5 Sebab Kenapa Shaklee Adalah Pilihan Perniagaan Terbaik

Bila bercakap tentang bisnes je benda pertama yang orang akan fikir adalah modal. Nak buat bisnes mesti kena ada modal . Tak de modal besar bisnes tak jalan. Benda kedua orang akan fikir adalah pengalaman dan pengetahuan tentang bisnes. Disebabkan tak de pengetahuan dan tak de pengalaman dalam bisnes maka tak berani nak mulakan perniagaan. Mungkin ada yang berani nak mula tapi tak tau nak mula macam mana. Selain tu, ada juga yang dah ada modal, dah ada ilmu tapi tak tau nak jual apa. Dengan perniagaan Shaklee semua masalah di atas dapat diatasi. Kenapa Shaklee dapat menangani masalah tersebut?

5 Sebab kenapa Shaklee adalah pilihan perniagaan terbaik

1. Modal yang sangat minimum. Tak sampai RM100 pun!

Katakan anda ingin memulakan perniagaan menjual barangan bayi. Barangan bayi  adalah antara produk yang cukup laris di pasaran. Untuk memulakan perniagaan ini, anda memerlukan modal yang agak besar. Contohnya nak jual baju bayi. Anda memerlukan stok baju yang pelbagai pilihan corak dan warna supaya pelanggan mempunyai banyak pilihan. Anda juga perlu mempunyai stok pelbagai saiz pakaian mengikut umur dan jantina bayi dan kanak-kanak. Keadaan ini memerlukan modal yang besar. Untuk memulakan perniagaan Shaklee, anda hanya memerlukan modal sebanyak RM75 sahaja. RM75 ini diperlukan untuk mendaftar keahlian Shaklee. Hanya pengedar yang sah boleh menjual Shaklee. Tak perlu beli stok pun untuk menjual Shaklee. Tak perlu buat loan bank pun kan untuk RM75 ni. Tak perlu buat loan juga untuk membeli stok banyak-banyak. Macam mana nak jual kalau tak de stok? Anda hanya perlu beli produk tersebut bila ada pelanggan order. Boleh order direct dari SHaklee secara online tanpa perlu pergi ke pejabat atau cawangan Shaklee.

2. Teknik pemasaran produk diajar satu persatu.

Inilah satu lagi sebab yang paling kukuh dan yang paling konkrit kenapa Shaklee adalah pilihan perniagaan terbaik. Dengan bisnes Shaklee ini, anda tak perlu buang masa untuk belajar sendiri tentang strategi perniagaan atau teknik pemasaran terbaik untuk pasarkan produk anda. Semuanya diajar dan didedahkan di dalam group khas untuk pengedar Shaklee yang mendaftar ahli dengan saya. Ya, group ini khas untuk ahli yang mendaftar dengan saya sahaja. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah duplicate teknik-teknik tersebut 100%. Teknik-teknik tersebut ternyata berkesan kerana sudah ramai yang dapat menjana sekurang-kurangnya 4 angka setiap bulan dengan SHaklee. Malah, ada yang telah mencapai 5 angka sebulan dengan menduplikasi teknik-teknik tersebut.

Antara ilmu-ilmu dan tips yang dikongsikan di Group Rahsia The Fabulous Group

Antara ilmu-ilmu dan tips yang dikongsikan di Group Rahsia The Fabulous Group

3. Perniagaan yang menjimatkan masa. Sesuai untuk orang sibuk.

Ramai yang sedang bekerja makan gaji ingin menambah pendapatan sampingan dengan melakukan pelbagai bisnes.  Bagi yang sedang bekerja sepenuh masa tentu sekali mempunyai waktu yang sangat terhad.  Saya ambil contoh menjual pakaian bayi sekali lagi. Sekiranya anda ingin menjual pakaian bayi dan kanak-kanak secara online, anda perlu ambil gambar pakaian tersebut satu persatu. Proses ini sangat memakan masa dan memenatkan. Saya pernah melaluinya. Sedangkan masa yang berharga ini sepatutnya ditumpukan kepada pemasaran supaya lebih banyak pelanggan kita dapat dan lebih banyak produk kita terjual. Dengan perniagaan Shaklee tak perlu semua ini. Masa yang ada 100% ditumpukan kepada pemasaran produk. Coaching juga dijalankan secara online. Jadi tak perlu ambil cuti atau terpaksa tinggalkan anak untuk belajar ilmu-ilmu pemasaran baru. Sambil menyusu anak atau melayan anak-anak atau sambil buat kerja-kerja rumah pun boleh belajar perkara-perkara baru dalam perniagaan.

4) Menfokuskan jualan produk bukan head hunting

Strategi asas kumpulan ini adalah menfokuskan kepada jualan produk. Bukan terkejar-kejar cari orang untuk join bisnes atau terkejar-kejar pangkat sampai sanggup menyuruh orang lain membuat loan bank. Kalau ada pengedar Shaklee yang meminta anda buat loan bank untuk memulakan perniagaan Shaklee, tolonglah berhati-hati disebabkan point nombor 1 yang telah saya ceritakan tadi. Shaklee adalah produk kesihatan dalam bentuk makan (consumable). Jadi, pelanggan akan beli, makan, habis dan beli lagi. Produk Shaklee berkesan jadi memang pelanggan akan membeli dan terus membeli. Malahan ada yang beli sekali pun produk tersebut tak habis makan pun lagi. Ini bermaksud potensi jualan adalah berterusan dan berkekalan,

5) Harga produk yang berpatutan.

Ramai yang menganggap produk SHaklee mahal. Hal ini kerana kebanyakan orang tidak membandingkan produk Shaklee dari segi kuantiti dalam satu botol. Kebanyakan produk Shaklee adalah untuk dimakan 3-4 bulan. Saya ambil contoh Vitamin B Complex. Sebotol vitamin B complex Shaklee mengandungi 120 biji. Setiap hari hanya perlu makan sebiji jadi sebotol vitamin b complex Shaklee tahan untuk penggunaan selama 4 bulan. Harga sebotol vitamin b complex Shaklee hanyalah RM53.75. RM53.75 untuk 4 bulan tau. Jadi sehari tak sampai 50 sen pun. Bagi yang jadi ahli dah, dapat beli dengan harga ahli lagi lah jimat dan untung banyak. Yang lagi best, vitamin b complex Shaklee lengkap dengan 8 jenis vitamin B. Boleh baca artikel tentang kelebihan vitamin B complex Shaklee DI SINI.

Model perniagaan Shaklee yang diterapkan di dalam group kami sangat bagus terutamanya dari segi teknik pemasaran produk secara online melalui blog dan Facebook. Terdapat ahli kumpulan yang tak pandai buat blog pun sebelum ini telah mendapat pendapatan 4 angka sebulan melalui blog yang dibinanya sendiri. Ianya hasil kemahuan mereka sendiri yang ingin belajar dan pembelajaran ini adalah percuma untuk ahli di bawah kami.

Saya juga pernah berkongsi di sini, kenapa Shaklee adalah pilihan perniagaan terbaik selain daripada point-point penting di atas.

Berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga kami yang sangat awesome ini? Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SMS / WhatsApp: 019-454 8200 (SUE)

atau

Email: info.vitamin2u@gmail.com

atau

Isi borang di bawah ini dan klik button Submit

perniagaan shaklee

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge