Jenis-jenis Penyakit Kencing Manis

Kencing manis atau diabete mellitus adala penyakit yang disebabkan kekurangan insulin di dalam badan. insulin penting untuk mengangkut gula ke dalam sel badan supaya sel badan dapat menukarkan gula tersebut kepada tenaga. Kekurangan insulin menyebabkan gula di dalam darah meningkat. 

Jenis-jenis penyakit kencing manis

Kencing manis Jenis 1 (Insulin Dependent Diabetes Mellitus)

Kencing manis jenis 1 adalah jenis penyakit kencing manis yang bergantung kepada insulin. Kencing manis jenis 1 ini biasanya disebabkan oleh reaksi autoimun di mana sistem pertahanan badan menyerang sel yang menghasilkan insulin. Keadaan ini menyebabkan insulin yang dihasilkan amat rendah atau mungkin tiada langsung insulin dihasilkan. Reaksi ini masih belum difahami sepenuhnya sehingga kini. Kencing manis jenis 1 boleh dialami oleh semua peringkat umur namun begitu biasanya dialami oleh kanak-kanak atau remaja. Pesakit yang mempunyai kencing manis jenis 1 ini memerlukan suntikan insulin setiap hari.

Kencing manis Jenis 2 (Non Insulin Dependent Diabetes Mellitus)

Kencing manis jenis 2 adalah kencing manis yang biasa berlaku. Kencing manis jenis 2 disebabkan oleh kekurangan insulin dalam badan ataupun mungkin juga disebabkan insulin menjadi rintang dan tidak sensitif. Kencing manis jenis 2 boleh berlaku pada semua peringkat umur.

Kencing manis gestasi (Gestational Diabetes mellitus)

Kencing manis gestasi berlaku semasa hamil. Ianya dialami oleh 1 daripada 25 wanita hamil di seluruh dunia. Kencing manis gestasi biasanya akan hilang selepas bersalin. Namun begitu wanita yang mempunyai kencing manis gestasi berisiko untuk mendapat kencing manis Jenis 2.

Faktor Risiko Mendapat Kencing Manis

  • Mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai kencing manis
  • Berat berlebihan atau obesiti
  • Diet yang tidak seimbang
  • Kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam
  • Faktor umur yang meningkat
  • Tekanan darah tinggi
  • Mempunyai sejarah kencing manis gestasi (kencing manis semasa hamil)
  • DIet yang tidak seimbang semasa mengandung

Tanda-tanda kencing manis

  • Kerap membuang air kecil
  • Terlalu dahaga
  • Selera makan bertambah
  • Berat badan turun mendadak
  • Sentiasa letih
  • Kebas pada jari, kaki dan tangan
  • Penglihatan kabur
  • Mudah mendapat jangkitan kuman
  • Luka lambat sembuh

Komplikasi kencing manis

komplikasi kencing manis

Komplikasi kencing manis

Rawatan Kencing Manis

Untuk kencing manis Jenia 1, suntikan insulin diperlukan untuk mengawal paras gula dalam darah. Bagi pesakit kencing manis Jenis 2 pula, rawatan yang diberikan sama ada dalam bentuk ubat makan ataupun suntikan insulin. Bagi kencing manis gestasi pula, rawatan pilihan biasanya adalah ubat suntikan insulin.

Supplement atau vitamin Untuk Kencing Manis

Pesakit kencing manis boleh mengamalkan supplement atau vitamin tambahan untuk mengekalkan tahap kesihatan mereka berada pada tahap optimum. Pesakit kencing manis yang mempunyai paras gula yang tidak terkawal boleh menyebabkan pesakit mudah letih, luka lambat sembuh, mudah kebas-kebas pada jari, kaki dan tangan. Jadi supplement membantu pesakit kencing manis menangani masalah di atas. Antara supplement atau vitamin yang boleh diamalkan oleh pesakit kencing manis adalah:

  • B Complex –> boleh membantu menangani masalah kebas-kebas pada jari, tangan dan kaki. KLIK SINI untuk mengetahui dengan lebih terperinci peranan B complex untuk pesakit kencing manis
  • Vitamin C –> membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan mempercepatkan penyembuhan luka
  • Zinc –> mempunyai fungsi seperti vitamin C iaitu membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan mempercepatkan penyembuhan luka
  • Resveratrol (seperti Vivix Shaklee) –> KLIK SINI untuk mengetahui bagaimana VIVIX Shaklee membantu pesakit kencing manis mengekalkan kesihatan
  • Omega 3 –> baca artikel ini untuk mengetahui kepentingan omega 3 untuk pesakit kencing manis
  • Multivitamin (seperti Vitalea Shaklee) –> mulivitamin seperti Vitalea Shaklee mempunyai vitamin yang dan mineral yang lengkap untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh. Kalau selalu letih-letih memang elok sangat amalkan vitalea.

Tidak tahu memilih supplement yang sesuai untuk keadaan kesihatan anda? Hubungi saya sekarang.

SMS / WhatsApp : 019-454 8200 (SUE)

atau

Email: info.vitamin2u@gmail.com

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge