Bacaan Kencing Manis Tinggi? 7 TIPS untuk turunkan bacaan kencing manis

Pernah tak anda atau ahli keluarga anda yang mempunyai kencing manis mengalami situasi di bawah ini?

masalah kencing manis tinggi

 

Bacaan kencing manis tinggi memang membuatkan pesakit kecing manis berasa susah hati. Memang mengecewakan kalau bacaan kencing manis tak turun-turun walaupun dah makan ubat dan dah jaga makan. Dah tak tau nak buat macam mana lagi kan.

Jangan risau. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Yang penting jangan pernah berputus asa untuk berikhtiar bagi mengatasi masalah bacaan kencing manis yang tinggi ini.

Pertama sekali kita perlu mengetahui punca kenapa bacaan kencing manis masih tinggi walaupun dah jaga makan dan dah makan ubat yang doktor bagi mengikut aturan.

Punca bacaan kencing manis tak turun

Punca bacaan kencing manis tak turun salah satunya disebabkan oleh kerintangan insulin. Apakah kerintangan insulin?

Kerintangan insulin berlaku apabila badan menjadi kurang sensitif terhadap tindakan insulin. Orang kata insulin dah tak lut gitu. Keradangan pada sel badan dan sel yang tidak sihat menyebabkan insulin menjadi kurang berkesan. Sebab itulah bacaan kencing manis tak turun walaupun kita dah jaga makan dan juga dah ambik ubat ikut aturan.

Kadang-kadang tu, walaupun doktor dah naikkan dos ubat atau insulin, bacaan kencing manis masih juga tinggi. Keadaan ini disebabkan kerintangan insulin berlaku. Dah tu nak buat macam mana? Ini penyelesaiannya.

Cara menurunkan bacaan kencing manis yang tinggi

Dalam situasi pak cik di atas (di dalam gambar), perkara yang perlu dibuat adalah mengurangkan kerintangan insulin. Tapi bagaimana?

1) Senaman

Banyak senaman atau aktiviti ringan yang boleh dilakukan oleh pesakit kencing manis mengikut kesesuaian umur dan tahap kesihatan. Contohnya:

– berjalan

– menarik

– berkebun

– berbasikal dan banyak lagi

senaman untuk pesakit kencing manis

Senaman atau aktiviti fizikal yang boleh diamalkan oleh pesakit kencing manis bagi mengurangkan kerintangan insulin

2) Turunkan berat badan

Lemak yang berlebihan di dalam badan menyebabkan insulin menjadi kurang berkesan untuk bertindak.

3) Ambik makanan yang tinggi serat

Makanan yang tinggi serat dapat melambatkan penyerapan gula di dalam darah. Contohnya oat. Bagus sangat untuk pesakit kencing manis

4) Ambil makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah

Indeks Glisemik menggambarkan kadar kecepatan gula dalam darah meningkat apabila kita makan sesuatu makanan.

Jika nilai indeks glisemik rendah, ini bermaksud makanan tu lambat bertukar menjadi gula di dalam badan. Jadi, bagus untuk pesakit kencing manis. Gula tak la naik mencanak lepas makan.

Klasifikasi

Bacaan Indeks Glisemik

Contoh  makanan

Indeks Glisemik Rendah

Kurang dari 55

Bijirin (barli, oat,millet)Kekacang (walnut, soya, badam, Sayur-sayuran, Buah-buahan
Indeks Glisemik Sederhana

Antara 56-69

Prune, Roti pita, Beras basmati
Indeks Glisemik Tinggi

Lebih dari 70

Roti putih, nasi putih, glukos, kentang

Jadi, makanan yang mempunyai indeks glisemik kurang dari 55 adalah sangat bagus.

ESP Shaklee untuk kencing manis

ESP (Energizing soy protein) Shaklee sangat bagus untuk pesakit kencing manis kerana mempunya indeks glisemik yang rendah. Indeks glisemik untuk ESP 39 je!

Kandungan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

Kandungan ESP Shaklee

Bandingkan kandungan gula dengan susu jenama lain. Tengok kat carbohydrate dan total sugar. Kandungan carbohydrate ESP 10 gram setiap hidangan manakala gula 9 gram setiap hidangan.

Manakala kandungan carbohydrate untuk susu Omeg* 17.7 gram setiap hidangan manakala kandungan gula 13.2 gram setiap hidangan! Bayangkan kita minum setiap hari susu Omeg* ni setiap hari selama sebulan. Kita dapat extra gula 126 gram berbanding jika ambik ESP yang kandungan gulanya lebih rendah.

Kandungan Susu Omeg*

Kandungan Susu Omeg*

6) Ambil antioksidan seperti VIVIX

VIVIX merupakan antioksidan yang sangat bagus. VIVIX dapat memulihkan sel yang rosak dan tidak sihat. Sel badan yang rosak dan kurang sihat menyebabkan sel badan tersebut tidak memberi tindak balas terhadap insulin dan rawatan kencing manis yang lain. Sebab tu la gula tak nak turun.

Saya kongsikan pengalaman seorang pesakit kencing manis yang amalkan Vivix Shaklee (KLIK SINI kalau nak tau lebih lagi pasal vivix).

turunkan-bacaan-kencing-manis

bacaan kencing manis turun

Bacaan kencing manis dah turun!

7) Amalkan supplement kesihatan

Pesakit kencing manis biasanya dah makan banyak ubat dari hospital. Kalau nak tambah lagi kena telan macam-macam supplement ada yang tak sanggup dah.

Sebenarnya supplement kesihatan untuk pesakit kencing manis bukan sahaja ada dalam bentuk pil. Ada jugak dalam bentuk minuman. Paling senang dah mudah ambik je Vivix. Saya dah ceritakan di atas tentang Vivix.

Kalau nak minum susu, ambik je ESP Shaklee yang saya dah ceritakan tadi. Kalau nak ambik susu lain, check dulu kandungan gulanya. Macam mana nak check? Tengok pada kandungan karbohidrat (atau carbohydrate) dan juga kandungan gula (total sugar). Kalau kandungan gula lagi tinggi dari ESP Shaklee, tak payahla ambik. Cari pasal namanya.

Kenapa kena tengok kandungan karbohidrat jugak? Sebab, karbohidrat akan ditukarkan kepada gula selepas diproses oleh badan.

Ingat tau. Kandungan gula ESP Shaklee 9 gram je setiap hidangan. Gi check cepat kandungan gula susu yang korang minum kat rumah tu.

Ada 2 lagi supplement yang saya sangat recommend untuk pesakit kencing manis. B complex dan zinc complex.

Kenapa B complex penting?

B complex berfungsi menukarkan gula dalam badan kepada tenaga. Lepas makan B complex, pi la buat apa-apa aktiviti sikit macam senaman, jalan-jalan atau pon keje rumah yang lain. Kalau lepas makan B complex kita berehat je, tenaga yang ditukarkan tu tak digunakan secara optimum.

Satu lagi, B complex dapat mengurangkan masalah kebas-kebas pada tangan dan kaki pesakit kencing manis. Bagus sangat B complex ni.

Vitamin B Complex Shaklee

Vitamin B Complex Shaklee

Apa pula fungsi zinc complex?

Zinc complex tersangatlah bagus untuk menggalakkan penghasilan insulin. Zinc dapat mengawal paras gula dalam darah secara lebih natural. Kajian juga menunjukkan zinc dapat mengawal tekanan darah tinggi dalam pesakit kencing manis.

Zinc Complex Shaklee

Zinc Complex Shaklee

 

Saya juga pernah kongsikan DI SINI supplement yang sesuai untuk diamalkan oleh pesakit kencing manis.

Jangan putus asa! Never say never!

Kepada semua pesakit kencing manis, atau pun jika yang membaca artikel  ini tak de kencing manis tapi mak ayah ada kencing manis, jangan risau tau. Setiap masalah ada penyelesaiaannya.

Begitu juga masalah kencing manis yang tak nak turun. Ada je jalan penyelesaiaannya. Kita cuma perlu berikhtiar dan jangan putus asa.

Sekiranya nak tau dengan lebih detail tentang supplement yang saya sebutkan di atas, boleh contact saya melalui:

SMS/WHatsApp: 019-4548200

Email: info.vitamin2u@gmail.com

Facebook Personal: https://www.facebook.com/suhaida.suaid

Facebook Page: https://www.facebook.com/personamedina/

Istimewa untuk pelanggan saya, konsultasi dan follow up secara percuma diberikan untuk anda. Hubungi saya sekarang!

:-)  :-)  :-)

pengedar-shaklee

 

DISCLAIMER:

Semua artikel dan testimonial di dalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplement sekiranya anda mempunyai penyakit kronik.

The products and information found on vitamin2u.net are not intended to replace Medical advice. All Shaklee products are registered with Ministry of Health Malaysia. These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration & Ministry of Health. Individual results may vary.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge