Tips Meningkatkan Kesuburan Untuk Perempuan

Saya sering menerima WhatsApp dari wanita yang belum mempunyai zuriat yang bertanyakan tentang cara kira waktu subur. Saya pernah kongsikan DI SINI tentang cara pengiraan waktu subur. Selain itu, wanita yang masih berusaha untuk mendapatkan anak, disarankan untuk periksa balik gaya hidup anda. Di sini saya ingin berkongsi tentang bagaimana meningkatkan kesuburan untuk wanita.

Tips Meningkatkan Kesuburan Untuk Wanita

1) Berat badan wanita yang merancang untuk mengandung

Berat badan mempengaruhi kesuburan wanita. Elakkan ‘underweight’ atau ‘overweight’. William Gibbons, Pengarah Bahagian Reproduktif Endokrinologi di Baylor College of Medicine berkata, berat wanita yang merancang untuk mengandung adalah faktor yang selalu kebanyakan orang terlepas pandang.

2) Kurangkan pengambilan kopi

Mengambil kopi dalam kuantiti yang kerap juga merupakan salah satu faktor yang mengganggu kesuburan wanita. Kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada 5 cawan kopi sehari (bersamaan dengan 500mg kafein) menurunkan paras kesuburan.

Jangan panik tau. Bukan tak boleh minum kopi langsung. Menurut William Gibson, Pengarah Bahagian Reproduktif Endokrinologi Baylor of Medicine College, hadkan pengambilan kopi sebanyak 1-2 cawan sehari. Iaitu lebih kurang 200-250mg kafein sehari.

3) Berhenti merokok

Bagi wanita yang merokok, berhentilah merokok sekarang kerana merokok mengganggu kesuburan anda. Begitu juga lelaki. Merokok dapat menurunkan paras kesuburan lelaki. Bagi suami yang merokok, jika suka untuk berhenti, elakkan merokok berdekatan isteri anda. Asap rokok yang mempunyai pelbagai bahan kimia akan menggangu kesihatan ovum isteri anda.

4) Elakkan menggunakan bahan kimia

Bahan kimia sangat mudah didapati di dalam rumah. Contohnya seperti bahan pencuci lantai, sabun basuh baju, pencuci pinggan, bahan pemutih dan pewangi makanan, semburan pewangi kediaman. Pendedahan kepada bahan kimia ini tanpa sedar mengganggu kesihatan reproduktif wanita. Sabaik-baiknya gunakanlah pencuci organik. Mahal sikit tapi kesihatan terjaga kan.

5) Amalkan pemakanan yang sihat

Elakkan makanan yang mempunyai perisa, pewarna dan pengawet tiruan. Makanan segera juga haruslah dijauhi. Jika memilih buah-buahnan dan sayuran, pilihlah yang organik. Buah-buahan dan sayuran pada masa kini tinggi kandungan racun serangga yang boleh mengganggu kesihatan reproduktif wanita.

6) Amalkan supplement kesihatan

Kadang kala kita tidak dapat mengelak daripada stress, pencemaran persekitaran, pengambilan pemakanan yang terdedah kepada racun serangga seperti buah-buahan dan sayuran dalam kehidupan sehari-hari. Jadi, supplement kesihatan membantu wanita meningkatkan kesuburan dan meningkatkan lagi tahap kesihatan badan. Saya sangat-sangat menyarankan wanita mengambil Set Kesuburan Shaklee

set kesuburan shaklee

Set Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki dan Wanita

Berminat untuk mengetahui tentang Set Kesuburan Shaklee dengan lebih lnjut?

Hubungi saya sekarang!

SMS/WhatsApp: 019-4548200

atau

EMail: info.vitamin2u@gmail.com

atau

Isi form di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge