Solat Sunat Dhuha – Salah Satu Amalan Sunat Untuk Berjaya

Antara amalan sunat yang selalu ditekankan di dalam Master Checklist bisnes Shaklee adalah amalan solat sunat dhuha setiap hari. Pertama kali menjadikan amalan solat dhuha sebagai rutin, rasa best sangat. Susah nak cerita macam mana. Cuba amalkan dan rasakan sendiri keajaibannya. Terasa sepanjang hari Allah permudahkan segala urusan.

Apakah Master Checklist Bisnes Shaklee

Master Checklist adalah to-do-list setiap hari yang disarankan untuk diamalkan oleh Pengedar Shaklee di bawah Group Jutawan dan Group iReach. Inilah rahsia kejayaan bisnes Shaklee Group-group di bawah Group Jutawan seperti iReach salah satunya. Sudah tentu kejayaan itu dengan izin Allah. Namun kita perlu berusaha bukan?

Master Checklist ini merangkumi amalan fizikal seperti mengemaskini blog, mengemaskini status di facebook Page, blogwalking dan banyak lagi. Master Checklist ini juga merangkumi amalan-amalan rohani seperti solat sunat dan bersedekah serta banyak lagi

Hadis Yang Berkaitan Dengan Solat Sunat Dhuha

 

Hadis 1

Dari Abu Hurairah r.a katanya:Junjunganku (Nabi Muhammad SAW) telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan, mengerjakan dua rakaat sembahyang dhuha dan juga supaya aku mengerjakan sembahyang witir sebelum aku tidur.

Hadis 2

Daripada Abu Zar RA daripada Nabi SAW telah bersabda, “Dituntut ke atas setiap sendi kamu itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah, setiap tahlil itu sedekah,setiap takdir itu sedekah, menyeru kepada kebaikan itu sedekah, melarang daripada kemungkaran itu sedekah dan memadailah bagi setiap amalan yang disebut itu dua rakaat sembahyang Dhuha.”

Hadis 3

Dari Abu Dzar r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:Setiap orang mempunyai sumber sedekah. Tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir adalah sedekah. Amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah. Dan semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.

Apakah waktu terbaik untuk Solat Sunat Dhuha

Jom kita lihat video pendek dari Ustaz Azhar Idrus

Secara pendeknya, waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit).

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha

Selepas solat sunat dhuha, kita disarankan untuk membaca doa di bawah ini. Doa ini juga dilagukan oleh kumpulan UNIC. Best sangat. Jom tengok video klip lagu Doa Dhuha ini.

INilah doa dhuha tu. Print dan tampal di tempat kita selalu solat.

doa selepas solat dhuha

Doa selepas solat dhuha

Maksudnya

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu waktu dhuhamu,

kecantikannya kecantikanmu ,

keindahannya keindahanmu,

kekuatannya kekuatanmu ,

kekuasaannya kekuasaanmu,

perlindungannya perlindunganmu.

Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit turunkanlah

jika ada di bumi keluarkanlah,

jika sukar permudahkanlah,

jika haram sucikanlah,

Jika jauh dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha,

kecantikanmu keindahanmu, kekuatanmu kekuasaanmu,

limpahkanlah kepada kami

segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

solat dhuha

Cuba jadikan amalan solat sunat dhuha sebagai rutin sehari-hari dan kongsikan di sini apakah keajaiban yang anda alami :)

Ingin menjadi sebahagian daripada Group iReach yang awesome ini?

Hubungi saya sekarang..

SMS/WhatsApp: 019-4548200

atau

Email: info.vitamin2u@gmail.com

atau

Isi form di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge