Cara Mengetahui Jantina Bayi Di Dalam Kandungan

Saat yang paling excited dan saspen ketika mengandung adalah ketika telah sampai masa untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan. Berdebar kan. Lagi-lagi kalau bayi ‘menyembunyikan’ kemaluannya ketika proses scanning dilakukan.

Sepanjang mengandungkan ketiga-tiga anak, tiada perbezaan ketara yang saya alami. Saya tidak mempunyai alahan langsung sepanjang mengandung. Saya juga tak pernah mengidam makanan yang sukar didapati atau di luar kebiasaan selera saya. Selera makan seperti biasa. Saya memang suka makan. Tak kira mengandung atau pun tidak! Hehee..

Baru-baru ini saya terbaca di dalam akhbar tentang cara tradisional untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan. Kebiasaanya orang akan tengok bentuk perut kan. Rupa-rupanya ada macam-macam cara tau untuk tahu jantina bayi dalam kandungan.

Di sini saya ingin berkongsi dengan semua tentang apa yang saya baca di dalam akhbar tersebut. Kalau dibandingkan dengan pengalaman saya sepanjang mengandungkan ketiga-tiga anak, memang ciri-ciri di bawah ini banyak yang tidak bertepatan.

Tapi apa salahnya baca untuk menambah pengetahuan kan. :)

Tanda-tanda mengandungkan bayi LELAKI

  • Jarang mual atau loya
  • Sikap sebelum hamil dan semasa hamil lebih kurang sama
  • Degupan jantung bayi rsekitar 140/minit
  • Bentuk perut bulat seperti bola
  • Cenderung menyukai makanan yang masin dan masam
  • Cenderung menyukai makanan yang tinggi protein seperti telur dan daging
  • Kaki terasa lebih sejuk daripada biasa
  • Warna puting payudara lebih gelap
  • Bulu kaki dan tangan tumbuh memanjang dan lebih subur semasa mengandung
  • Kulit lebih kering
  • Posisi tidur cenderung ke arah utara
  • Air kencing lebih berwarna cerah
  • Hidung kelihatan lebih kembang
  • Sering diserang sakit kepala
  • Bayi akan mula bergerak dari arah kanan

baby boy

 

Tanda-tanda mengandungkan bayi PEREMPUAN

  • Sering mual setiap pagi di awal kehamilan
  • Degupan jantung bayi biasanya kurang darip 140/minit
  • Punggung kelihatan lebih besar
  • Berat lebih tertumpu di bahagian pinggul
  • Dada sebelah kiri lebih besar
  • Tubuh kelihatan lebih tinggi
  • Perut kelihatan seperti tembikai dan melebar
  • Menyukai makanan yang manis
  • Lebih cerewet
  • Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
  • Sering mual pada menu beraroma tajam
  • Puting payudara berwarna merah jambu dan lebih cerah
  • Rambut kelihatan lebih merah
  • Warna air kencing lebih gelap daripada biasa
  • Lebih suka tampil ringkas tanpa solekan

bayi perempuan

Biar apa pun jantina bayi di dalam kandungan, percayalah kita tentu sekali mahukan anak yang bakal dilahirkan itu sihat dan sempurna kan. Jagalah diri sepanjang tempoh kehamilan ini. Jaga pemakanan dan amalkan amalan-amalan rohani seperti zikir, solat sunat dan membaca Al-Quran sepanjang kehamilan ini.

Jangan lupa ambil vitamin untuk ibu mengandung. Jangan risau bayi besar. Vitamin bukanlah penyebab bayi menjadi besar. Vitamin penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi. Saya pernah ceritakan dengan lebih mendalam di dalam ARTIKEL INI.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang vitamin yang sesuai diamalkan oleh ibu mengandung, anda boleh menghubungi saya. Saya akan membantu anda membuat pilihan vitamin yang paling penting untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan.

SMS/WhatsApp: 019-4548200

atau

Email: info.vitamin2u@gmail.com

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge