Profiteroles: Pencuci Mulut Premium Di KFC

Baru-baru ni kami sekeluarga makan malam di KFC. Yer.. Kentucky Fried Chicken. Dah lama tak tengok tv. Jadi memang tak tahu ada promotion pencuci mulut baru di KFC. Walaupun sorang colleague pernah share pasal pencuci mulut KFC ni di FB, tapi tak ambik pusing sangat pun sebab nampak biasa je.

Disebabkan tak berapa ada selera hari tu, saya order profiteroles je. Suami dan anak-anak layan ayam hot & spicy macam biasa. Apa benda profiteroles tu?

pencuci mulut premium kfc

Profiteroles: Pencuci mulut premium di KFC

Inilah profiteroles, salah satu pencuci mulut premium di KFC. Nama dia sangat menganggu perasaan saya. Hahaaa.. Bunyinya dah macam ‘cholesterol’. Dengar nama dan tengok gambar pada bungkusan tu memang tak rasa nak cuba pun. Betul tak? Tapi.. tapi.. tapi.. letak tepi first impression tu. Cuba makan, cuba rasa. Memang tidak mengecewakan langsung.

Apa benda profiteroles ni?

pencuci mulut premium kfc

Kandungan profiteroles KFC

Dari Wikipedia :A profiterole, cream puff (US), or choux à la crème is a French dessert choux pastry ball filled with whipped cream, pastry cream,custard, or (particularly in the US) ice cream. The puffs may be decorated or left plain or garnished with chocolate sauce, caramel, or a dusting of powdered sugar.

pencuci mulut premium kfc

Inilah ‘wajah’ profiteroles KFC

Kalau tengok gambar, sangat tak menangkap nafsu makan kan? Betul tak?

Semasa kunyahan pertama, memang rasa sedap sangat. Masa tu keluar rasa tamak. 3 ketul je? Mana cukup. Saya makan slow-slow je nak nikmati rasa profiteroles ni. Bila dah tinggal last bite, memang rasa 3 ketul tu dah cukup. Just nice.

Coklat dia memang sedap. Memang kena sangat dengan selera saya. Puff dia pon lembut je. Krim dalam puff pon sangat best. Kombinasi coklat, puff dan krim memang sangat sempurna. Secare keseluruhan, memang sedap. Biar gambar berbicara.

pencuci mulut premium kfc

Nah.. licin!

Dah habis makan, saya pon belek-belek la packaging dia. Tengok-tengok…

pencuci mulut premium kfc

Made in Italy ko…! Dapat makan pencuci mulut dari Italy dengan harga RM5 je. Not bad kan. Iyer.. RM5 je.

Selain profiteroles, ada pencuci mulut yang lain jugak di KFC. Saya baru cuba profiteroles. Yang lain belum try lagi. So, percubaan seterusnya adalah tartufo!pencuci mulut premium dari kfc

Untuk menghangatkan lagi nafsu makan, saya share gambar profiteroles dari Google. Heheee..

profiteroles

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge