Cara Merawat Ulser Mulut atau Mata Ikan Tanpa Perlu Berjumpa Doktor

Mesti semua orang pernah mengalami masalah ulser mulut atau sesetengah tempat panggil mata ikan. Sakit sangat kan. Ulser di dalam mulut bukan saja boleh terjadi di sekitar bibir  tapi boleh juga terjadi ulser lidah atau pun pada bahagian dalam pipi.

ulser mulut

Ulser Mulut

Ulser mulut berpunca disebabkan jangkitan bakteria. Selain daripada jangkitan bakteria, ulser mulut terjadi disebabkan oleh:

  • kecederaan fizikal seperti tergigit  bibir atau lidah
  • kekurangan zat makanan
  • stress
  • kurang rehat
  • tak cukup tidur
  • kebersihan mulut tidak dijaga dengan baik

Cara Merawat Ulser Mulut atau Mata Ikan

1) Kumur Dengan Air Garam

Petua yang paling mudah dan senang dilakukan. Tapi Ya Allah. Sakit yang amat! Berair mata tau bila amalkan petua ni. Tapi nak cepat sembuh buat la jugak kan.

Senang je cara penyediaannya. Campurkan satu sudu kecil garam dalam segelas air. Air paip boleh air suam pun boleh.

2) Tampal Asam keping

Cara kedua ni pun mudah dan senang je. Ambil asam keping, bersihkah dan tampal pada ulser mulut. Boleh tahan pedih jugak la cara kedua ni.

3) Ambil Vitamin C

Cara kumur air garam dan tampal asam keping adalah cara merawat ulser mulut yang sangat menyakitkan. Memang la berkesan. Tapi, pedihnya, tuhan saja yang tahu.

Mengambil vitamin C adalah pilihan saya. Dengan mengamalkan vitamin C, dalam masa 3 hari kecut ulser mulut tu. Alhamdulillah. Memang berkesan. Tapi kena ambil dos tinggi la.

Tapi kalau sapa-sapa yang ada gastrik tu hati-hati ambil vitamin C dalam kuantiti yang banyak. Boleh menyebabkan pedih perut tau. Kalau perut yang tak tahan, boleh cirit birit dibuatnya.

Bagi yang ada masalah gastrik, saya sarankan ambil vitamin C Shaklee. Vitamin C Shaklee walaupun diambil pada dos yang tinggi tidak akan menyebabkan pedih perut sebab kandungannya adalah sustained release.

Sustained Release ni maksudnya, vitamin C dilepaskan sedikit demi sedikit dalam kuantiti yang rendah iaiatu 100mg dalam masa 5 jam dan bukannya dilepaskan sekaligus. Jadi masalah gastrik dan cirit birit akibat pengambilan vitamin C pada dos yang tinggi dapat di atasi.

Vitamin C 500mg Shaklee

Vitamin C 500mg Shaklee

4) Ambil supplement zinc

Zinc adalah supplement yang dapat membantu merawat luka dengan cepat. Ulser mulut yang menyebabkan bibir menjadi luka dan pecah akan cepat sembuh dengan mengamalkan zinc bersama vitamin C.

Selain itu, seperti vitamin C, zinc juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan. Sistem pertahanan badan yang lemah menyebabkan ulser mulut mudah berlaku berulang kali.

zinc complex shaklee

Zinc Complex Shaklee

Jangan biarkan ulser mulut mengganggu hidup anda. Kena pulak kalau masa tu ada kenduri atau majlis makan di hotel rugi pulak kan tak dapat menikmati makanan dengan aman damai.

Nak berus gigi pun sakit. Kalau ulser mulut membengkak, nak bercakap pun sakit. Terseksanya hidup macam tu kan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk Shaklee ini, boleh hubungi saya dengan mana-mana cara di bawah.

Kenapa nak ambil langkah yang menyakitkan untuk merawat ulcer mulut sedangkan anda mempunyai pilihan untuk merawat dengan cara yang paling mudah dan tidak menyakitkan.

SMS/Whatsapp: 019-454 8200

atau

EMail: info.vitamin2u@gmail.com

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge