalami situasi begini.

Meh saya nak share satu benda dengan kalian yang berhadapan situasi sebegini. Satu perkongsian dari Puan Diyana Tahir.

 

“Rumah saya bayar, kete saya bayar,

Yuran taska anak saya bayar..

semua benda pakai duit gaji saya…

suami saya tak boleh harap..

keje tak menentu”

 

Rungut berapa orang isteri dengan saya.

 

Sahabat hatiku..

Bila merasa rezeki itu datang melalui

Kita semata-mata kerana usaha kita..

Memang sakit…

 

Perlahan-lahan

Izinkan hati untuk terbuka

Melihat sesuatu yang nampaknya

Tidak sempurna.. Namun..

 

Sesungguhnya sempurna apa adanya

Mungkin rezeki yang hadir melaluimu

Adalah kerana Allah lebih mempercayaimu

Mengurus duit keluargamu?

Mungkin rezeki yang mengalir

Adalah berkat kesabaranmu

Dengan kekurangan suamimu?

 

Sebab urusan rezeki ini

Hal misteri dan tersembunyi.

 

Ramai yang berusaha belum

Tentu dapat setimpal.

Ramai yang tidak berusaha

Namun dipermudahkanNya.

 

Urusan rezeki adalah urusanNya.

Urusan kita hanya sebagai

pentadbir dan pensyukur

Atas segala nikmatNya.

Urusan kita adalah..

Apakah aku kufur atau bersyukur?

Saya sangat bersetuju dengan coretan Puan Diyana.

Selain jodoh, rezeki adalah sesuatu yang sangat misteri dan penuh rahsia. Kadang kala ia datang bergolek tanpa kita jangka. Dan kadang kala juga ia sukar mendekati walaupun kita telah bersusaha sehabis daya.

Bukankah setiap perkara di dunia ini hanya berlaku dengan kehendakNya. Tidak bergerak sesuatu zarah tanpa izinNya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Ternyata ianya amat sukar untuk difahami secara zahir.

Seorang guru bisnes saya pernah berkata, duit datang bersama amanah dan tanggungjawab. Jika kita tidak mampu mengurus dengan baik pendapatan RM3000 sebulan bagaimana Dia nak bagi RM7000 sebulan?

Begitu juga dalam hal ini. DIA memberi kepada isteri pendapatan yang lebih banyak berbanding suami kerana anda isteri yang tahu dan pandai menguruskan duit tersebut dengan lebih baik dan efektif untuk anak-anak dan keluarga.

Mungkin jika duit yang banyak itu diberikan kepada suami maka minggu depan rim kereta tukar baru. Tak pun tiap-tiap bulan tukar handphone baru. Tak pun cari bini baru? Oopss.. gurau je tau. Kan dah senyum tu.

Kesat air matamu wahai isteri. Berlapang dada. Percayalah. DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

keep-calm-you-are-a-great-woman

===================================

Siapa Puan Diyana Tahir?

Pertama kali saya mengenali nama Puan Diyana Tahir ketika program IMKK pada Jun 2014 di Mines. Ketika itu Puan Diyana berdiri di pentas Hot Seat IMKK berkongsi tentang kejayaan beliau dalam bisnes video marketing. Masa dengar perkongsian beliau di Hot Seat IMKK tu terdetik di hati nak berguru dengan beliau tentang ilmu video marketing.

Sekarang, Puan Diyana sangat aktif sebagai coach Intensif Terapi eHati Transformasi Hati Penyembuhan Jiwa. Nak tau dengan lebih lanjut tentang eHati? Klik link ini eHati ini

Secara peribadi, saya tidak pernah menyertai mana-mana program eHati kelolaan Puan Diyana. Namun, setelah melihat melihat beberapa video di Youtube, saya percaya, program ini dapat membantu ramai di luar sana. Sebab tu la saya berkongsi di sini.

Jika ada di antara anda pernah menyertai program eHati ini, meh komen di sini. Mana tau, perkongsian anda dapat membantu orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge