Kebebasan Kewangan VS Kebebasan Masa: Apa Pilihan Anda?

Cerita ini mengisahkan tentang 2 orang perempuan yang anggun dan cantik di sebuah pejabat di Bukit Kayu Hitam.

Situasi 1

Si cantik: Jom kita makan kacang Pool kat JB esok nak tak?

Si anggun: Jom.. naik flight la ye esok. Malas nak drive.

Si cantik: Ok.. Jom apply cuti.

Si anggun: Ok.. Aku book flight.

Situasi 2

Si cantik: Jom kita makan kacang Pool kat JB esok nak tak?

Si anggun: Alaa… gaji tak masuk lagi la. Kita pi lepas gaji masuk ok tak?

Situasi 3

Si cantik: Jom kita makan kacang Pool kat JB esok nak tak?

Si anggun: Alaaa.. tak boleh la. Esok ramai cuti. Staf tak cukup

Situasi 4

Si cantik: Jom kita makan kacang Pool kat JB esok nak tak?

Si anggun: Alaaa.. tak boleh la. Esok ada meeting penting dengan big boss.

Situasi 5

Si cantik: Jom kita makan kacang Pool kat JB esok nak tak?

 Si anggun: Mana boleh cuti wehh. Kan cuti beku sekarang ni.

Pertama sekali, kalau siapa tak tau kacang pool tu makanan apa, boleh tengok kat SINI. Antara makanan yang wajib saya makan kalau pergi JB.

Pernah tak  anda mengalami situasi seperti di atas ini. Duit berkepuk-kepuk dalam bank. Apa sangat la nak beli kacang pool kan. Tapi, disebabkan kekangan masa, hasrat untuk membeli sesuatu terbantut atau terpaksa ditangguhkan.

Atau, disebabkan kekangan duit, tak sanggup untuk menggunakan duit yang ada semata-mata nak makan kacang pool di JB sedangkan tinggal di Kedah. Duit tol lagi. Duit minyak lagi. Semua tu kena kira. Kalau nak dapatkan tiket flight yang murah pulak kena booking awal kan. Kalau last minute, tak de nye la boleh dapat murah. Dah la duit suam-suam kuku je. Takkan la berhabis untuk perjalanan semata-mata nak makan kacang pool.

Ataupun kekangan masa disebabkan terikat dengan kerja. Seperti bos tak bagi cuti, cuti dibekukan, ada meeting penting sehingga tak dibenrkan cuti.

Anda sendiri memilih yang mana satu? Kebebasan masa atau kebebasan kewangan? Apakah pilihan anda?

kebebasan kewangan aka finalcial freeem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge