Makanan Sedap Di Batu Pahat

Setiap kali mengunjungi mana-mana negeri atau daerah di Malaysia, saya dan suami pasti mencari makanan popular yang menjadi kegemaran penduduk setempat mahupun pelancong di kawasan tersebut. Ya.. Food hunting! 

Paling terbaru, saya mengunjungi Batu Pahat, Johor kerana mengikut suami yang mempunyai urusan di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Batu Pahat. UTHM terletak di Parit Raja, Batu Pahat.

Perpustakaan UTHM

Perpustakaan UTHM

Seperti biasa, kami akan mula meng’google’ makanan sedap di Batu Pahat. Walaupun saya pernah beberapa kali ke Johor Bahru, namun ternyata, Batu Pahat mempunyai makanan popularnya yang tersendiri.

Makanan Sedap Di Batu Pahat

1) Nasi Beriani

Jika di Johor Bahru saya dan suami pernah makan nasi beriani yang sedap di Pandan Uptown, tapi rupa-rupanya, nasi beriani di Batu Pahat ni lebih sedap.

Nasi Beriani Power Batu Pahat

Nasi Beriani Power Batu Pahat

Inilah Restoran BP Beriani Power. Memang power nasi berianinya. Harga pun tersangatlah berpatutan. Saya makan nasi beriani gam kambing yang berharga RM11.00. Kalau nasi beriani biasa RM 10.00. Portion pun banyak. Restoran ini terletak di Taman Soga Batu Pahat. Kalau ditanya yang mana satu lagi sedap, nasi beriani gam atau beriani biasa? Kesukaan saya tentu sekali beriani gam. Tapi suami pulak suka beriani biasa.

2) Mee Racun

Satu lagi makanan yang wajib dicuba jika anda ke Batu Pahat adalah mee racun. Catchy betul namanya kan. Mee racun ni banyak tempat tau. Saya pun tak pasti yang mana satu yang sedap dan original. Mee racun yang saya makan ni terletak di Jalan Sultanah.

Mee Racun Batu Pahat

Mee Racun Batu Pahat

3) Lontong

Satu perkara yang saya perhatikan, di mana-mana kedai di kawasan Parit Raja menu lontong pasti ada sebagai salah satu menu wajib untuk sarapan pagi. Yang menariknya, lontong dimakan bersama lauk-pauk lain seperti ayam goreng, ayam masak kicap, tempe (ini wajib la kan), rendang, telur goreng dan pelbagai jenis lauk yang lain. Antara lontong yang terkenal di Parit Raja adalah Kedai Lontong Warisan Hj Salim yang terletak di Kompleks Niaga Parit Raja. Memang sedap lontong kat sini. Kuah lontongnya secukup rasa.

Kompleks Niaga Parit Raja

Kompleks Niaga Parit Raja (Kredit kepada http://lynnhamzah.blogspot.com/)

Lontong di Parit Raja

Kedai Lontong Warisan Hj Salim di Parit Raja (Kredit kepada http://lynnhamzah.blogspot.com/)

4) Kerepek

Satu lagi tempat yang wajib anda kunjungi sekiranya berada di Parit Raja adalah Gerai Kerepek. Murah sangat kerepek kat sini tau. Ada pelbagai jenis kerepek yang dijual. Gerai kerepek ini terletak di simpang traffic light di Parit Raja. Banyak kedai. Semua kedai lebih kurang sama je kerepek yang dijual.

Kedai Kerepek di Pekan Parit Raja

Kedai Kerepek di Pekan Parit Raja (Kredit kepada http://kucingorengemok.blogspot.com/)

5) Mee siput

Dan yang paling menarik, yang saya tak pernah jumpa sebelum ini yang dijual di kedai kerepek di sini adalah Mee Siput.

Mee siput

Mee siput

Bentuknya lebih kurang mi segera. Cara masak mee siput ini adalah dengan menggorengnya seperti kita goreng keropok. Kawan saya yang berasal dari Batu Pahat cakap, mee siput ni sedap kalau cicah sambal ikan bilis. Saya cicah sos je pun sedap jugak.

Inilah mee siput selepas digoreng

Inilah mee siput selepas digoreng

Walaupun berada 2 hari je di Batu Pahat, tapi seronok betul. Seronok makan. Hehee. Masih banyak lagi makanan popular di situ yang saya belum sempat cuba. Lain kali nak datang lagi.

Masih banyak lagi negeri di Malaysia yang saya masih belum kunjungi. Kalau pecahkan kepada daerah lebih kecil, mestilah lagi banyak daerah yang belum saya pernah jejaki. Apa yang menarik, saya mendapati, walaupun sesebuah daerah itu terletak di bawah naungan negeri yang sama, tidak semestinya makanan popular dan makanan kegemaran penduduk setempat adalah sama.

Itulah uniknya Malaysia. Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Keadaan ini mempelbagaikan makanan yang terdapat di Malaysia. Selain itu, setiap negeri di Malaysia juga mempunyai keunikan makanannya tersendiri. Memang tak habis dan tak sempat nak cuba satu persatu makanan yang terdapat di Malaysia. Sangat banyak dan pelbagai.

Kalau merantau sama ada kerana bertugas atau belajar jauh di seberang laut, perkara yang paling dirindui tentang Malaysia, tentulah makanannya. Pergi bercuti pun teringat nasi lemak, roti canai dan teh tarik inikan pula kalau pergi merantau bertahun-tahun. Macam-macam makanan yang selalu terlintas di kepala.

Di sinilah lahirnya sebuah cinta terhadap Malaysia. Kecintaan yang takkan pernah pudar..

Selamat menyambut Hari Malaysia buat semua pembaca blog ini.

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge