Kenapa Shaklee Terbaik dan Mahal. Eh, Mahal Ke?

Blog ini terlampau rigid rasanya. Mungkin saya banyak berkongsi tentang fakta. Sebab tu nampak serius je. Tapi saya rasa happy dapat berkongsi sesuatu maklumat yang kadang kala ianya juga baru untuk saya.

Apabila menyiapkan artikel dalam blog ini saya perlu banyak membaca dan mencari maklumat. Biasanya lebih dari 5 artikel saya baca untuk menghasilkan satu artikel di dalam blog ni. Tidak seperti blog peribadi saya yang segalanya datang dari hati. Tapi artikel blog ini adalah berdasarkan fakta. Jadi, kena study lebih sikit. đŸ™‚

Saya takkan jemu bercerita tentang ciri-ciri kenapa Shaklee terbaik. Sebab saya nak anda semua tahu tentang fakta ini dan anda boleh menilai sendiri tentang hakikatnya. Saya juga rasa anda perlu tahu ciri-ciri yang perlu anda lihat dalam memilih supplement terbaik untuk kesihatan sebelum membeli. Saya juga berharap apa jua perkongsian saya di blog ini memberi manfaat walaupun sedikit.

10 Perkara Yang Anda Patut Tahu Kenapa Shaklee Terbaik

  1. Shaklee menjalankan lebih dari 100,000 ujian setiap tahun bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan produk yang dihasilkan. Penting tau benda ni sebab kita ambil supplement untuk kesihatan kan. Kalau tak selamat lain cerita pulak jadinya.
  2. Setiap produk yang dihasilkan diuji 100% bagi memastikan amaun kandungan bahan di dalamnya menepati amaun pada label produk tersebut. Jadi, apa yang tertulis pada label memang diyakini dan dipercayai sebab dah diuji tu.
  3. Shaklee menjalankan lebih dari 350 ujian pada bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk bagi mengesan bahan-bahan bahaya seperti pestisid (racun perosak), logam berat, bahan pelarut dan lain-lain lagi.
  4. Setiap produk yang dihasilkan dipastikan selamat dan berkesan.
  5. Penyerapan produk oleh badan adalah penting Sebab itulah Shaklee menggunakan formulasi yang advance bagi memastikan vitamin yang diambil itu diserap oleh badan sepenuhnya
  6. Shaklee tidak menggunakan perasa tiruan, pemanis dan pengawet di dalam produknya. Bahan yang digunakan adalah dari sumber yang berasaskan semulajadi.
  7. Shaklee menghasilkan produknya mengikut standard dan protokol GMP (Good Manufacturing Practice)
  8. Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang mendapat pensijilan Climate Neutral. Pensijilan ini mengiktiraf syarikat yang tidak menyumbang kepada kesan rumah hijau pada bumi.
  9. Pada tahun 1993, Shaklee telah membangunkan dan membekalkan NASA dengan minuman penghidratan semula mengikut keperluan angkasawan yang digelar AstroAde dan ianya masih digunakan sehingga ke hari ini.
  10. Produk Shaklee digunakan oleh ramai atlet Olimpik yang memengangi pingat. Pada tahun 1996, produk Shaklee membantu ahli-ahli sukan bertaraf dunia memenangi 8 pingat emas di Atlanta.

Shaklee adalah syarikat yang menghasilkan produk supplement semulajadi yang sudah bertahan lebih daripada 50 tahun.

Mahalkah Shaklee?

Ramai yang menganggap Shaklee mahal. Mahal ke? Jangan tengok pada harga je tau. Tengok juga pada kuantiti yang terkandung di dalam satu botol. Kebanyakan vitamin paling asas Shaklee seperti Vitalea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C 500mg SR adalah untuk kegunaan untuk 3-4 bulan. Kita tengok harga pasaran Vitalea, B Complex dan Vitamin C 500mg SR.

Harga Vitalea RM 88.75 dan mempunyai 120 biji sebotol. Harga sebiji lebih kurang 74 sen. Dulu saya ambil Pharma***. Sebiji RM1.10. Vitalea biasanya sehari diambil 1-2 biji sahaja. Jadi tahan untuk 2-4 bulan.

Harga sebotol B Complex Shaklee adalah RM 53.75. Sebotol B Complex Shaklee mengandungi 120 biji. Setiap hari cuma perlu makan sebiji je B Complex sehari. Jadi sebotol B Complex Shaklee tahan untuk 4 bulan. Sebulan anda hanya membelanjakan lebih kurang RM13 je untuk B Complex yang mempunyai pelbagai khasiat dan faedah untuk fungsi badan.

Jom kita tengok harga vitamin C 500mg SR Shaklee pula. Sebotol vitamin C 500mg SR Shaklee berharga RM92.50. Sebotol Vitamin C 500mg SR Shaklee mengandungi 180 biji. Tahan untuk 3-6 bulan. Kalau makan sehari sebiji sahaja sebulan kita cuma membelanjakan lebih kurang RM 15 sahaja!

Vitalea, B Complex dan Vitamin C adalah vitamin yang paling asas yang boleh diamalkan untuk mendapatkan tahap keperluan optima badan supaya kita sentiasa segar dan bertenaga.

Jadi masih tak percaya produk Shaklee ni berbaloi harganya.

kenapa shaklee terbaik

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge