Pengalaman Demam Denggi Seorang Ibu: Trauma Yang Akan Diingati Sampai Bila-bila

Saya terjumpa artikel ini di dalam Harian Metro. Sungguh saya tidak menyangka, demam denggi boleh jadi begitu serius sekali. Semoga cerita ini memberi sedikit maklmat kepada kita semua.

Dalam artikel ini, ibu tersebut berkongsi pengalaman kali kedua beliau mendapat demam denggi. Beliau juga berkongsi ikhtiar yang dilakukan bagi menangani masalah demam dengginya.

“Semuanya berlaku begitu pantas. Saya mengalami demam secara mengejut ketika berada di pejabat. Simptom bermula apabila saya berasa sejuk dan menggigil diikuti loya dan sakit kepala terlalu kuat. Selepas pulang ke rumah saya mengalami cirit-birit, sakit otot melampau serta pedih ulu hati sehingga kesannya terasa ke bahagian tulang rusuk kanan. Namun saya ingatkan ia hanya demam biasa,” kata Kam Haryatie Abdul Mutalib, menceritakan pengalaman sebagai pesakit denggi.

Oleh kerana pernah mendapat denggi ketika berusia 13 tahun, ibu kepada tiga cahaya mata ini tidak menyangka yang dia bakal menderita demam denggi kali kedua. Malah kesannya lebih dahsyat daripada demam yang pertama sehingga terpaksa tinggal di hospital selama seminggu.

Menceritakan pengalaman ngeri itu, menurut Kam Haryatie, walaupun dia seorang yang ‘tahan sakit’ tetapi serangan virus denggi menyebabkan dia lemah sehingga tidak mampu bertahan. Suaminya, Syed Hafiz Dzulkifli Syed Taha Al Shahab terus membawanya ke bahagian kecemasan Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

“Satu jam selepas ujian darah, saya disahkan menghidap denggi dengan bacaan platlet 70. Di sini bermulalah fasa denggi berdarah yang hampir meragut nyawa saya,” katanya.

Ceritanya lagi, sepanjang berada di hospital adalah detik yang sangat menyeksakan. Ini kerana walaupun berada dalam keadaan lemah bertarung dengan denggi dan rasa mengantuk namun dia langsung tidak dapat tidur kerana sakit di bahagian ulu hati terlalu kuat. Bacaan darah pula jatuh mendadak kepada 57 pada hari kedua dan turun sehingga 24 pada hari ketiga.

“Ia satu keadaan yang sangat meruncing hingga mengakibatkan saya berada dalam tahap kejutan kritikal, sindrom kejutan denggi. Saya mula mengalami pendarahan pada bahagian gusi dan bintik merah mula keluar di seluruh bahagian badan.

“Keadaan bertambah teruk apabila saya datang haid. Sakit seluruh badan semakin bertambah, perut pula terasa penuh angin. Ini menyebabkan doktor memantau rapi keadaan saya kerana bimbang pendarahan haid yang luar biasa berlaku kerana pada ketika itu badan saya mula mengalami pendarahan,” jelasnya.

Untuk itu rawatan sindrom kejutan denggi yang sama dengan rawatan demam denggi diberikan kepada Kam Haryatie. Dua kaedah rawatan utama yang digunakan ialah rehat dan peningkatan bendalir. Doktor memasukkan dua liter air sehari menerusi kaedah drip dan ini tidak termasuk air kosong yang diminum.

Darah diambil dua kali sehari dan pada sampai satu tahap ketika bacaan platlet sangat rendah, jururawat tidak dapat mengambil darah sehinggakan terpaksa disuntik lima hingga enam kali pada kedua-dua tangan.

“Ketika itu saya hanya berserah kepada Allah dan membiarkan jururawat melakukan apa saja ke atas diri saya. Kedua-dua belah tangan lebam di sana sini. Saya tiada selera untuk makan. Apa yang saya lakukan adalah tidak putus berdoa agar Tuhan memanjangkan usia saya,” ujarnya.

Kongsi tip cegah denggi

Di rumah pelbagai usaha dilakukan seluruh ahli keluarga. Suami ke hulu ke hilir mencari penawar manakala ibu berusaha memasak sup ketam dan air rebusan pucuk betik pada hari ketiga yang dikatakan bagus merawat denggi. Ibu dan bapa mentua pula mengusahakan solat hajat untuk kesembuhan.

“Jus pucuk betik rasanya memang pahit tetapi untuk pulih saya gagahkan diri menghabiskannya. Percaya atau tidak, bacaan platlet saya naik mendadak pada hari keempat daripada 24 menjadi 66. Pada hari yang sama juga, platlet naik lagi sehingga 100. Pada hari kelima sekali lagi ibu menyediakan jus pucuk betik dan saya minum dengan rela hati kerana tanda penyembuhan sedang berlaku.

“Dengan bantuan ubat-ubatan doktor, pada hari keenam platlet naik sehingga melepasi paras bacaan normal iaitu di antara 150 hingga 400. Doktor dan jururawat yang merawat saya juga cukup teruja dengan perkembangan positif ini apabila saya memberitahu mengenai jus betik yang diminum. Mereka mengakui memang ada kajian mengenai khasiat jus pucuk betik untuk denggi,” katanya bersyukur.

Walaupun menunjukkan tanda untuk sembuh, Kam yang bertugas sebagai jurutera di sebuah syarikat terkenal ini mula diserang sesak nafas menyebabkan dia terpaksa tidur dalam keadaan duduk. Selepas ujian sinar-X dijalankan, didapati paru-parunya dipenuhi air yang menjadi punca dia tidak boleh bernafas.

“Saya ditahan dua malam lagi di wad bagi pemantauan perkembangan pernafasan dan hanya dibenarkan pulang pada hari kelapan. Selepas pulang ke rumah kesan denggi seperti pening kepala, sakit sendi atau badan masih terasa. Hanya selepas tiga minggu barulah saya benar-benar pulih sepenuhnya.

“Namun saya perlu mengambil ubat-ubatan doktor serta menambah dengan makanan tambahan seperti vitamin C, iron, B kompleks untuk mengembalikan antibodi, Nutriferon satu peket setiap hari dan Performace Drink tiga kali sehari untuk meningkatkan bendalir dalam badan.

“Hakikatnya pengalaman dijangkiti denggi kali kedua sangat memberi kesan kepada saya. Ia bagaikan trauma yang akan saya ingat sampai bila-bila,” katanya yang mengambil langkah pencegahan dengan menjaga kebersihan di sekitar rumah, mengelak untuk keluar rumah pada waktu senja dan mengamalkan gaya hidup sihat selain pengambilan makanan tambahan untuk antibodi

.

Di sini, saya ingin berkongsi satu video dari tentang bagaimana untuk menyembuhkan demam denggi tanpa menggunakan ubat.

Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu… from iReach HD on Vimeo.

Kesimpulannya di sini,

1) Pentingnya pengambilan air untuk menambahkan cecair di dalam badan bagi mengelakkan dehidrasi. Minuman yang mengandungi elektrolit seperti Performance Drinks membantu mempercepatkan hidrasi badan.

performance-orange

Performance Drink Shaklee

2) Penting sangat untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Ada banyak cara boleh digunakan untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Antaranya ialah mengamalkan pengambilan Vitamin C dan Nutriferon.

Vitamin C 500mg SR

Vitamin C 500mg SR

Nutriferon

Nutriferon

3) Penting untuk pastikan pengambilan makanan yang berprotein bagi membekalkan tenaga. Minuman protein seperti ESP (Energizing Soy Protein) adalah cara paling sihat dan cepat untuk dijadikan sebagai sumber protein.

Energizing Soy Protein Shaklee (ESP)

Energizing Soy Protein Shaklee (ESP)

Jadi, bagi mencegah daripada apa-apa penyakit, kita perlu pastikan sistem pertahanan badan kita kuat. Di sinilah pengambilan supplement Vitamin C memainkan peranan. Benar sangat Vitamin C boleh didapati dari sayur-sayuran dan buah-buahan.

Namun begitu, proses memasak dan tempoh penyimpanan sayur-sayuran dan buah-buahan segar menyebabkan kandungan Vitamin C di dalamnya mudah hilang dan musnah. Jadi, supplement Vitamin C membantu untuk top up keperluan Vitamin C di dalam badan.

Pilihan saya tentu sekali Vitamin C keluaran Shaklee. Sebeb berasaskan sumber semulajadi. Natural gitu haa.

Banyak sangat sampai tak tau nak beli yang mana? Jangan risau. Hubungi saya. Saya akan guide korang untuk memilih produk yang sesuai. Supplement ni, jangan tunggu dah kena baru nak makan. Mencegah itu lebih baik. Hubungi saya menggunakan nombor di bawah ini untuk mengetahui produk yang sesuai untuk demam denggi.

SMS/WhatsApp: 019-4548200 (SUE)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge