Kenapa Saya Pilih Shaklee Sebagai Supplement Harian

Kisah saya dengan Shaklee bermula ketika saya mengandungkan anak kedua saya Medina. Saya pernah kongsikan kisah itu DI SINI. Ia juga menjadi sebab yang kuat kenapa saya pilih Shaklee. Selepas setahun mengamalkan Shaklee akhirnya saya mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Kelebihan Produk Shaklee

Setelah mendaftar sebagai ahli, saya menerima satu beg memberkit Shaklee yang mengandungi pelbagai maklumat tentang Shaklee. Buku Product Guide Shaklee betul-betul membuka mata dan minda tentang Shaklee. Perkara pertama yang membuatkan saya begitu semakin ingin mengenali Shaklee apabila melihat maklumat tentang kajian-kajian klinikal yang telah Shaklee jalankan ke atas produk-produknya di dalam buku Product Guide Shaklee. Yang menariknya semua kajian klinikal itu bukan dijalankan oleh pihak Shaklee sendiri tetapi oleh pihak ketiga yang berpengalaman. Jadi tiada unsur ‘bias’ di situ. Ketika itulah saya tahu tentang kelebihan kalsium Shaklee. Masa tu terfikir “Owhhh.. padanlah best je lepas makan kalsium Shaklee. Pasal ni rupanya”. Saya pernah kongsikan kelebihan kalsium Shaklee (Ostematrix) DI SINI. Dan yang menariknya, Shaklee telah melaburkan hampir 300 juta dollar Amerika dalam pembangunan dan penyelidikan produknya.

Penting sangat sesuatu produk supplement untuk menjalani kajian klinikal. Apabila sesuatu produk itu telah dikaji secara klinikal ini bermakna produk tersebut selamat dan berkesan. Tak payah ragu-ragu lagi tentang selamat ke tak nak ambil produk Shaklee ni. Saya percaya ramai orang di luar sana dah tengok macam-macam testimonial dari pengguna Shaklee. Tapi testimonial menjadi lebih kuat dan meyakinkan apabila disokong oleh kajian klinikal yang telah dijalankan ke atas produk Shaklee. Sejak itu memang saya tak ragu-ragu dah dengan semua rangkaian produk Shaklee. Rasa rugi sangat tak jadi ahli awal-awal. Dah setahun guna baru terbuka hati nak jadi ahli Shaklee.

Antara perkara lain yang best tentang Shaklee ni, ianya boleh dibeli secara online. Pengedar Shaklee begitu ramai di luar sana yang menjual produk Shaklee secara online. Sebagai pengguna kita kena bijak memilih pengedar terbaik kerana membeli produk Shaklee bukan seperti membeli tudung dan pakaian. Pengambilan produk Shaklee memerlukan konsultasi berkaitan produk. Pastikan pengedar tersebut dapat memberikan maklumat konsultasi yang betul dan berkesan. Membeli barang secara online memudahkan dan menjimatkan masa saya. Beli, bayar dan tunggu Encik Posmen datang hantar.

Shaklee sudah berada di pasaran lebih dari 56 tahun. Lebih 56 tahun Shaklee dapat bertahan di dalam industri supplement kesihatan. Satu penanda aras yang cukup baik untuk menunjukkan penerimaan supplement Shaklee oleh pengguna di seluruh dunia.

Perbezaan Shaklee berbanding supplement jenama lain

Shaklee mementingkan sumber yang semulajadi untuk produk-produknya. Shaklee juga amat teliti dalam menjamin kualitit dan mutu serta keberkesanan produk yang dihasilkan.

Sentiasa Selamat

Tau tak? Shaklee amat menitik beratkan soal keselamatan produk yang dihasilkan supaya pengguna tidak memudaratkan pengguna. Shaklee telah menjalankan lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya. Selain itu, lebih daripada 100,000 ujian kualiti dijalankan dalam setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan serta potensi sebenar bahan yang digunakan bagi penghasilan setiap produknya. Bukan senang proses penghasilan setiap produk Shaklee.

Sentiasa Berkesan

Shaklee memastikan produk yang dihasilkan adalah berkesan melalui ujian klinikal yang dijalankan ke atas produknya. Lebih 100 kajian telah diterbitkan. Kesemua kajian tersebut dijalankan oleh pihak ketiga yang berpengalaman bagi mengelakkan ‘bias’.

Sentiasa Mesra Alam

Selama lebih 56 tahun SHaklee telah menjadi peneraju dalam penghasilan produk yang mesra alam. Paling menarik, Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™. Ini bermaksud, tidak memberi impak pada alam sekitar seperti pembebasan karbon dioksida yang mengakibatkan kesan rumah hijau. Boleh baca dengan lebih lanjut tentang pengiktirafan tu DI SINI.

Shaklee bukanlah satu obsesi. Tapi ia adalah berkaitan kualiti produk yang kita ambil. Juga sebagai salah satu ikhtiar dan usaha untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat untuk saya sekeluarga.

kelebihan shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge