Tips Banyakkan Susu Badan Bagi Ibu Yang Bekerja

Stress susu badan kurang? Selalu terfikir kenapa susu orang lain banyak, tapi susu sendiri sikit? Bimbang tengok stok susu yang sikit sedangkan tak lama lagi akan mula bekerja? Tercari-cari cara nak banyakkan susu badan?

Jangan bimbang, jangan stress. Tenangkan diri anda dan baca tips yang saya akan kongsikan di sini.

Tips Banyakkan Susu Ibu Bagi Ibu Yang Bekerja

1) Faham sepenuhnya konsep demand dan supply dalam penyusuan

Dalam penysusuan demand (permintaan) bayi terhadap susu akan mempengaruhi supply (pengeluaran susu). Jika demand atau permintaan susu meningkat, pengeluaran susu juga akan meningkat. Jika permintaan terhadap susu berkurangan, pengeluaran susu juga akan berkurangan dan menurun. Jadi, jika ingin banyakkan susu badan, permintaan mestilah ditingkatkan. Jadi, bagaimana nak tingkatkan permintaan terhadap susu? Caranya adalah dengan menyusukan bayi dengan kerap. Atau pun cara kedua dengan mengepam susu dengan kerap. Bayi biasanya akan menyusu 1-2 jam sekali. Kekerapan itu adalah normal. Bukan sebab bayi tak kenyang tau. Susu ibu mudah dihadamkan. Jadi bayi akan cepat lapar.

2) Pastikan pam secara teratur mengikut jadual.

Apabila anda sudah mula bekerja, anda tidak lagi dapat menyusukan bayi anda dengan kerap. Anda tidak lagi dapat menyusukan bayi setiap sejam atau 2 jam sekali. Keadaan ini menyebabkan permintaan terhadap susu akan berkurangan. Ya.. demand kurang maka supply juga akan kurang. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, anda perlu mengepam dengan kerap. Anda disarankan untuk mengepam 3-4 kali (paling minimum) ketika berada di pejabat. Lebih kurang 3 jam sekali anda perlu mengepam susu sekiranya bayi anda tidak menyusu secara direct. Pastikan anda mengepam pada masa yang sama setiap hari supaya otak mendapat isyarat pengeluaran susu yang betul. Masa mengepam yang teratur dapat banyakkan susu badan.

3) Lakukan teknik power pumping

Power pumping adalah salah satu teknik yang berkesan untuk banyakkan susu badan. Cara melakukan teknik power pumping adalah seperti berikut:

a) Bagi pengguna single pump

Pam di sebelah kanan selama 10 minit, kemudian pam pula di sebelah kiri selama 10 minit. Kemudian rehat selama 5 minit. Ulang proses ini sehingga cukup 1 jam.

b) Bagi pengguna double pump

Pam kedua-dua belah selama 10 minit. Kemudian rehat 5 minit. Ulang proses ini sehingga cukup 1 jam.

Power pumping sangat bagus dilakukan sekitar tengah malam sehingga subuh. Kerana pada masa inilah kuantiti susu dihasilkan dengan banyak. Tempoh kejayaan proses power pumping berbeza bagi setiap individu. Apa yang penting, jangan putus asa dan lakukannya secara konsisten selama 1-2 minggu.

4) Susukan bayi dengan kerap.

Sekiranya anda masih sedang cuti berpantang, susukan bayi dengan kerap iaitu 1-2 jam sekali. Sekiranya bayi anda kerap tidur, kejutkan bayi untuk menyusu. Sekiranya bayi tidak menyusu lebih daripada 2 jam, lakukan proses mengepam. Jangan biarkan breast penuh tanpa dikosongkan. Hal ini kerana konsep demand dan supply yang saya sudah ceritakan di dalam point nombor 1. Kerap menyusukan bayi dapat banyakkan susu badan anda tau.Satu lagi amalan yang perlu dielakkan adalah menmbancuh susu formula sebagai back up.Amalan ini menyebabkan anda akan skip menyusukan bayi secara direct. Apabila anda skip menyusukan bayi secara direct, maka kuranglah berlakunya proses stimulasi bagi meningkatkan penghasilan susu.

5) Sentiasa tenang, berfikiran positif dan elakkan stress

Mood mempengaruhi pengeluaran susu. Sekiranya anda berada dalam keadaan stress atau keletihan, susu badan akan berkurangan. Jadi, jangan difikirkan sangat susu yang siikit. Teruskan menyusu bayi anda seperti biasa.

6) Amalkan pemakanan sihat.

Walaupun masih dalam tempoh berpantang jagalah pemakanan anda. Pastikan pengambilan diet yang seimbang. Banyakkan minum air kerana ianya juga dapat membantu banyakkan susu badan.

7) Amalkan supplement kesihatan

Selain daripada mood, tahap kesihatan juga mempengaruhi kuantiti penghasilan susu badan. Sekiranya anda sering keletihan, tidak mustahil kuantiti susu badan akan merosot.Di samping mengamalkan pemakanan yang sihat, anda juga disarankan untuk mengambil supplement kesihatan bagi memastikan kesihatan anda berada di tahap paling optimum. Antara supplement yang boleh diamalkan adalah seperti multivitamin, b complex, vitamin C, kalsium dan omega. Set menyusu Shaklee contohnya, bukan sekadar banyakkan susu badan tau.

set menyusu shaklee

8) Berdoa dan bertawakkal

Setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar, jangan dilupakan doa. Mohon kepada Allah semoga dipermudahkan proses penysusuan bayi anda. InsyaAllah, niat yang baik sentiasa dipermudahkan.

Semoga perjalanan penysuan anda dipermudahkan Allah. InsyaAllah..

Nak tahu dengan lebih lanjut tentang supplement yang sesuai diamalkan oleh ibu yang sedang menyusu? Anda boleh hubungi saya melalui email atau sms/whatsapp ataupun anda boleh isi form di bawah ini.

SMS/WhatsApp: 019-454 8200

Email: info.vitamin2u@gmail.com

Isi borang di bawah ini sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentang Set Menyusu Shaklee dengan lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge