Makanan Bakar Lemak Untuk Kurus dan Kempiskan Perut Buncit?

Tahukah anda sesetengah makanan boleh bakar lemak?’ Makanan yang membakar lemak mempunyai kebolehan untuk meningkatkan metabolisme badan kita. Apabila metabolisme meningkat, lebih banyak kalori akan dibakar. Jadi ini adalah salah satu tips untuk menurunkan berat badan.

Makanan Bakar Lemak

Daging

Protein mempunyai kesan termogenic (thermogenic effect). Lebih 30% kalori dibakar untuk menghadamkan protein. Lebih kurang 90 kalori dibakar jika anda makan seketul dada ayam.

Produk tenusu rendah lemak

Produk tenusu rendah lemak kaya dengan kalsium dan vitamin D. Kalsium dan Vitamin D membantu memelihara otot. Otot badan penting untuk kerana otot membakar lebih banyak kalori berbanding lemak yang terdapat di dalam badan kita.

Teh hijau

American Journal of Clinical Nutrition melaporkan, minum 4 cawan teh hijau setiap hari dapat membakar lebih kurang 6 pound (lebih kurang 2.7kg lemak) dalam masa 8 minggu. Sebatian EGCG di dalam teh hijau membantu meningkatkan kadar metabolisme.

Cili 

Capsaisin di dalam cili membuatkan kita berasa panas kerana suhu badan meningkat. Keadaan ini dapat membakar kalori.

Oat

Oat sangat lambat untuk dihadamkan. Keadaan ini menyebabkab gula dalam darah dan insulin dalam badan menjadi rendah. jadi lebih banyak lemak dibakar untuk ditukarkan menjadi tenaga. Kajian menunjukkan atlet yang mengambil makanan makanan seperti ini setiap pagi, didapati membakar lebih banyak lemak semasa senaman.

Avocado

Lemak mono tidak tepu yang terdapat di dalam avocado membakar kalori dengan baik semasa senaman dilakukan. Avocado mengandungi sebatian karbohisrat yang unik yang dikenali sebagai mannoheptulose. Sebatian ini menurunkan pembebasan insulin dan meningkatkan penyerapan kalsium. Keadaan ini penting untuk proses pembakaran lemak.

Walnut

Walnut kaya dengan omega 3. Satu ounce walnut (lebih kurang 28 gram) mempunyai 3 gram alpha linolenic acid (ALA). ALA ini akan bertukar menjadi EPA dan DHA. EPA dan DHA dapat meningkatkan metabolisme badan

Salmon

Salmon adalah antara ikan yang mempunyai kandungan omega 3, EPA dan DHA yang tinggi. Seperti yang telah dikatakan tadi, EPA dan DHA dapat meningkatkan metabolisme badan.

Selain daripada makanan, sumber lain omega 3 adalah daripada supplement. Supplement omega 3 sangat bagus untuk diamalkan. Saya pernah kongsikan di dalam ARTIKEL INI bagaimana supplement omega 3 boleh membantu untuk kurus. Yang bagusnya, omega 3 juga boleh diambil oleh ibu mengandung dan ibu menyusu. Klik ARTIKEL INI untuk mengetahui kelebihan omega 3 untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.

makanan bakar lemak

Shaklee juga mempunyai produk supplement omega 3 iaitu Omega Guard. Omega Guard Shaklee adalah antara supplement omega 3 yang terbaik di pasaran. KLIK SINI untuk mengetahui kelebihan Omega Guard Shaklee.

Berminat untuk mengetahui tentang Omega Guard Shaklee dengan lebih lanjut? Hubungi saya sekarang.

SMS / WhatsApp: 019-454 8200 (SUE)

atau

Email: info.vitamin2u@gmail.com

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge