Nak pahala extra? Jom Buat 10 Amalan Kecil Berpahala Besar Ini..

Alhamdulillah…

Diberi peluang dan rezeki oleh NYA untuk menikmati Ramadhan pada hari ke 14.

Dah lama saya nak share benda ni tau. Benda yang saya baca dari buku Amalan Kecil Berpahala Besar. Selepas baca buku ni saya rasa tersentuh sangat sebab terasa betapa Allah sangat sayangkan kita sehingga sekecil-kecil amalan pun Allah berikan pahala kepada kita.

Semua amalan ini saya ambil dari buku Amalan Kecil Berpahala Besar tulisan saudara Fahrur Mu’is.

Amalan Kecil Berpahala Besar

1) Menyingkirkan kotoran di masjid

Abu Said Al-Khudri mengatakan bahawa Rasulullah s.s.w menjelaskan, “Orang yang mengeluarkan gangguan ataupun kotoran dari masjid, Allah membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.

Dalam hadis yang lain, Anas bin Malik menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w memberitahu, “Semua pahala umatku dipampang di hadapan aku, sehinggakan pahala seorang lelaki yang mengeluarkan kotoran dari masjid.”

2) Menyingkirkan apa-apa gangguan di atas jalan

Rasulullah s.a.w menerangkan:

Orang yang menyingkirkan gangguan dari jalan kaum Muslimin, dicatat untuknya satu kebaikan. Orang yang diterima daripadanya satu kebaikan, dia akan masuk syurga.

Antara amalan menyingkirkan gangguan di jalan seperti menyingkirkan batu, paku atau kayu di jalan. Amalan ini tidak memerlukan kita mengeluarkan belanja yang banyak pun.

3) Membaca doa selepas azan

Rasulullah s.a.w menerangkan:

“Orang yang mendengar panggilan azan lalu berdoa:

doa selepas azan

 

mendapat syafaatku pada hari kiamat.

Sesiapa yang mendengar azan dan membaca doa di atas ini, akan mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w pada hari kiamat kelak. Orang yang mendapat syafaat Rasulullah s.a.w pasti selamat kerana pada waktu itu hanya syafaat Nabi Muhammad s.a.w yang diterima oleh Allah s.w.t.

4) Menjawab azan

Rasulullah s.a.w menjelaskan:

“Sekiranya kamu mendengar muazin mengumandangkan azan, katakan sebagaimana yang dikatakan muazin itu. Kemudian, baca selawat ke atasku kerana orang yang membaca selawat ke atasku satu kali, Allah memberi selawat kepadanya 10 kali. Lalu mohon kepada Allah supaya memberikan aku wasilah (kemuliaan) kerana hal itu diturunkan kelak di syurga, yang tidak akan diberikan kecuali hanya kepada seorang daripada hamba-hamba Allah dan aku berharap seorang hamba itu adalah aku. Oleh itu, orang yang memohon kemuliaan untuk aku, dia akan mendapat syafaat.”

5) Mengaminkan bacaan imam di dalam solat

Rasulullah s.a.w menjelaskan:

“Apabila imam ‘amin’, ucapkan ‘amin’ juga kerana orang yang mengucapkan ‘amin’ bersama dengan ‘amin’ para malaikat, dihapuskan dosanya yang lalu. Ibu Syihab berkata, Rasulullah s.a.w mengucapkan ‘amin.’

Dalam hadis yang lain, disebutkan bahawa Rasulullah menerangkan:

“Apabila imam membaca, ghairilmaghdhubi’alaihim waladdhalin yang bermaksud, ‘Bukan jalan orang yang dimurkai (Yahudi) dan bukan pula jalan orang yang sesat (Nasrani) ucapkan, ‘amin’ kerana apabila ucapan ‘amin’ itu sama dengan ucapan ‘amin’ para malaikat, diampuni dosa-dosanya yang lalu.”

6) Membaca Rabbana Walakal Hamdu

Rasulullah s.a.w mengatakan:

“Apabila imam membaca samiallahulimanhamidah (Allah mendengar orang memujiNya), ucapkan, rabbana walakal hamdu (Ya Allah Ya Tuhan kami, hanya untukMu segala pujian). Orang yang ucapannya sama (serentak) dengan ucapan para malaikat, dihapuskan dosanya yang lalu.”

7) Duduk di tempat solat

Duduk di tempat solat bagi menunggu masuk waktu solat mempunyai pahala besar

Abu Hurairah menceritakan, Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa para malaikat mendoakan seseorang itu selama dia berada di tempat solat dan tidak berhadas sambil berkata, “Ya Allah, ampunkan dia. Ya Allah, sayangi dia.”

8) Sedekah dari rezeki yang halal

Abu Hurairah menceritakan, Rasulullah s.a.w mengatakan, “Orang bersedekah sebesar satu biji kurma daripada usaha yang baik, sedangkan Allah tidak menerima kecuali yang baik, Allah menerima sedekah dengan tangan kananNya, kemudian memelihara untuk yang bersedekah, sebagaimana seorang antara kamu memelihara anak unta betina yang sedikit, sehingga menjadi seperti gunung.

Pahala sedekah daripada harta yang halal, walaupun sedikit seperti harga sebiji kurma dilipatgandakan oleh Allah s.w.t.

9) Berjabat tangan

Rasulullah s.a.w mengatakan:

“Tidak ada dua orang muslim yang bertemu lalu berjabat tangan, kecuali kedua-duanya mendapat keampunan sebelum mereka berpisah.”

10) Memenuhi undangan

Memenuhi undangan termasuk di dalam hak Muslim ke atas Muslim yang lain.

Rasulullah s.a.w menjelaskan:

“Hak Muslim ke atas Muslim yang lain ada lima iaitu, menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan menjawab orang yang bersin.”

Simple je kan amalan-amalan ini. Tapi diberikan Allah ganjaran pahala kepada sesiapa yang mengamalkannya.

Inilah buku ‘Amalan Kecil Berpahala Besar’ tu.

amalan kecil berpahala besar

Bersempena bulan Ramadhan ini, khas untuk ibu-ibu menyusu, saya kongsikan satu video untuk anda. Diharapkan video ini memberi manfaat kepada ibu menyusu di luar sana.

Rahsia Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan from iReach HD on Vimeo.

Mempunyai sebarang soalan untuk saya? Whatsapp saya di nombor ini 019-4548200 (SUE)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge